Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Sunday, April 22, 2012

PENGUMPAT TIDAK TAHAN DIUMPAT

ORANG yang selalu mengata orang
biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang
biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan
dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat hendak mengata
dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang,
dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata,
kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas
di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong,
pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham, orang yang nampaknya
macam berani dan garang,
selalu sahaja mengumpat orang
dan sombong dengan orang
Sebenarnya jiwanya tidak kuat,
tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang
tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendah
sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya
tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran-ASZ.

BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya

BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya.
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin 
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka 

Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya 
Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah 
Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya
Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan Hatinya menangis atau matanya menangis Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan 

Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus Untuk mengambus dosa-dosanya
Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri 

Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang 
Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri 
Begitulah sikap seorang hamba yang baik....asz

Thursday, April 19, 2012

Tazkiyatun Nafs

Tazkiyatun Nafs / Pembersihan jiwa - mujahadah berserta amalan2 kita yang ada roh Tazkiyatun Nafs - ialah pembersihan jiwa melalui amalan2 kita yang ada roh.

Amalan2 yang tiada roh, tidak ada pembersihan jiwa. 
Ada orang lain bercakap ttg Tazkiyatun Nafs ialah perbanyakkan amalan, yang mana amalan2 itu yang akan membersihkan jiwa seperti zikir, wirid, sembahyang malam, taubat. TETAPI tidak disebut pembersihan jiwa hanya akan berlaku apabila amalan2 tadi disertakan dengan roh amalan tadi.  Jadi walaupun banyak mana skalipun amalan, tapi tidak ada roh amalan, maka tidak akan berlakulah pembersihan jiwa. Dan kebanyakan amalan tiada roh ini ia berkait dengan amalan yang dibuat kerna menagih fadhilat. 

Kuliah dulu;
1- Orang yg bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijabkan dia dengan Allah.
2- Apabila kita beribadah demi untuk mengejar fadhilat akan menjadikan kita lupa pada dosa2 kita, hilang rasa berdosa.

Jadi apabila berlaku hijab kita dengan Allah, dan apabila hilang rasa berdosa, maka bukan saja tazkiyatun Nafs tidak berlaku, malah hati menjadi semakin berzulmat. Itu adalah hasil daripada amalan yang tidak ada roh.  Malah ia menjadikan kita bertambah subur mazmumah dalam hati. Jadi antara contoh bertambah subur mazmumah, kita rasa kita makin warak, makin tinggi darjat di sisi Tuhan, makin merasakan kita lebih baik dari orang lain, rasa lebih mulia dari orang lain, dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan sendiri.  

Itu antara akibat2 amalan tanpa roh.  Jadi kalaulah amalan kita tu berserta dengan tagihan fadhilat maka berhati-hatilah maka pasti tiada roh pada amalannya. Maka tidak berlakulah Tazkiyatun Nafs.  

Monday, April 16, 2012

.:NOTA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRANKU ESOK:.

Hari-hari berlalu.. 
Tak kusangka, esok bakal kulangkah ke pertambahan umurku. 
esok: ulangtahun kelahiranku.. 
tidak mengapa jika anda tidak tahu. 
bagaimanapun, kubersyukur padaNya atas kesedaran 
bahawa umurku kian meningkat dan usiaku semakin singkat. 


Jika kuimbas kembali masa laluku, 
sungguh aku menyesal dengan masa laluku.. 
Kuharap penyesalan ini tidak terlambat, sebelum hari 'esok', 
kerana setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya 
maka akan ditanya bagaimanakah masa yang diberikan dihabiskan.

Ya Allah ! 
Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, 
Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu 
dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, 
aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, 
aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, 
maka ampunilah bagiku, 
maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau..

Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya..

dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, 
perbaikilah urusanku kesemuanya,
dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. 
Sungguh aku hambaMu yang penuh dosa dan noda 
dan aku bertaubat pada-Mu atas segala dosa yang aku lakukan.. 
Allahurabbi..Semoga taubatku ini diterima..amin..

Buat semua sahabat2 yang dikasihi kerana Allah, 
Saya yakin, saya tidak lepas dari melakukan dosa sesama manusia. 

Saya mohon maaf atas segala kekhilafan dan dosa 
yang pernah atau sedang saya lakukan terhadap kalian.
samaada sedar mahupun tidak. 
Sesungguhnya saya hanyalah hamba-Nya yang hina dan penuh dosa..
Jika ada sebarang hutang atau perkara yang belum selesai,
samaada dalam makluman saya ataupun tidak, sila emel saya.. 
Saya serius. Terima kasih semua.. Moga Allah memberkati kalian..

Sungguh, 
saya mahu berubah kepada yang lebih baik! 
Mohon sokongan kalian. 
Tegur saya jika saya tersilap. 
Maafkan saya jika saya salah. 
Mohon doa semuanya. 
Moga hari ini lebih baik daripada hari esok buat kita semua..


wallahualam..

Sunday, April 1, 2012

ANUGERAHKAN NIKMAT MU BERSAMA RAHMAT MU

Tuhan...
Aku pinta pada Mu
Anugerahkan padaku nikmat Mu bersama rahmat Mu
Janganlah Engkau kurniakan padaku semata2 nikmat tanpa rahmat
Rahmat Mu lebih utama dan besar dari nikmat Mu
Apakah ertinya nikmat tidak disertai dgn rahmat


Tuhan..
Setiap kebaikan yan aku buat
Aku tidak harap syurga Mu
Tapi yg aku harapkan adalah keredhaan Mu
Keredhaan Mu lebih mahal daripada syurga Mu


Tuhan..
Begitulah aku takut membuat dosa bkn krn takut dgn neraka Mu
Tapi aku takut dgn kemurkaanMu
KemurkaanMu lebih dahsyat dan hebat dari neraka Mu
Jadikan lah aku 
wahai Tuhan 
setiap ibadah yg aku lakukan mengharapkan rahmat Mu
Bukan mengharapkan syurga Mu


Jadikanlah juga aku takut membuat dosa bkn krn neraka Mu
Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa krn kemurkaan Mu
Tuhan biarlah apa yg aku buat krn Mu
Bkn krn syurga atau neraka Mu
Kerana Mu dan untuk Mu adalah keikhlasan yang paling tinggi
Itulah sifat org merdeka
Kerana syurga dan neraka masih terikat dgn kebendaan
Di sini tercacat sedikit keikhlasan...

#Pray4Gaza