Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, July 31, 2009

Siapa aku sebenarnya???

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama juga aku tidak menulis di sini.. Aku sedar..terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu aku pikul sebagai seorang manusia, khalifah, hamba Allah, dai'e, mahasiswa, juga seorang anak, sahabat, dll.. Aku rasa bertanggungjawab untuk menulis tentang ini buat tatapan dan renungan sahabat, pembaca, dan teman sekelilingku..juga untuk peringatan buat diriku sendiri~
SIAPA AKU?? SIAPA KAMU???
Sebenarnya, dulu persoalan ini yang sering timbul bila aku rasa diri aku kosong..
"Ape yang kosong???" aku tahu, soalan ni yang akan timbul dalam minda kamu.
ya..sahabat, teruskan pembacaan ini.. pernahkah kamu tertanya..
"SIAPA AKU SEBENARNYA DI DUNIA INI??? APE SEBERNARNYA TANGGUNGJAWAB AKU?? SUDAH SESELAIKAH TUGAS DAN AMANAH YANG MENJADI TANGGUNGJAWAB AKU DI DUNIA NI????"

Bila soalan ini diajukan kepada sesetengah orang..mereka yang masih belajar seperti aku biasanya akan menjawab dengan jawapan yang lebih kurang sama.. "aku pelajar universiti" tugas aku: belajar rajin-rajin, sentiasa berusaha untuk mendapatkan dekan setiap sem, kemudian bekerja dengan gaji yang tinggi, mempunyai keluarga yang bahagia..

Pernah tak persoalan itu hinggap di dalam hati dan minda kalian??? aku tahu sahabat, mesti pernah terdetik persoalan itu timbul walaupun sekali. hmm...mari kita sama-sama renung dan muhasabah diri kita~ tak dinafikan, fitrah setiap manusia inginkan kebaikan, kesejahteraan, dan kebahagiaan..jadi, buktikan ia!!! sahabat, setiap manusia ada kekurangannya.. tapi..jangan...jangan sesekali menjadikan ia sebagai sebab untuk tidak memperbaiki diri!! cubalah untuk sentiasa memperbaiki diri kita masing-masing.. disamping itu...kita perlu saling ingat mengingati..tegur menegur sesama kita..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

SURAH AL ASR


1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.


SURAH AN NAS

1. Katakanlah (wahai Muhammad):Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia.
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


jangan lupa, kita dijadikan di dunia ini untuk apa???? untuk beribadah dan mengHAMBAkan diri kepadaNya..kita adalah khalifahNya..
jangan sempitkan fikiranmu, wahai sahabat. beribadah bukan hanya SOLAT, BERPUASA, ZAKAT, dll..tetapi, segala perlakuan baik kita yang berniatkan keranaNya(ikhlas) adalah dipanggil ibadah. Belajar juga adalah ibadah..namun, sekarang kita bukan lagi pelajar..kita adalah MAHASISWA. hebat bunyinya! Jadilah mahasiswa yang terkehadapan. belajar mencabar diri. Ya..ya..aku tidak kehadapan pun..namun, sedarkah kita, Gejala sosial yang berluasa menjadi barah dalam masyarakat Islam. apakah puncanya??? Justeru itu, siapa yang bertanggungjawab untuk membantu menghapuskan segala jenayah dan gejala songsang itu???? KITAlah sahabat..KITA!! mengapa aku katakan kita?? walaupun kita bukan seorang menteri, bukan seorang yang berkerja sebagai pendakwah bebas..yang sering kita katakan lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah seperti ini..kamu tahu, kita adalah khalifahNya..kita semua bertanggungjawab atas masalah itu. sama-sama kita fikir-fikirkan...
"jangan ditanya apa yang kita dapat dari ISLAM, apa yang telah DIA beri kepada kita (kerana nikmat yang Dia kurniakan tidak terhitung banyaknya)?? namun tanyalah pada diri, apa yang telah aku lakukan untukNya, untuk ISLAM (agama yang syumul)"

aku akur...aku juga banyak kekurangan dan perlukan sahabat-sahabat untuk memperbaiki segala kekurangan. mari kita sama-sama saling membantu antara kita.
Buka minda, Berjihadlah dijalanNya. Takbirrrr!!!!!


~ISLAM UNTUK SEMUA~

Tuesday, July 21, 2009

PROBIRO PERMAJ



Dalam program ni, aku bertindak sebagai seorang fasilitator. Aku senang bila dapat menyertai program ini untuk menunaikan tanggungjawab aku dalam PERMAJ walaupun sudah 3-4 kali aku tidak dapat menghadiri meeting program atas kekangan masa dan pertindihan jadual. Aku tidak sabar untuk menyertai program ni. Aku berharap semoga semua yang dirancangkan adalah tidak sia-sia dan akan berjalan dengan lancar. Aku juga berharap agar program ini memberikan manfaat kepada para junior (bukan sahaja mengenali PERMAJ dengan lebih mendalam, berkenalan dengan PERMAJ, tetapi dapat mencari pengalaman mengikuti program2 persatuan yang diharapkan berfaedah) dan juga kepada para Exco PERMAJ agar dapat mengeratkan hubungan sedia ada sesama exco dan alumni seterusnya pihak pentadbiran UKM, agar lebih matang dalam membuat program. Sama-sama kita berfikiran lebih terbuka dalam apa jua perbuatan dan tindakan kita; serta diharapkan tindakan kita semua sentiasa berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. InsyaALLAH.

Semoga ukhwah yang akan terjalin daripada program ini berkekalan dan sentiasa mendapat lindungan dan keredhaanNya~

wallahualam...

Friday, July 10, 2009

KEM KEMBARA JURUTERA~

khas buat pelajar fakulti kejuruteraan tahun 1 oleh
persatuan mahasiswa fakulti kejuruteraan (PEMATRA).

OBJEKTIF kem ni diadakan;

Mendedahkan pelajar cabaran yang dihadapi dalam profesion kejuruteraan.
Memberi peluang kepada pelajar tahun 1 sesi akan datang untuk mengutip pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin daripada pensyarah dan pelajar senior di Fakulti Kejuruteran dan Alam Bina.
Memberi peluang kepada para pelajar membina kemahiran interpersonal dan berkomunikasi melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dianjurkan bersama.
Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya ahli PEMATRA dan mahasiswa fakulti kejuruteraan dalam berorganisasi dan berinteraksi dengan pelajar dan orang awam.
Mendedahkan pelajar kepada strategi dalam menghadapi perubahan corak kehidupan.
Merapatkan lagi hubungan antara para pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kepandaian.



**poster oleh Prof Yemp.

pendaftaran boleh dibuat di bilik PEMATRA.

#Pray4Gaza