Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, December 29, 2009

Berpuas Hatikah Kita?

selepas menghadiri mesyuarat, aku pulang ke kolej justeru membuka laptop dan membaca email..aku sangat terkesan dengan email yang aku terima hari ini mengenai perasaan puashati kita sebagai khalifah di Bumi Allah ini.. aku terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat sekalian coretan Wadi aL QuRRa'.. selamat membaca.

Bismillah...

Segala puji kepada Allah, raja segala raja, pencipta segala pencipta, dengan rahmat dan kurniaNya kelansungan hidup kita diteruskan, tidak jemu memberi, itulah dia sifat tuhan yang Maha Agung, sedangkan kita yang 'Maha' hina ini masih lagi rakus dengan nikmat, lupa pada pengurnia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah.

Maksud firman Allah swt :
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
Ibrahim : 10

Allahu Robi, dengan izinNya tercoret juga sedikit kata dilaman usang ini. Tak tahu mengapa, banyak benar yang mahu di kongsi, tetapi selalu saja tersungkur, rebah sebelum memula langkah, entahlah, semoga yang ada lebih baik dari yang tiada, manfaatnya walau sedikit, harapnya adalah. Tak dinafikan, minggu terkebelakang ini, banyak halnya, yang sukacita pun ada, yang dukacita pun ada, tapi posting ini bukanlah ana mahu berkongsi kongsi semua cerita yang itu, mungkin lain kali.

Dalam masa senggang ini, sempat ana gunakan berjalan di bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan ummat manusia di Malaysia, seronok juga dapat bersenang2 di waktu sempit, ke Mid Valley, Jalan Masjid India, dan lain2 lah, bukannya tak pernah ke sana, tapi kali ini banyak hikmahnya mungkin. Dengan izin Allah, ana terlihatkan, dan datang ke benak fikir, akan sesuatu yang menjadi api di dalam sekam buat kita, ummat Islam.

Melihatkan betapa kita rakyat Malaysia dan ummat Islam seluruhnya, sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan anugerah dariNya. Tidak perlu pergi jauh, melalui perjalanan ana tempoh hari saja, sudah banyak benar dapat dinilai. Kita seronok dan gembira dengan nikmat kedamaian yang dikecapi, kita seringkali dapat meluang masa bersama keluarga tersayang di shopping complex yang serba mewah, kemudahan serba canggih belaka. Ada pula yang seringkali melancong, ada yang ke Langkawi, Pangkor, malah yang lebih 'ada' dapat pula ke Paris atau New York. Sungguh, kita sangat berpuas hati dengan semua ini.

Kita berduit dan berharta, punya rumah yang besar dan cantik, tidak cukup dengan itu, kita mampu memiliki koleksi kereta mewah dan dibuat tayangan. Tidak pernah terasa cukup, kerna kita punya harta yang melimpah, apa salahnya, kerna itu harta kita, dan dari jalan yang halal...bahkan pula kita banyak menderma untuk badan badan kebajikan, anak2 yatim dan sebagainya, kita sudah mampu untuk berpuas hati dengan semua ini sebenarnya.

Ada pula yang berlumba mahu membina bangunan tinggi2, pelbagai bentuk dan rupa. Subhanallah, cantik sekali!...kita bina semua ini supaya dunia lihat betapa negara Islam mampu membangun dan maju setanding barat. semua mata sedang memandang kita, bukan saja Kuala Lumpur, tapi lihatlah Dubai sana dan lain2 lagi, bahkan Makkah pun sudah punya bangunan tinggi2, lihatlah!... negara Islam mampu berjaya. Kita juga sudah mampu berpuas hati dengan semua ini, ya!...kita berpuas hati sebenarnya.

Janganlah dinafikan lagi, kita sedang berpuas hati sekarang, lihatlah keadaan umat Islam kini, masing2 sedang dibuai mimpi indah. Jika kita mahu menafikan yang kita masih tidak berpuas hati, apa buktinya?... ana hanya melihat kita terutamanya buat ummat Islam di Malaysia sekarang bagai sudah cukup3 berpuas hati dengan apa yang ada, jika kalian mahu mengatakan sebaliknya, tidak usahlah, buktinya sudah terlalu banyak, bukalah mata dan lihatlah sendiri.

Kita Sebenarnya sedang enak dengan dunia, menjual maruah dan harga diri, membenar yang batil dan mencantas yang haq, teroleng oleng dek mainan syaitan. Kita menunding jari kepada pelbagai pihak, mengatakan itu salah, ini salah, bahkan barat sana kita kutuk dan keji habis habisan, katanya merekalah yang memporak perandakan Islam. Kita melihat sedalam dalamnya terhadap barat dan seluruhnya, illuminati, zionis segalanya kita tembak, akan tetapi apa yang kita pakai sekarang?... .Seluar ketat?....skirt singkat?.... Baju adik?....Rambut colour warna warni?....subang di hidung?...

