Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Wednesday, October 1, 2014

Aku hamba yang penuh dengan dosa...

Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Perbanyakkan membaca istighfar, kerana dengan beristighfar akan
mendatangkan rezeki, kelapangan, keturunan yang baik, ilmu yang
bermanfaat, adanya kemudahan serta dapat menghapuskan dosa.


Tuesday, September 23, 2014

Aku telah menjadi seorang Pengedar Qaseh Gold (^_^)v

 Assalamualaikum, sahabat-sahabat semua... 

Semoga kalian sihat dan ceria, sentiasa di bawah lindungan Rahmat dan Kasih sayang yang Maha Esa. 

Hari ni, aku nak citer sikit.. Aku sekarang da jadi pengedar produk Syarikat Ana Edar. Sdn. Bhd. Dah lame ke? aku jadi pengedar ni masa raya hari tu kalau tak silap aku la. dalam bulan 7 baru ni. hihi.. 



Aku start consume bulan puasa, dalam sebulan, kena dengan tekak dan aku yakin dengan pemakanan sunnah, terus aku jadi pengedar.. sebab aku memang jatuh hati sangat3 dengan produk Qaseh Gold ni.. Kenapa ye? haaa..ada masa nanti aku ceritakan ye macamana aku boleh jatuh hati dengan Qaseh Gold.

Korang teruskanlah pembacaan ye.. 
Semoga ada manfaatnya..

Monday, September 22, 2014

Kalender Cuti Umum 2015 Dan Takwim Sekolah Malaysia

Cuti memang seronok inilah saat dinanti untuk meluangkan masa bersama yang tersayang malah dapat melepaskan tekanan yang dihadapi di tempat kerja mahupun di sekolah bagi pelajar khususnya

cuti cuti malaysia 2015

Bagi sesetengah orang, pelbagai rancangan diatur dalam minda mereka. Belum pun masuk tahun baharu pelbagai aktiviti yang dirasakan boleh dilakukan dengan keluarga ataupun rakan sepanjang cuti yang menjadi pilihan itu akan dirancang dengan teliti

Kalender Cuti Umum 2015 Dan Takwim Sekolah Malaysia Seluruh Negeri


Untuk merancang percutian perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di Malaysia.. Manakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2015 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia

Saturday, September 13, 2014

Tawakal dan Ikhlas


Ada beberapa perkara yang berkaitan tentang tawakal kepada Allah, iaitu:

Pertama:
 Tawakal adalah perkara yang berkaitan tentang masalah akidah. Meyakini Sang Pencipta, iaitu  Allah, sebagai satu-satunya tempat bergantung bagi setiap Muslim ketika berharap suatu manfaat dan menghindari daripada kemudaratan. Orang yang mengingkari perkara ini bererti dia kafir.

Kedua: Setiap hamba wajib bertawakal hanya kepada Allah dalam segala urusannya. Tawakal ini termasuklah di dalam hati, iaitu jika seorang hamba mengucapkannya tapi tidak meyakini dengan hatinya, maka ia tidak dianggap sebagai seorang yang bertawakal.

Ketiga: Jika seorang hamba mengingkari dalil-dalil kewajipan untuk bertawakal yang bersifat qath’i (pasti), maka ia telah menjadi orang kafir.

Tuesday, March 18, 2014

Info Penting ! Mengapa Rasulullah Larang Minum Berdiri



Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler(berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”

Saturday, March 15, 2014

Wajib Baca! Cara ringkas untuk SOLAT JENAZAH.


Belajarlah wahai lelaki. Apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal. Itu sahajalah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita…

Thursday, March 13, 2014

DI SEBALIK PERISTIWA FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA & UNDANG-UNDANG AZAB ALLAH

1. Kamal , 22, Sabreena, 21, Syazana , 23, and Nor Faizza , 27. Saudara Islam kita ini telah mati semasa konsert tersebut. Muda-muda belaka. Apa agaknya music yang didengari mereka sekarang?
2. Ada kawan saya cerita, lagu-lagu yang mereka dengar itu high bass. Techno, trance, remix, etc. Memang boleh masuk dunia lain kalau PA system power. High bass tu boleh rasa sampai ke jantung. Takdir Allah, Malaikat Maut menarik nyawa mereka seiring dengan dentuman muzik yang dahsyat, dan kini mereka memang berada di dunia lain yang lebih real; alam barzakh. Apa-apa pun, mari kita sama-sama doakan agar mereka semua keampunan dan keredhaan Allah SWT.
3. Apa pengajaran untuk kita yang masih hidup? Bagi yang hidup mereka seperti Kamal, Sabreena, Syazana dan Faizza, cubalah tanya pada diri masing-masing, apa agaknya yang sedang dialami mereka sekarang? Artis-artis Malaysia yang dah berhijrah dari kehidupan jahiliyah ini mesti tampil ke hadapan sekarang untuk beri kesedaran. Konsert ini jelas menunjukkan kefasikan dan kezaliman manusia yang bermaharajalela melayan nafsu.
4. Bagi golongan baik dan soleh, ada satu undang-undang (qanun) Allah SWT yang anda mesti tahu. Khalifah Umar al-Khattab pernah ditanya, “Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia makmur maju?” Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” Apabila kefasikan dominan, Malaysia boleh hancur disebabkan azab Allah SWT. Azab Allah SWT tidak hanya terkena pada orang yang bersifat zalim, tetapi juga kena kepada orang baik.

#Pray4Gaza