Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Saturday, November 28, 2009

rai eidul adha

aku rasa gembira sangat bila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul
dan bersama-sama meraikan EIDUL ADHA pada tahun ini..
sungguh meriah! walaupun kami tiada haiwan untuk dikorbankan tahun ini,
tetapi suasana raya korban tetap dirasai ^_^ bahagia bila seluruh famili dapat berkumpul, makan bersama, solat berjemaah bersama..betapa aku sangat menghargai saat-saat begini.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t

HARI INI JUGA DIKENALI DENGAN HARI RAYA KORBAN, KERANA UMAT ISLAM DIPERINTAH SUPAYA MELAKUKAN IBADAH KORBAN, MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T, SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH NABI ALLAH IBRAHIM A.S. DI MANA, ALLAH S.W.T MEMERINTAHKAN BAGINDA MENYEMBELIH ANAK KESAYANGANNYA NABI ISMAIL A.S. SUATU PERINTAH YANG AMAT SUKAR DILAKSANAKAN BAGI FITRAH SEMULAJADI MANUSIA YANG MEMPUNYAI SIFAT PENYAYANG SERTA AKAL YANG WARAS.

SEJARAH MEMBUKTIKAN, NABI IBRAHIM A.S MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T INI DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN KETABAHAN HATI SERTA KEIKHLASAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH. KEIKHLASAN BAGINDA INI, MENGATASI PERASAAN RASA SAYANG TERHADAP ANAKNYA SENDIRI. BEGITU PULA ANAKNYA ISMAIL A.S DENGAN RELA HATI MENYERAHKAN DIRINYA UNTUK DISEMBELIH DEMI MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH S.W.T.
INILAH PENGORBANAN YANG AMAT TINGGI YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL ALAIHIMASSALAM DALAM SEJARAH TAMADUN MANUSIA, KERANA MENDAULATKAN PERINTAH DAN HUKUM ALLAH S.W.T KE ATAS MEREKA TANPA RASA RAGU-RAGU, SEKALIPUN ADA RINTANGAN DAN HALANGAN DI SEPANJANG LALUAN TERSEBUT.

MELIHATKAN KEIKHLASAN NABI IBRAHIM A.S. ITU MAKA ALLAH S.W.T MENERIMA AMALANNYA DENGAN MENGGANTIKAN PENYEMBELIHAN ANAKNYA TADI DENGAN TEBUSAN SEEKOR KIBAS. KERANA KESUNGGUHAN DAN KEAZAMANNYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH ITU, MAKA ALLAH MENGGOLONGKAN NABI IBRAHIM A.S DALAM GOLONGAN ‘ULUL ‘AZMI’ DI KALANGAN RASUL.

CERITA INI, DIABADIKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK TATAPAN KITA SEMUA MELALUI FIRMANNYA DALAM SURAH AS-SAFFAAT AYAT 103-105:

MAKSUDNYA: “SETELAH KEDUANYA BERSERAH BULAT-BULAT (MENJUNJUNG PERINTAH ITU) DAN NABI IBRAHIM MEREBAHKAN ANAKNYA DENGAN MELETAKKAN IRINGAN MUKANYA, ATAS TOMPOK TANAH (UNTUK DISEMBELIH) SERTA KAMI MENYERUNYA: WAHAI IBRAHIM, "ENGKAU TELAH MENYEMPURNAKAN MAKSUD MIMPI YANG ENGKAU LIHAT ITU," DEMIKIANLAH SEBENARNYA KAMI MEMBALAS ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN”.

ALLAH MENJELASKAN, PERINTAH KEPADA NABI IBRAHIM A.S. SUPAYA MENYEMBELIH ANAKNYA ITU ADALAH SEBAGAI SALAH SATU UJIAN YANG AMAT SUKAR, MENGUJI KEKUATAN MENTAL, FIZIKAL, EMOSI SERTA KEIMANAN NABI IBRAHIM A.S. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AS-SAFFAAT AYAT 106-107:

MAKSUDNYA: "SESUNGGUHNYA PERINTAH INI IALAH SATU UJIAN YANG NYATA. DAN KAMI TELAH TEBUSKAN ANAKNYA ITU DENGAN SEEKOR BINATANG SEMBELIHAN YANG BESAR (KIBAS)”.
SEWAJARNYA KEPATUHAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH KEDUA-DUA NABI INI MENJADI IKUTAN DAN TAULADAN KEPADA KITA UMAT ISLAM HARI INI DALAM MELAKSANAKAN TUNTUTAN DAN PERINTAH ALLAH S.W.T.

APAKAH YANG BERLAKU HARI INI?. MANUSIA SEMAKIN HARI KELIHATANNYA SEMAKIN JAUH DARIPADA PETUNJUK ALLAH. MANUSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN MERAGUI KEKUASAAN DAN KEBESARAN ALLAH. MANUSIA LUPA, SUATU HARI NANTI MEREKA AKAN MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN SENDIRI-SENDIRI DAN DIBANGKITKAN SEMULA DARI KUBURNYA.