Kita terlalu melihat terhadap setiap perkara yang dilakukan pihak lain, namun bagaimana dengan diri sendiri?...sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita ada!....jika ditanya pasti katanya tidak, namun masing2 cuba lihat dan muhasabah diri...apa yang kita dah buat untuk Islam?....apa yang kita sedang buat sekarang??.. .update blog?...main facebook?... sudah cukup??...Allahu Robbi.

Setiap kali Palestine di bom, kita masing2 sibuk menderma, melihat anak2 yatim,hati kita jadi pilu menghulur tangan meringan beban, namun pernah atau tidak kita terfikir, seringkali kita menghulur kerana terharu, tidak tahan melihat tangisan, sedih melihat keadaan insan2 berkenaan, kita rasa sudah cukup benar dengan ini semua, adakah kita menghulur kerana tidak tahan melihat tangisan atau kerana Allah?...kita sedang menipu diri sendiri!

Maksud firman Allah SWT :
" Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya "
al Hajj : 31

Kita sentiasa berasa berpuas hati!...dengan apa yang sedang dilakukan sekarang, dengan apa yang kita ada, dengan yang kita buat, cubalah tanya diri sendiri dan jawablah dengan iman, APAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN KITA???...kita sentiasa merasa cukup, buat sekadar yang mampu, tapi ADAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN SEMUA INI???

Maksud sabda Rsulullah SAW :
" Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
HR : Muslim

Cukuplah!... biarlah setakat ini saja kita ummat Islam seluruhnya merendahkan martabat, menjual bangsa dan agama, cukuplah kita bertempik menyalahkan pelbagai pihak, cukuplah dengan rasa puas hati...ayuh! ...Kita bangkit menjadi Ummat sehebat Assabiqul Awwalun!...ana undur dulu.

Tuesday, December 22, 2009

wanita dan aurat

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah
Lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga
Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu

Namun.....
Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
Lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar
Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya
Serta kilauan warnanya yang memancar indah
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang
Tapi awas duri yang melingkari
Bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
Yang tercermin pada setiap diri mujahidah
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
Yang bertiangkan rasa keimanan
Dan keindahan taqwa kepada Allah
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhu
Ingatlah bahwa ciri-ciri seorang wanita solehah
Ialah ia tidak melihat kepada lelaki
Dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
Jika dibandingkan dengan sesuatu yang tampak

Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu tempat yang tertutup
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terlihat.
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
Adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ...........
Ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
Karena ianya bercangkang nafsu
Serakah materi yang bersarang dalam dirinya
Lebih-lebih lagi atribut gadis modern yang ianya miliki
Sudah pastinya darah mudanya memudarkan rasa keimanan yang ada
Maka berhati-hatilah saudariku

Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan
Maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu
Yang Penting saudariku engkau mesti punyai azam, usaha dan keistiqomahan

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu
Menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi mengatakan tentang bahaya dirimu

"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang bersumber daripada wanita"

Oleh itu saudariku
Setiap langkah dan tindakanmu
Hendaklah bermanhajkan kepada Al Quran dan As Sunnah
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu
Sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam
Kau harapan ummah dalam melahirkan
Para mujahid dan mujahidah
Yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu............

diharapkan para wanita, muslimah, siswi, perempuan, gadis yang beragama Islam khususnya, ubahlah personaliti kearahNya..dan sama-sama kita tingkatkan prestasi kita sebagai khalifah Allah..^_^


aurat wanita..bantahan kaum sesetengah kaum hawa:

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

Sunday, December 20, 2009

persepsi diri Vs yang sebenarnya..

Semester baru bermula!! Selamat kembali kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan. ^_^
mantaliti mahasiswa: apabila kembali ke kampus, "busy, sibuk, dll" sering digunakan.. benarkah kita sebenarnya sibuk?? bersempena maal hijrah yang sambutannya masih dirasai, aku mahu berkongsi berkaitan "persepsi diri dan yang sebenarnya".

