Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, January 27, 2012

Inspirasi semut

**IMAN SEMUT. Semut pun beriman? Sudah pasti! Jom teruskan pembacaan...

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."
Itulah Iman Semut!!!

***IMAN MANUSIA???
Pada zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur untuk orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik kubur tersebut.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di"temuduga" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya, "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian," Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia!!!

Kata Saidina Ali kepada Kamil, " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN."

credit to...malaysiaria

Tuesday, January 10, 2012

Bila hati berbicara

Tatkala hati berbicara memohon kekuatan dari Tuhan..
Allah perkenankan dan DIA uji lebih lagi.
Tika hati telah mendapatkan jawapan,
ia diuji lagi dengan keadaan yang amat merumitkan.


apalah takdirnya diri ini..
menulis coretan ini..diwaktu2 begini...
mengapa sukar melelapkan mata..
untuk menghilangkan segala duka..
apalah masa ini memujuk hati ini sendiri...

mengapa aku perlu menitiskan setelah
kuberjanji untuk menjadi 'kuat'
mgapakah??



Namun ya Allah..
aku bukanlah sekuat maryam..
ku benar2  berasa tak mampu untuk menghadapinya..
kau bantulah hambaMu yang lemah ini..


~ ya ALLAh..ujian mu amat perit..aku... 
aku hnya menyerah atas keredhaan aku... 
di saat aku tak mengerti hdup ini.. 
di saat aku ingin lafazkan aku sangat mencintainya...
aku ingin luahkan tp aku x mampu.... 

tp apakan daya.. aku sudh terkedu... 
hnya ku thu.. hatiku msgis lagi... 
perlukah ini trjadi...?? 
kerana aku tidak mahu di ibarat terlalu...
semua yang ku lakukan semua bersbb...., 
mengapa dia tidak memahami....semmgnya daku sedih..
~ya Allah jernihkan lah kembali keruhan yg trjadi...aminn,,,,

adakah aku hipokrit.. aku msh tak mnegerti... 

adakah aku yang tidak mengerti..
tp aku yakin ade hikmah disebaliknya .... 
di saat aku memberi kebaikan ... aku di selubungi duka ...
adakah kerana aku leka dengan kebaikan aku... 
atau aku leka dengan keburukan aku...
ku tahu dimana aku berada...ku tahu menilai..
ku tahu..batas2nya, apa yg kulakukan semuanya ade tersirat & tersurat...
moga2 terjawab juga suatu masa..suatu ketika...., 
apa yg ku lakukan ade persoalan yang dicari...

apalah coretan kisah aku sebenarnya...?? 

apalah kekuatan aku sebenarnya...?? 
apalah daya aku sebenarnya..?? 
sipalah aku untuk berkata... ?? 
adakah aku msih tidak jujur ... 


ya ALLAh.. berilah aku kemudahan untuk aku menerima jawapan... 
berilah aku ruang untuk permudahkan urusan ya RABBUL izzati.. 
Ya rabb ... hati ini rebah mnghadap mu ya RABB.. 
aku masih terkedu.. bila hatiku menagis lagi ...


Ya Allah kuserah segalanya padaMu. InsyaAllah,
Sesungguhnya segalanya adalah milikMu..
Aku redha dan pasrah akan segala ketentuanMu.

#Pray4Gaza