KERANA KEALPAAN INILAH, MANUSIA LALAI DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG HAMBA TERHADAP TUHANNYA. TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR MENDORONG BERLAKUNYA PERKARA TERSEBUT. ANTARANYA, CINTAKAN DUNIA DAN BENCI PADA KEMATIAN. SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU BAGINDA DITANYA APAKAH ITU “WAHAN” WAHAI RASULULLAH? BAGINDA MENJAWAB: “CINTAKAN DUNIA, BENCIKAN MATI”

SUKA PADA DUNIA DATANG DENGAN BERBAGAI BENTUKNYA. KEMEWAHAN, KESENANGAN, KEAMANAN, KESIHATAN KEDUDUKAN DAN PANGKAT, LALU MANUSIA MENJADI LALAI DAN TIDAK MAMPU MENGORBANKAN APA YANG ADA PADANYA UNTUK JALAN ALLAH. KERANA MEREKA BERANGGAPAN, SEGALA YANG DIPEROLEHINYA ADALAH HASIL USAHANYA SENDIRI. SEBAGAI CONTOH, RAMAI MANUSIA YANG BELUM MAMPU MENGORBANKAN SEDIKIT WAKTUNYA UNTUK SOLAT DAN SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T KERANA BAGINYA KERJA ADALAH LEBIH UTAMA. RAMAI JUGA YANG BELUM MAMPU MENGORBANKAN SEDIKIT HASIL PENDAPATAN DAN HARTANYA UNTUK MENGELUARKAN ZAKAT, KERANA BIMBANG KEKAYAANNYA AKAN BERKURANGAN. KITA LEBIH SENANG MEMIKIRKAN TENTANG KELUARGA SENDIRI DARIPADA MEMIKIRKAN MASALAH-MASALAH MANUSIA LAINNYA YANG TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN KITA.

petikan khutbah khas idul adha;
sumber:“SEMANGAT ADHA MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH”

Thursday, November 26, 2009

kisah kita

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di
tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! ..
bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan
hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat
ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba
Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga
dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan
mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni
pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah
timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu
pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,
sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok
berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air
di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah....... lagilah seram dibuatnya Nak
tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si
hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin
risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar
seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke
atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas
tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,
lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi
mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau
tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam
mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus
masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat
sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku
rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg
sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di
bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar
tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar
Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat
kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga
malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit
tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke
dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah
baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY
WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan
demi perkataan

Step 3:
Forward ia untuk renungan bersama semuslim

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka
untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang
Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka
untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa yang singkat, ramai telah
mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh
para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu...
duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam
kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di
redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat
kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita
menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.

wallahualam

Monday, November 16, 2009

cintailah Dia sepenuhnya

Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, walaupun kamu tahu dia tak sendiri lagi, dan walaupun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas, tapi kamu tetap mencintainya,

Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai, walaupun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli dan mengerti, tapi dia tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah,

Aku pernah....

Aku pernah tersenyum walaupun kuterluka kerana ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku,

Aku pernah menangis kala bahagia, kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan hilang begitu saja..

Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana kutakut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan......

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki, dan Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku.

Aku tetap mencintainya, walaupun dia tak dapat kurangkul dalam pelukanku, kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga.

Semua orang pasti pernah merasakan cinta.. baik dari orang tua... sahabat.. kekasih dan akhirnya pasangan hidupnya.

Buat temanku yg sedang jatuh cinta.. semoga sejahtera kerana cinta itu sangat indah. Semoga kalian selalu berbahagia.

Buat temanku yg sedang terluka kerana cinta... Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar, satu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit, tetapi keadaan itu tidak untuk selamanya, bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain akan datang dan menghampirimu.

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta... buka hati mu jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia maka cinta membuat hidupmu menjadi bahagia.

Buat temanku yang mendambakan cinta.. bersabarlah..kerana cinta yang indah tidak terjadi dalam sekelip mata.. Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagimu.

Buat temanku yang mempermainkan cinta.... Sesuatu yang begitu murni dan tulus bukanlah untuk dipermainkan. Cinta bukan suatu kehampaan. Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya.

namun hakikatnya;
cinta yang hakiki cinta yang abadi,
adalah cinta Ilahi..
cintailah Dia sepenuh hati..

sesungguhnya...

Tuesday, November 10, 2009

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YG ANDA KASIHI KERANA ALLAH SWT .....
DEMI MENDAPATKAN KEREDHAANNYA YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH ….

Monday, November 9, 2009

mari berOPKIM ^_^

masa berlalu begitu singkat, akhirnya sudah tamat peperiksaan akhir semester 1 untuk tahun 2 aku berada di UKM. alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik walaupun aku tidak dapat buat yang terbaik, namun aku telah cuba yang terbaik!
USAHA+DOA+TAWAKKAL

jadi..setelah mencuba, time to berdoa dan bertakwakkal!!

seperti biasa apabila selesai peperiksaan akhir semester,...cuti semester bermula, dan aku mahu mengajak kawan2 dan shbt2 untuk menyertai opkim bagi memanfaatkan masa cuti yang agak panjang tu. jom ramai2 sertai!!!!

ni opkim anjuran PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)


ni pulak opkim anjuran IKATAN STUDI ISLAM (ISIUKM)



opkim anjuran anak kedah:












make ur best choice!

jika kita kata kita sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja ketika semester bermula,
nah! ini dia waktu untuk kita semua memnambah segala kekurangan ibadah dan pengisian fizikal, mental, jasmani..khususnya rohani.
SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMANFAATKAN CUTI SEMESTER INI~
semoga cuti semester kali ini lebih baik dari cuti semester yang lepas..
jaga keselamatan kalian..

SELAMAT BERCUTI!!!! ^_^

Sunday, November 8, 2009

muhasabah bersama..

Ya Allah...takutnyer!! luasnya neraka?!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api neraka Mu…YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

#Pray4Gaza