Siapakah orang yang sibuk?
persepsi diri: orang yang masanya sering di isi dengan aktiviti/program; kita jarang nampak orang tersebut meluangkan masa bermain dan berehat.
yang sebernarnya: Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
persepsi diri: orang yang apabila dia senyum semua senang dan suka untuk melihat senyumannya.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
persepsi diri: orang yang mempunyai banyak harta kekayaan, rumah besar, dll.
yang sebenernya: Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
persepsi diri: orang yang hidup serba kekurangan, tidak cukup makan, dll.
yang sebenernya: Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
persepsi diri: orang yang tidak mengambil segala peluang yang ada di hadapannya.
yang sebenarnya: Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

persepsi diri: orang yang mempunyai muka yang bersih, bibir semerah saga, hidung mancung, dll..
yang sebenarnya: Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
persepsi diri: orang yang mempunyai rumah berekar-ekar luasnya.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
persepsi diri: orang yang mempunyai rumah yang terlalu kecil.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
persepsi diri: orang yang mampu membezakan baik dan buruk.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

ubahlah persepsi kita! jadilah AGEN PERUBAH yang merubah segala yang MAZMUMAH kepada MAHMUDAH!! renung-renungkan dan salam juang!!

Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah

selamat menyambut maal hijrah 1431 buat umat Islam seluruh dunia khususnya pengunjung blog ^_^



there is a chance to start new life..better life. let's us!




islam_is_the_way_of_life

Wednesday, December 16, 2009

Bumi kian PANAS!!!



Tanpa disedari dunia semakin panas. Negara kaya dan miskin masing-masing tidak henti menuding jari. menyalahkan satu sama lain. sepatutnya, setiap negara perlu berganding bahu menyelesaikan masalah iklim global yang semakin membimbangkan ini kerana tanah yang kita duduki adalah pada bumi yang satu.

apalah guna jika ada pihak yang mahu membaiki namun pada masa yang sama ada pihak lain yang cuba merosakkan, maka usaha tidak ke mana. masalah ini hanya mampu dikurangkan sedikit sahaja. jika semua pihak sedar akan masalah ini dan menyahut untuk menyelamatkan bumi dari masalah gejala pemanasan global ini, kita semua mampu mengurangkan masalah secara maksimum dan bumi akan terpelihara daripada masalah yang lebih besar. didapati bahawa gas rumah hijau menjadi punca utama pemanasan global.

Pelbagai usaha untuk mengatasi perubahan cuaca kini diambil. Angka pengurangan gas rumah hijau perlu ditetapkan, termasuk had maksimum atau had kepanasan global mahupun bantuan pembiayaan untuk negara miskin. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperinci dan diperketat disamping memperbanyak kempen kesedaran. kesedaran sahaja tidak berguna jika tiada tindakan lanjut selepas sedar. betul tak? kemudian, kita semua juga perlu back to the basic.


apa-apa yang berlaku ada sebab dan ada hikmahnya. pada pandang sisi aku, dunia sebenarnya sedang menangis kerana "tangan-tangan manusia yang telah merosakkannya" sedangkan manusia dijadikan Allah untuk menjadi khalifah. tangan-tangan bukan sahaja tangan yang menyebabkan bumi panas, tetapi cara hidup dan rutin manusia yang tidak berlandaskan syariat juga tidak terkecuali. kita semua perlu sedar, segala tuntutan agama perlu dipatuhi. mungkin orang ramai terlepas pandang tentang ia, namun ia adalah asas hidup kita sebagai hambaNya. kesusahan dan kesenangan adalah ujian dan nikmat dari Allah. kesusahan termasuklah masalah pemanasan global, banjir, gempa bumi, dan tanah runtuh. kenapa aku katakan ia juga nikmat dariNya??

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

..sebab, musibah adalah tanda Allah menyayangi kita (hambanya). Dia menurunkan petanda* untuk kita sentiasa beringat dan berjaga-jaga. Sesungguhnya Dia Maha kuasa dan jika kita memandang enteng perkara ini, mungkin malapetaka yang lebih dahsyat akan berlaku. nauzubillah...

jika kita benar-benar menjadikan AgamaNya cara hidup kita. ketamakkan dan kerakusan manusia memiliki harta dan kekayaan tidak mungkin akan berlaku sehingga natijahnya membawa kepada kehancuran bumi milik Tuhan yang Maha Esa. sama-samalah kita menjaga Bumi Tuhan. Ingatlah Bumi ini adalah amanahNya buat kita semua. kita bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.

*tanda-tanda akhir zaman

Friday, December 11, 2009

ikhlas tidak menafikan hak

sudah lama juga aku tidak mnulis di sini..ya..cuti ini aku agak sibuk dengan pelbagai agenda. selepas selesai segala aktiviti..aku menghabiskan masa sebagai seorang "baby sitter". menjaga 2 orang anak saudaraku yang sememangnya nakal. biasala budak-budak..
namun, setelah adikku menghabiskan peperiksaan STPMnya, kurang sedikit la kerja. hehe
pagi jumaat itu, selesai membasuh pinggan mangkuk, aku bersama emak ke ruangtamu.
..menonton rangcangan tanyalah ustaz di tv9. rancangan kegemaran emak setiap hari jumaat, sabtu dan ahad jam 7pagi.
kali ini aku terpikat dengan frasa "ikhlas tidak menafikan hak".
ya..ikhlas tidak menafikan hak. biasanya dalam kehidupan kita, kita mahu jadi yang terbaik. jika kita tahu @ sedar tentang sesuatu perkara (kebaikan) , kita nak orang lain pun sedar dan tahu kebaikan tersebut..
namun, setelah kita memberi tahu, individu tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan. sedih,kan?? ya..itulah lumrah manusia, tapi jangan bersedih kerana kita perlu ikhlaskan niat.. niatkan bahawa, aku memberitahunya tentang sesuatu itu kerana Allah.

