Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Sunday, January 24, 2010

Al-Quran dan hantaran

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM... MIMMM... RAA..”kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head.. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah... Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Saturday, January 23, 2010

mereka bersyukur??? sedarlahhhh!!

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukans etakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kaf ir."

(cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata... )

Seorang kafir pula berkata, " saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

(mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia... )

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang" .

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka.

Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH.

Friday, January 22, 2010

Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif

Memperkenalkan sebuah Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif.
Di susun oleh DR. Ahmad Hatta,MA (Indonesia).

Istimewa 5 dalam 1 :
Terjemahan per kata
Terjemahan ayat
Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
Nota kaki sebagai huraian tambahan
Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab

Ciri-Ciri Istimewa :
Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru, Merah, Merah Jambu & Ungu) SEKIRANNYA ADA STOK
Berat hanya 1.3 kg.
Saiz A4.
mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.

Balasan Allah SWT di akhirat tidak hanya bagi para penghafal dan ahli Al Quran saja, namun cahayanya juga menyentuh kedua orang tuanya, dan ia dapat memberikan sebahagian cahaya itu kepadanya dengan berkah Al Quran. Dari Buraidah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, maka keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini? dijawab: “kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran”(Hadits diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilanya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), dan disetujui oleh Adz Dzahabi. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya (21872) dan Ad Darimi dalam Sunannya (3257))

Kedua orang itu mendapatkan kemuliaan Tuhan, kerana keduanya berjasa mengarahkan anaknya untuk menghafal dan mempelajari Al Quran semenjak kecil. Dan dalam hadith terdapat dorongan bagi bapa dan ibu untuk mengarahkan anak-anak mereka untuk menghafal Al Quran semenjak kecil. Ibnu Mas`ud berkata: “Rumah yang paling kosong dan lengang adalah rumah yang tidak mengandung sedikit pun bahagian dari Kitab Allah SWT

”(Diriwayatkan oleh Al Hakim dari Ibnu Mas`ud secara Mauquf. Ia berkata: sebagian mereka memarfu`kannya, demikian juga dikatakan oleh Adz Dzahabi (1/566)). Dan pengertian kata “ashfaruha” adalah: yang paling kosong dari kebaikan dan berkah. Al Munziri meriwayatkan dalam kitab At Targhib wa At Tarhib dengan kata: “ashghar al buyut” dengan ghain bukan fa. Dan maknanya adalah: rumah yang paling hina kedudukannya, dan paling rendah nilainya.

sabda Rasulullah s.a.w
Sesungguhnya hati manusia berkarat sepertimana besi yang dikaratkan oleh air, mereka bertanya kepada rasulullah, bagaimana untuk membersihkan hati yang berkarat itu???
Rasulullah menjawab adalah dengan mengingati mati dan membaca al-Quran...


InsyaAllah, semoga kita semua beroleh manfaat di dunia dan dan beroleh syafaat al-quran di akhirat kelak...
Terima Kasih


p/s:kepada yang berminat untuk memiliki Tafsir Qur'an boleh reply pada email ini.
sila berikan c0ntact n0. dan nama...=)
Harga RM 100
service p0s penambahan RM10
terdiri daripada c0l0ur purple, pink, biru, merah hati, hijau...
untuk maklumat lanjut layari :
http://www.ikramussunnah.blogspot.com


setiap pembelian akan disertakan dgn v0ucher HAJI RM200 & UMRAH RM100.tq....

Monday, January 18, 2010

Aku Rela

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.


Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com


lagu ni memang membaja semangat aku..
bila aku rasa lemah..
lemah dalam perjuangan..

sering aku rebah dalam perjalanan,
kerana aku juga manusia biasa..

sering aku keluh dengan segala mehnah dan tribulasi..
yang kadang kala menggugat diri..
kerana...

Aku bukan SITI AISYAH
yang punya kesabaran luar biasa
Aku bukan SITI KHADIJAH
yang miliki kemewahan lagi dermawan
Aku bukan RABIAH AL ADAWIYAH
yang hanya mencintai Rabb-nya sahaja
Aku juga bukan SITI FATIMAH
yang hidup dengan kezuhudannya
Aku juga bukan SITI MASYITOH
yang punyai keteguhan iman seteguh karang

Tapi satu yang pasti aku akan berusaha menjadi seperti mereka..

semoga Allah permudahkan jalan ini..
jalanMu yang lurus namun dipenuhi onak ranjau berduri..
hati sering rasa disakiti..
namun hanya kepadaMu aku tangisi..

~rentetan dari menghadiri Konsert amal yang diadakan di KUIS~

Friday, January 8, 2010

ProJALIN



ProJALIN bertemakan “ Menjalin Ikatan , Merapatkan Ukhwah”

objektif program

5.1 Merapatkan hubungan di antara mahasiswa/i UKM dan masyarakat dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim melalui program kemasyarakatan yang berkesan.

5.2 Memastikan agar timbul rasa kesedaran yang tinggi di kalangan mahasiswa dan masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap persekitaran melalui pembangunan dan pemikiran yang lebih berkesan.

5.3 Menanam semangat kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh mahasiswa dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka dalam masyarakat.

