Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, May 28, 2010

cintaku pada Palestin

Baitul Maqdis, di mana terletaknya Masjidil Aqsa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam aqidah Muslimin. Perihal ini telah disepakati oleh semua mazhab kaum muslimin. Maka dengan itu dapat dilihat kesepaduan seluruh kaum muslimin dalam melindungi dan mempertahankan kesucian Baitul Maqdis dengan pengorbanan jiwa dan harta benda.

Di Baitul Maqdis terletak Masjidil Aqsa yang menjadi simbol kesucian Islam yang sudah terpaku dalam suratan takdir, ianya tercermin di dalam jiwa dan kesedaran kaum muslimin sebagai Kiblat mereka yang pertama, tempat berlakunya Isra’ dan Mi’raj, kota besar Islam ketiga, negeri kenabian dan keberkatan dan negeri persediaan jihad.

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

http://bdyoutube.com/video/XZXZAC_hCF8/Shoutul-Harakah-Palestina-Tercinta-Versi-Peace-Demonstration-Wellington.html


tetapi kini?? apa yang telah berlaku kepada palestin tempat letaknya masijil Aqsa yang kita cintai??? ya Allah selamatkan Palestin!!! hancurkan yahudi!! khaibar ya yahudd!!!

Tuesday, May 25, 2010

menangis kerana Allah

Mata ini...sudah lama tidak kebasahan...Hakikatnya, aku sedih...dimanakah air mataku?dimanakah air mata taubatku?? dimanakah air mata keinsafan yang dahulu sering membanjiri pipi ini...??? Ya Allah, adakah hambaMu ini telah menjauhiMu..? Ya Allah, aku mohon air mata yang takutkan azabMu... Ya Allah....bantulah aku dalam usaha meningkatkan keimanan terhadapMu.. Ya Allah...betapa kerdilnya diri ini, betapa hinanya diri ini.. Ya Allah, Lindungi aku dari segala malapetaka dan kerosakan.. Thabatkan diriku dalam jalan ini.. Kuatkan aku ketika aku lemah, Bantu aku bila aku buntu, Istiqamahkan diriku untuk beramal kepadaMu, Ingatkan aku tika aku alpa... Kurniakan aku insan yang mendekatkan aku kepadaMu.. Rabbi yassir wa la tu assir..permudahkanlah segala urusanku..

Diri ini sedaya upaya menangis kerana sudah air mata yang merindukanMu sudah lama tidak menitis..

_______________________________________________________________


oleh Renungan dan Motivasi : Ifta Istiany Notes
Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

=============================

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahwa tidak akan masuk neraka orang yang menangis karena takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril mengumumkan," telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Kitab Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat menggerungkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kemarahan api neraka dengan nyala apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyala api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung menuju umat Nabi Muhammad, Rasulullah berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang dari umatku yang ahli sholat, demi hak orang-orang dari umatku yang ahli sedekah, demi hak orang-orang dari umatku yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mau kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”.

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril . “Wahai Jibril, Air apakah itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang-orang di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api neraka itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Setelah itu bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis karena takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata.”

Wallahu’alambishowab

Wassalam

Thursday, May 20, 2010

Undang-undang Dan Keperluannya Mengikut Islam

Undang-undang Dan Keperluannya Mengikut Islam
Disediakan Oleh:
Husin Ahmad
Pusat Penyelidikan Islam BAHEIS

Perbandingan Undang-undang Jenayah Islam Dengan Undang-undang Ciptaan Manusia:

Walaupun pada dasarnya Undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang ciptaan manusia mempunyai matlamat yang agak serupa iaitu untuk melindungi kepentingan umum serta memberi pengajaran kepada pelaku kesalahan itu sendiri supaya tidak mengulangi lagi, tetapi kalau kita perhati secara halus dan lebih mendalam kita akan dapati ada beberapa perbezaan. Antaranya ialah:

1. Undang-undang Jenayah Islam adalah ciptaan Allah S.W.T. yang bersifat Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui tentang sesuatu, sudah tentu undang-undang yang dicipta-Nya itu sesuai untuk setiap masa dan tempat. Oleh sebab itu undang-undang Islam dalam semua bidang tidak berubah dan bertukar mengikut masa dan tempat. Manakala Undang-undang ciptaan manusia sentiasa menerima perubahan mengikut keadaan, masa dan tempat serta kemahuan orang yang membuat undang-undang.

