Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Thursday, June 27, 2013

Ujian sebagai penguat kasih sayang suami isteri

20 Jun 14 (Khamis) - Lebih seminggu si dia berfikir-fikir sama ada untuk menyertai Perkemahan Perdana Sekolah di Pahang atau Kem Kecemerlangan Akademik di Port Dickson. Both dia ada peranan dia. Tapi hari kejadian dia kena pilih 1 la. Banyak kali dia tanya pendapat aku.. Aku pun xfaham kenapa dia berat sangat nak tinggalkan isteri dia ni. baru 6 bulan 2 minggu kot.. Dia nampak risau sgt nk tinggalkan aku. Biasa kalau pergi usrah ke apa2 program  ke, xdela susah sangat nak decide untuk join. 

21 Jun 14 (Jumaat) - Setelah masak berfikir..cik abg pun buat keputusan utk menyertai perkhemahan di Pahang. Itupun dia masih berat lagi untuk beritahu aku yang dia akan ke Pahang.. That decision means abg kena pergi dalam pkul 2ptg, selepas solat Jumaat. So..he's plan for me utk ke Serdang, rumah kakak aku. Sebabnya, dia takkan biar aku tinggal sesorang kt rumah.. walaupun xsampai 2 hari. He's decide to hantar aku by car. tp sekeras-kerasnya, aku minta padanya utk ke sana menaiki KTM. Yela..dia nk hantar, lepas tu kne rushing balik pulak.. dgn minyak, tol bagai.. membazir je. lagipun, kalau naik KTM, naik jela.. pastu duduk. kt Serdang pun, kkk boleh jemput, kan?

So...aku pun siap2.. bawa brg sket2 je..  Terus gerak pagi tu jugak, dalam kul 10 lebih kot. Dalam perjalanan, aku rodger sahabat MPP yang rancangnya nak buat reunion kt Putrajaya hari Ahad, Whoah! dapat join nih! Lagi2 sahabat nak dtg amek kt umah kakak.Rindu diorg semua!!! Tengahari tu alhamdulillah aku selamat sampai di rumah kakak. Abg pula bertolak ke Pahang selepas solat Jumaat. Abg gerak tu, abg mesej sepatah jugak kt aku.. pastu kami bermesej, smpai ptg, tanya dia, either da sampai atau belum. Tp no respon. "Oh, mungkin dia sibuk". Malam tu, aku mesej dia lagi.. tapi.. no respon jugak. Hm.. hati da xsedap. sebab aku xdapat hubungi dia.. ternyata, tempat perkhemahan dia xde line!

22 Jun 14 (Sabtu) - Okay, kt rumah kakak, xde buat apa2 pun.. just main dengan anak2 sedara je. Sikit2 jela. Xboleh main lasak2.. cik abg da pesan awal2..jgn angkat bende berat, etc... aku memang patuh la.. kakak aku pun tahu.. dia selalu ingatkan aku pesanan suami tercinta aku ni. hihi... Malamnya, aku rasa excited sgt nak jumpa shbt2 MPP.. Okay, da prepare baju utk esok! Bestnye..dapat naik boat ramai2.. aku pun tido awal..

23 Jun 14 (Ahad) - Seadang aku tido dengan kakak n anak2 sedara aku.. Bermula di sinilah kejadian yang tak disangka-sangka berlaku.. Allahhurabbi... 
kejadian sabenar yg telah dipendekkan ceritanya

  ..... 

sebahagian rakan dan sahabat yang saling memberi semangat dan kekuatan
Tak jadi aku nk sertai gathering kat Putrajaya. Namun, Allah pertemukan kami di Hospital Serdang.
Alhamdulillah...

Mereka sampai sebelum suami aku sampai lagi.. xsure dalam pukul berapa.. tengahari kot, nak dekat zuhur masa tu. syukur la waktu itu suami telah dapat dihubungi...

Kalau x, aku mmg berair mata jela.. Nak cakap xboleh..sebak di dada.. Since laki aku da dimaklumkan, aku sedikit lega..


Ha.. ni la kekasih aku. Kekasih dunia akhirat, in shaa Allah. Kalau aku tgk gambar ni, teringat masa dia sampai di wad aku.. Mase tu, ada sahabat dia, namanya Hj, Nan, isterinya dan seorang anaknya. Dia da macam abah kami da kat seremban.


Sewaktu laki aku sampai di wad, aku memandangnya, berat untuk mengukir senyuman buatnya.. Dia mendakap sahabatnya itu, dan menangis. terlalu murah air matanya.. aku sebak yg teramat..!! Air mataku pula mula deras kembali. Allahhh... Dia terus mendakapku, dan membisikkan aku, "xpe syg, kuat, ya. in shaa Allah, ada rezeki lagi lepas ni.."

Terima kasih, wahai suamiku.. atas segala kebaikanmu terhadapku.. Semoga Allah memuliakanmu atas segala kebaikan yang abg lakukan terhadap sy.. Semoga ada rezeki untuk kita lepas ni..

Doakan kami, ya semua..


#Pray4Gaza