Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, March 29, 2011

Bersangka baik

HUSNUZON…

Satu perkataan yang seakan memberi mesej kepada kita untuk sentiasa berfikiran positif. Husnuzon ertinya bersangka baik dan lawannya Su’uzon yang ertinya bersangka buruk.

Sifat bersangka baik sepatutnya ada dalam diri setiap muslim dan harus dipraktikkan dalam harian kita. Terutamanya dalam kehidupan kita, apabila kita memperolehi sesuatu informasi, tidak kiralah sama ada berita yang buruk mahupun berita yang baik, seharusnya kita selidik dahulu tentang informasi tersebut.

Janganlah mempercayai berita tersebut seratus peratus tanpa usul periksa, kerana boleh jadi, berita tersebut tidak benar malah ditokok tambah pula oleh orang yang menyampainya. Merujuk kepada firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Contohnya, rakan sebilik kita yang suka berhadapan dengan komputer ribanya 24 jam, dalam hati kita terbisik, “Eh, dia ni selalu buang masa duduk mengadap komputer, tengah chatting dengan boyfriend la tu. ” Atau pun, apabila kita melihat kawan A kita yang selalu jalan berseorangan, mesti hati kita terdetik,

” Kasihan dia ni selalu berseorangan, tu la, sombong sangat! nak jadi alim la tu tak nak bergaul dengan orang lain.”

Secara automatiknya, kita telah bersangka buruk terhadap orang lain. Dan dengan Suuzon ini jugalah kita dicatatkan sebagai dosa kecil kerana telah mengutuk orang, walaupun melalui hati. Barangkali kawan yang kita sangkakan membuang masa berhadapan dengan komputer sedang membincangkan tentang pelajaran melalui laman “messenger” atau sedang menyiapkan kerja kerja assignment? siapa tahu? Boleh jadi juga orang yang kita lihat selalu berseorangan, sebenarnya sedang dalam diam berzikir kepada Allah, atau menjaga batasnya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan mungkin juga dia mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Siapa tahu? Oleh itu, jauhilah daripada bersangka buruk terhadap orang lain. Seperti di dalam hadis:

“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”
-HR. Muttafaqun alaihi.

Selain daripada itu, kita sebagai seorang muslim seharusnya ber-husnuzon terhadap Allah SWT. Memang benar, kadang kala, apa yang kita hajat atau idam-idamkan, tak selalu dimiliki. Sebagai refleksi, sebelum kita menempuh peperiksaan, pelbagai cara dan usaha telah kita lakukan. Study hard, work hard, burn the midnight oil, Stay up dan sebagainya. Kita bertungkus lumus berusaha agar kita berjaya dengan cemerlang. Namun, apabila keputusan peperiksaan keluar, kita kecundang dan kecewa.

Ingatlah, kita mesti sentiasa husnuzon. Mungkin Allah mahu memberi ujian kepada kita dalam bentuk yang begini kerana Dia sayang akan hambaNya. Mungkin juga, kerana Dia tidak mahu kita menjadi seorang yang riak dan takbur dengan keputusan yang cemerlang yang diperolehi atau mungkin juga, Dia mahu hamba hambaNya sentiasa merintih berdoa kepadaNya menjadikan mereka lebih dekat denganNya. Merujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Dan sesungguhnya Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuannya seperti yang telah tertulis di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 ;
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Oleh yang demikian, ber-husnuzonlah dengan Allah, bahkan dalam apa jua situasi pun. Sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara, tidak kira dalam kehidupan dan ketika bergaul dengan manusia. Memang benar kata pepatah, banyak manusia, banyak ragam. Jadi, janganlah kita berprasangka buruk terhadap orang lain. Ingatlah firman Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”

*Oleh: Nurul Nadiah Mohamad Anuar

Sunday, March 27, 2011

Untukmu yang bergelar muslimah.

Perkongsian ini aku terima dari seorang muslimat yang bersahabat denganku kerana Allah, buat rakan-rakan.. Jom sama-sama dapatkan inputnya...

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarikperhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun......tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar ,dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang .......tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah......umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku- liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah saudariku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Saudariku..... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadapkaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.....Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.....

Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cintaitu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cintaitu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu ,mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatanterhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu denganilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.....Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal ,kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yangkekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA......"
ujian itu satu hadiah dari Allah..terimalah dgn penuh rasa kesyukuran..

--
*Allah allows us to experience the low points of life in order to teach us lessons we could not learn in any other way. The way we learn those lessons is not to deny the feelings but to find the meanings underlying them* (^_^)

~PELIHARALAH DIRIMU,KERANA DIRIMU SANGAT BERHARGA WAHAI MUSLIMAH SOLEHAH~

Saturday, March 12, 2011

Pemangkin senyum dan ketawa

Sebelum bertolak ke UKM, saya mengambil gambar anak sedara yang sangat melucukan. Dia tidak mahu saya kembali ke UKM kot? hehe...Sengaja nak berkongsi dengan rakan-rakan.. Sekembali ke UKM, projek dan tugasan menggunung menanti.. Biasalah, pelajar~~ Selalunya jika saya terasa terlalu dipenuhi dengan kerja-kerja, saya akan melihat gambar-gambar anak-anak sedara saya. Terasa terhibur. Gambar-gambar gelagat si kecil ini membuat saya tersenyum dan ketawa. Jadi, saya harap rakan-rakan terhibur. =p

Kalau perasan, sangat banyak permainan yang ibubapa dia belikan.. Biasalah si kecil ni anak pertama bagi kakak saya yang ke-2 dan suaminya. Menanti kelahiran anak mereka yang kedua, InsyaAllah bulan 8 nanti.
Ok, sambung bekerja! (^_^)"

Sunday, March 6, 2011

Lepaskan saja gelas itu!

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

selawat~

#Pray4Gaza