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak
menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.
QS.Al-Maaidah [5] : 67

walau diperlekehkan, jangan sesekali kita berasa berang terhadap mereka kerana kita hanya menunaikan amanatNya. teruskanlah berdakwah!

ikhlas tidak menafikan hak.
tapi bagaimana seseorang boleh menilai keikhlasan??
sedangkan ikhlas umpama semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di dalam keadaan malam yang gelap.
hm...pada aku, ikhlas itu boleh dikesan oleh individu itu sendiri..dengan memuhasabah diri. jadi, mari kita memuhasabah diri bersama.

Saturday, December 5, 2009

Hold My Hand

I hear the flowers gonna crying loud
The breeze is sounding sad
Oh no!
Tell me when the breeze would calm
So cold and and empty side
Lost the way long time ago
They were really turn them blind
We don’t see that we keep hurting each other
No, all we do we just fight
Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On their new bloody playgrounds
Oh no!
How could we ignore?
Heart breaking crying sounds
And we still going on
Like nobody really cares
And we just stop feeling all the pain
Because like it’s a daily basic affair
Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you
No matter how far I’ll might be
I’m always gonna be your neighbour
It’s only one small planet we’re to be
So I’m always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can’t deny
That we always gonna be neighbours
Your neighbour
My neighbour
We’re neighbours
So hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind..
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Thursday, December 3, 2009

pakaian dalam solat dan pengetahuan tambahan

1)Pakaian ketika menunaikan solat
Maka jawabnya tidak pun disyaratkan apa-apa pakaian, semua boleh asalkan menutup aurat. Yang sunnahnya ialah jubah dan gamis. Tapi bila pakai baju yang pelik-pelik*, dilaranglah oleh agama kerana menimbulkan fitnah. Contohnya pakai baju yang ada tulisan hukumnya makruh, baju yang ada gambar orang yang sedang bercium hukumnya haramlah pulak.Kalau pakai baju yang bukan bertulis dan bergambar tapi berpakaian yang pelik, haram juga kata setengah ulama’ kerana menimbulkan fitnah seperti tok imam solat tidak pakai kopiah tapi pakai helmet dengan baju hujan, walaupun sah solatnya tapi menimbulkan fitnah.

2)Cara untuk melupuskan al-quran yang telah rosak
Maka jawabnya cara terbaik sekarang ialah dibakar, dibakar kemudian ditunggu sehingga dibakar keseluruhannya, apabila dibakar hilang rupa al-Quran, tiada suratan maka tiada lagi hukum al-Quran, tidaklah wajib ditanam abu itu cuma sunat ditanam.

3)Masalah qada solat bagi wanita yang haid, ada ustaz yang mengatakan kalau suci dalam waktu maghrib maka mesti qada 2 solat yang sebelumnya. Maka jawabnya kalau suci dalam waktu maghrib jadi tidak perlu diqada zuhur dan asar melainkan kalau suci dalam waktu asar tetapi tidak sempat solat asar maka wajib qada solat asar.

4)Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju
Maka jawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lengan pendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat dengan berlengan panjang.
Sebab itu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukan daripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitik beratkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturan sebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang. Tidak ada ulama’ yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek, bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkan kain di atas bahu.
Berkaitan dengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendek semasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama’- ulama’ mengatakan makruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabi bersabda “siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya”. Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itu juga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujud juga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak , seolah-olah kaku. Nabi tidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama’ qias dengan hadis ikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama’ kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidak bergeraklah.
Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.

**Apa yang dinyatakan mungkin ada kekurangan, rujuk alim ulama' untuk keterangan yang lebih, jika ada penambahan sila tambah diruang komen. minta tolong sangat2 disebarkan pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tidak tahu mengenai ini, lagi ramai tahu lagi ramai manfaatnya..tidak susah pun, cuma letakkan di buletin dan semua boleh baca dan tahu tapi kalau itupun menyusahkan maka tak mengapalah, sudah baca pun alhamdulillah..

wallahu'alam..

#Pray4Gaza