Setiap Muslim wajib mempercayai kebenaran undang-undang ciptaan Allah dan mematuhinya, serta wajib berusaha untuk menegakkannya. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa. Orang itu bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T., tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim. Undang-undang Islam adalah berasaskan pada sumber yang utama iaitu al-Quran al-Karim.

Jadi implikasi daripada tindakan orang yang seperti itu pertama, bersalah kerana tidak menjalankan hukum-hukum Allah dan keduanya bersalah kerana mengkritik Undang-undang Allah yang boleh merosakkan aqidah dan keimanannya. Allah S.W.T. berulang-ulang mengingatkan umat Islam supaya mengikut hukum Allah dalam memutuskan suatu perkara, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan Kami (Allah) telah turunkan kepada kamu kitab al-Ouran dengan membawa kebenaran, maka hukumlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dengan membelakangkan kebenaran yang telah datang kepada kamu". (al-Maidah: 48)

Ringkasnya, bolehlah dikatakan bahawa orang yang memutuskan sesuatu tidak mengikut hukum Allah akan termasuk dalam salah satu golongan yang disebutkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang kafir". (al-Maidah: 44)

Golongan yang pertama ini tidak menjalankan hukuman Allah ialah kerana ingkar dan tidak mempercayai kebenaran hukum Allah.

Dalam ayat lain Allah menjelaskan perkara ini yang bermaksud:

"Dan orang yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah dia adalah orang-orang yang fasik". (al-Maidah: 47)

Mereka tidak menjalankan hukum Allah bukan kerana tidak percaya tetapi kerana lebih mementingkan undang-undang lain untuk kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu.

Golongan yang ketiga, orang yang tidak menjalankan hukum menurut apa yang diturunkan Allah ialah orang-orang yang zalim. Firman Allah bermaksud:

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah dlturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Maidah: 5?)



Pengecualian:

2. Undang-undang Islam memandang manusia itu sama rata. Tidak ada bezanya di antara berpangkat tinggi atau rendah, miskin atau kaya, pihak yang berkuasa ataupun rakyat biasa. Siapa sahaja yang melakukan kesalahan tetap akan menerima hukuman. Tidak ada pengecualian atau keistimewaan diberikan kepada pihak-pihak yang tertentu. Hukuman dikenakan secara menyeluruh kepada semua golongan masyarakat yang sudah mempunyai cukup tanggungjawab (mukallaf) terhadap kesalahan yang dilakukan.

Banyak keterangan yang membuktikan keadilan undang-undang Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang perempuan bangsa Makhzumi yang akan dipotong tangannya kerana kesalahan mencuri tetapi datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w meminta supaya perempuan itu tidak dihukum. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda di khalayak ramai yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah binasa bangsa yang sebelum kamu kerana apabila seorang yang berkedudukan tinggi mencuri dibiarkan tetapi apabila orang yang berketurunan rendah mencuri dipotong tangannya." (Riwayat Muslim)

Pada masa Sayidina Umar menjadi Khalifah, beliau telah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada anaknya sendiri kerana kesalahan minum arak sebagai memberi ingatan kepada keluarganya bahawa undang-undang Islam tidak memberi keistimewaan kepada keluarga pemerintah dan untuk menunjukkan keadilan Islam. Manakala dalam undang-undang ciptaan manusia, walaupun pada umumnya untuk menjaga kepentingan orang ramai tetapi sebaliknya, ia digubal untuk menjaga kepentingan suatu golongan sahaja. Sebab itu dalam mana-mana undang-undang positif (dunia) terdapat fasal-fasal yang memberikan hak keistimewaan kepada golongan tertentu ataupun orang-orang perseorangan dengan tidak ada undang-undang yang boleh mendakwanya.