5.4 Melahirkan mahasiswa/i yang berakhlak dan berperibadi mulia yang mempunyai perasaan kasih sayang dan kecintaan terhadap maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

kami akan bertolak ke RUMAH BARKAT pada jam 4ptg ini (8/1/2010). semoga program berjalan dengan lancar.

Wednesday, January 6, 2010

Wawasan Ideal

semalam..aku ke pusanika menemani membe aku ke pejabat pos, kemudian meninjau ke Karnival Keusahawanan KTHO. apabila aku sampai ke meja yang dipenuhi buku-buku, aku tertarik dengan 1 buku ni..dan aku pn membelinya.ditulis oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawy bertajuk AGAMA DAN POLITIK; Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan pemikiran Sekular-Liberal..

sinopsisnya buku ini menceritakan bahawa adalah menjadi suatu kebaikan kalau politik masuk ke dalam agama, bukan menjadikan agama sebagai tunggangan/sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan menjadikan agama itu sebagai matlamat, tujuan utama dan petunjuk agar wujud satu pemerintahan yang adil berdsasarkan permesyuaratandan setiakawan sosial; untuk menjadikan agama sebagai suatu kekyatan pendorong agar politik menjadi alat penolong kebenaran, sarana berbuat kebajikan; serta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebar luaskan kerosakan akhlak.

Kalau semua yang disebutkan di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam secara khas-menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syari'at, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar, serta iman dan kehidupan.

Tidak adanya pemisahan tersebut sudah lama diterapakn dalam sejarah Islam selama lebih dari 13 kurun lamanya. setelah Imperialisme barat menyerang negara-negara Islam, menguasai pelbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan undang-undang, pengetahuan, pendidkan, dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. mereka kemudian mengarah dan mencorakkan megara-negara Islam menurut keinginan mereka.

Tetapi kebangkitan Islam moden benar-benar telah menghapus perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. setelah benar-benar sirna, mula tibul kekuatan jati diri Islam yang berada pada umatnya. maka terbuktilah Sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang paling mulia dan paling sesuailah yang akan wujud.

bagaimanapun, kesan kedatangan imperialis masih belum terhapus sepenuhnya. kita sebagai umat Islam perlu sedar bahawa kita perlu sama-sama mempertahankan AgamaNya.
PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI.

Tuesday, January 5, 2010

Politik dengan Kehidupan


Aku baru pulang dari satu kursus kepimpinan baru-baru ini. Kesannya, aku jadi berminat untuk mendalami ruang politik. Ruang "politik"..bila orang berbicara tentang politik, orang lain akan bertanya, "ko nak jadi calon ke?" ada juga yang rimas dengan perkataan politik dan sentiasa menyatakan "politik kotor! jijik!"~ aku nak jelaskan di sini, berpolitik bukan hanya menyertai pilihanraya, menjadi calon mahasiswa, dll..tetapi realitinya hidup manusia memang tidak lari dari politik.
contoh: si ibu membawa anaknya ke kedai runcit. Si anak meminta ibunya mainan. si ibu tidak mahu membelikannya. kemudian, si anak menangis untuk mendapatkan mainan yang dikehendakinya. akhirnya si ibu membelikan mainan tersebut. Nah! itu dia politik. Rakan-rakan sedar atau tidak, dahulu sebelum kita ditiupkan roh kedalam jasad, roh kita berjanji telah bertemu dengan Allah, dan roh kita berjanji akan menjadi khalifah dan menghambakan diri kepadaNya. Itu juga politik. erm..aku faham kenapa ramai golongan yang tidak meminati politik, kerana dahulu aku juga begitu. politik yang mereka maksudkan adalah politik yang dilihat melalui parti politik. walauapapun sebab dan musabab, aku pulangkan persoalan (POLITIK=KEHIDUPAN. Benarkah??) kepada pembaca sekalian. :-)

Kembali kepada Kursus Kepimpinan Bakal Calon, pendekatan yang dibuat oleh HEP sempena Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa yang akan berlangsung tidak lama lagi, adalah sangat baik dan digalakkan untuk mengenalpasti potensi dan kemampuan bakal-bakal pimpinan mahasiswa universiti. Seramai 166 orang yang menyertai Kursus ini.Setiap slot yang ditentatifkan sangat berguna untuk menjadikan mahasiswa lebih memahami halatuju UKM. Namun, pada pandangan dan perspektif aku, tidak aku nafikan bahawa kebanyakan slot yang disampaikan tidak jauh objektifnya seperti BTN. Kenapa aku berpandangan begitu??? Tidak perlu aku sampaikan di sini. Apa yang aku harapkan rakan-rakan mahasiswa tidak hanya menerima sahaja. mahasiswa perlu peka dan sensitif dengan segala ucapan dan doktrinisasi yang dikenakan. Pandangan dan pemikiran setiap orang berbeza-beza, jadi aku kira tidak salah untuk aku meluahkan pendapat dan pandangan. dan aku juga tidak marah jika orang lain berbeza pandangan. pada aku, pandangan dan pendapat tiada yang salah dan betul. ia berdasarkan kefahaman dan pegangan individu itu sendiri. semua itu adalah hak individu. tetapi diharapkan setiap individu yakin dengan pembawaan pandangan dan pendapat yang dipegang. Yang penting sekali, pastikan pegangan yang diyakini itu tidak lari dari Pencipta yang Maha Kuasa.
PEACE! (^_^)v

Friday, January 1, 2010

#Pray4Gaza