3. Undang-undang Islam berhubung rapat dengan soal akhlak atau perasaan hati. Islam menganggap budi pekerti yang baik sebagai sendi masyarakat. Oleh kerana itu tiap-tiap perbuatan yang bertentangan dengan akhlak tetap akan menerima balasan dan hukuman, sama ada di dunia atau di akhirat. Mana-mana kes yang mempunyai bukti dan keterangan yang lengkap akan dihukum di dunia ini, manakala kes-kes yang tidak terang dan tersembunyi, ia tetap akan menerima hukuman di hadapan Hakim Yang Maha Adil.

Berbanding dengan undang-undang positif (dunia) yang boleh dikatakan mengetepikan langsung soal akhlak. Undang-undang positif (dunia) akan mengambil tindakan kepada seseorang hanya apabila perbuatannya itu membawa kerosakan secara langsung kepada orang lain. Sebagai contohnya, perbuatan zina yang tidak dianggap salah oleh undang-undang positif kecuali jika sekiranya dengan cara perkosaan atau tanpa kerelaan sebelah pihak. Undang-undang Islam menganggap perbuatan zina itu adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan akhlak walaupun ia dilakukan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak. Pada zahirnya zina yang dilakukan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak itu tidak ada pencabulan tetapi pada hakikatnya perbuatan itu adalah mencabuli kehormatan manusia iaitu dengan merosakkan keturunan umat manusia. Ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat dengan kelahiran anak-anak yang tidak berbapa. Perbuatan itu juga mencabuli hukum Allah, kerana Islam telah mengatur manusia supaya melakukan hubungan jenis mestilah melalui akad nikah yang sah, bukan mengikut cara yang dilakukan oleh haiwan. Oleh sebab itu pesalah-pesalah zina tetap dikenakan hukuman walaupun mereka melakukannya dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.



Ketenteraman:

Begitu juga perbuatan minum arak, undang-undang Islam memandang perbuatan itu satu kesalahan walaupun sipeminum itu tidak sampai mengganggu ketenteraman orang ramai. Sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak menganggap meminum arak satu kesalahan melainkan jika peminum tersebut berada di khalayak ramai dan mengganggu ketenteraman orang ramai. Pada lahirnya memanglah perbuatan itu tidak mencerobohi sesiapa, tetapi pada hakikatnya minuman arak itu boleh merosakkan akal fikiran manusia. Apabila akal sudah rosak dengan sebab minum arak, ia boleh menjadi punca kepada perbuatan keji yang akhirnya membahayakan masyarakat umum.

Pertalian yang rapat di antara undang-undang jenayah Islam dengan masalah-masalah akhlak, akan menjadikan seorang mukmin itu merasai bahawa tiap langkah dan tindak-tanduknya sentiasa dalam perhatian dan ia akan merasa bersalah. Perasaan ini akan menyebabkan setiap individu muslim menjauhkan diri dan melakukan sebarang kesalahan.

Perbandingan undang-undang Islam dengan undang-undang Barat amatlah jelas. Bagi kita, orang Islam seharusnya bergembira dengan undang-undang Islam yang baik dan agung itu Kerana undang-undang Islam berpunca dari dasar-dasar yang jelas iaitu wahyu Allah dan hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w. Al-Quran dan Hadis itu kemudiannya diperluaskan oleh para sahabat dan imam mujtahid yang terkemudian dalam menentukan sesuatu hukum. Dapat ditegaskan bahawa undang-undang Islam adalah diambil dari al-Quran dan Hadis, kemudian diperluaskan dengan ijmak, qias dan lain-lainnya.

Tujuan pelaksanaan undang-undang mengikut Islam ialah untuk menjaga lima prinsip asas manusia yang perlu diberi perlindungan. Lima prinsip tersebut ialah, menjaga agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.

Melindungi kepentingan agama Islam adalah salah satu kemuliaan yang diberikan kepada manusia. Oleh itu iktiqad orang yang beriman, mestilah dibetulkan, kebebasan beragama mestilah diberikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Islam.

Menjaga kehormatan nyawa bermakna memberi hak untuk hidup yang mulia. Termasuk dalam jumlah ini menjaga anggota tubuh badan daripada dirosakkan, juga dikehendaki menjaga maruah dan kehormatan danpada dicerobohi dan dihina. Di samping itu menjaga akal fikiran daripada rosak supaya tuannya tidak membebankan masyarakat, dan menjadi punca kejahatan. Oleh kerana itu Islam menghukum peminum-peminum arak dan seumpamanya.

Menjaga keturunan manusia supaya setiap bayi dilahirkan akan dididik dengan baik oleh kedua-dua ibu bapanya. Oleh itu diadakan peraturan nikah kahwin dalam Islam. Islam melarang perhubungan yang tidak mengikut syarak. Islam juga melarang orang beriman menuduh zina kepada orang-orang yang tidak bersalah kerana tuduhan itu boleh merosakkan nama baiknya. Untuk menjaga kepentingan ini Islam mengenakan hukuman berat ke atas pesalah-pesalah zina dan orang yang membuat tuduhan-tuduhan zina secara palsu.

Menjaga harta benda juga suatu kewajipan, sebab itulah hukuman yang berat dikenakan ke atas orang-orang yang merosakkan harta benda sama ada dengan mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya. Islam mengadakan peraturan yang sewajarnya dalam mengawal harta benda orang Islam.

Berasaskan kepada masalah tersebut ulama Fiqh membahagikan kesalahan dan hukuman dalam undang-undang Islam kepada tiga bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah Hudud, Qisas dan Takzir.



Sumber: Sinaran Islam, Tahun 8, Bil. 2, Jun 1988, hal. 8-15.

Friday, May 14, 2010

rezeki dipatuk ayam. siapa mahu??

**************************************************
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiam dsb.

****************************************************

Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” siapa mahu?? aku tahu..ada sesetengah memberi alasan, "bangun pagi2 takde kerja nak buatla..". sebenarnya, byk perkara yang boleh diisi pada waktu pagi. lebih-lebih lagi pada waktu cuti semester begini, khususnya buat mahasiswa/i. ambillah peluang untuk berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga..atau ambillah peluang untuk mencari pengalaman bekerja. macam mana nak berbakti dengan orang tua dalam skop bangun pagi ni?? korang boleh tolong mengemas rumah, mencuci pakaian, membuat sarapan, dll..tak kiralah anda lelaki @ perempuan. kalau memang xde kerja juga, pergilah jogging ke, udara pagi bagus tau! innamal a'malu binniyat~ kalau segalanya kita niatkan kerana Allah, dah menjadi ibadah..dapat pahala. mudah,bukan? apa lagi??? jom jadi "a morning person!"

ingatan buat diri sendiri dan shbt2.

Saturday, May 8, 2010

12 Golongan orang yang didoakan oleh para Malaikat.

oleh : Hari-hari Besar Islam

Insya Allah berikut inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci".

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu shalat.Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"

(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)



3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam shalat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)



4. Orang-orang yang menyambung shaf pada sholat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf"

(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)



5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu".

(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)



6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat ( berdoa ) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata,'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh AhmadSyakir menshahihkan hadits ini)



7. Orang-orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (kelangit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)



9. Orang-orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukharino. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)



10. Orangyang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nyabershalawat (berdoa ) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk disaat sahur untuk puasa "sunnah" (Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umarra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib watTarhiib I/519)



11. Orangyang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754,Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")



12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)



Sumber Tulisan Oleh :Syaikh Dr. Fadhl Ilahi,

Orang-Orang yang Didoakan Malaikat,

Pustaka IbnuKatsir,

Bogor, Cetakan Pertama,

Februari 2005

#Pray4Gaza