Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, November 25, 2011

Mengenali Lelaki Dan Perempuan


Bagus jikalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku masalah antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-


Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Boleh dikatakan haram bagi suami bertanya pendapatan isteri dengan niat untuk menggunakannya, lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita pula...

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki. 

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki. 



Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorang wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
i)   Isterinya
ii)  ibunya
iii) anak perempuannya 
iv) saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Wallahua`lam.

Monday, November 7, 2011

Salam Imtihan!

Buat rakan-rakan dan sahabat serta pembaca sekalian, 

Berdo’alah kamu kepada-Ku nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.
Sesungguhnya, orang-orang yangg enggan untuk beribadah kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina-dina”.
[Ghaafir : 60]
 

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”-Surah Muhammad :7

Sunday, November 6, 2011

Ingatan buat Kaum Hawa

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Wahai kaum wanita yang saya kasihi cinta, jika benar kita sayangkan ayah atau suami kita, ada beberapa aurat perlu kita jaga :

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :  Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Kulit
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang mencolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: 
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".
 Bagaimana? Ingatlah, definisi sayang adalah membantu suami atau ayah membawa keluargamu ke syurga, bukan melemparkan dia ke neraka. Jika benar cinta kepada mereka, maka tolonglah mereka. 

JAGALAH AURAT MU -> Pesanan untuk diri ini juga.

Friday, November 4, 2011

Benih Kebahagiaanku


Kadang-kala kita terlupa bahawa kebahagiaan itu boleh dirasai oleh semua orang, tanpa syarat. Kita lupa bahawa akar kebahagiaan dan ketenangan hidup adalah CINTA. Jika kebahagiaan ibarat buah yang dianugerahkan Tuhan untuk hamba-Nya, maka buah itu berasal dari biji benih yang bernama CINTA.

Ayuh bersama kita siram biji benih itu supaya tumbuh bersemi dan berkembang mekar dalam kehidupan kita. Mari kita nikmati keharuman bunga cinta yang telah mekar. Mari kita nikmati keindahannya dalam kehidupan, sehingga tidak ada lagi duka nestapa, sakit hati, stress, ketakutan, kecemasan, kedengkian, dan penderitaan dalam menjalani sisa hidup ini.


Cinta adalah benih kebahagiaan. Dengan cintalah kita bisa merungkai kelopak-kelopak kehidupan menjadi bunga kebahagiaan yang indah untuk dinikmati. Dengan cinta, kita tidak hanya sekadar hidup, tetapi lebih dari itu, iaitu boleh "menghidupkan" lagi kehidupan kita dan kehidupan orang lain. Dengan cinta kita membuat segalanya lebih bererti. Hidup penuh cinta akan merubah tangis menjadi tawa, kepedihan menjadi rahmat, dan duka lara menjadi nikmat.

Jika selama ini kita hanya mencintai kekasih, suami/istri, dan keluarga maka marilah kita mencintai semua yang ada di sekitar kita. Apa saja hal lain yang harus kita cintai agar kebahagiaan hidup menjadi milik kita?

Friday, October 21, 2011

Karnival Ilmu Anak Muda (KAMU'11)




Ayuh bersama-sama memeriahkan Karnival Anal Muda 2011 yang akan berlansung pada 22-23 Oktober 2011 di  Stadium Melawati, Shah Alam. Pelbagai aktiviti super menarik telah dirancang oleh pihak penganjur khusus buat anak-anak muda zaman millimenium dan buat semua lapisan masyarakat amnya.

Karnival Anak Muda 2011 dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan Siswa Selangor, persatuan-persatuan mahasiswa Islam kampus, badan-badan NGO dan agensi-agensi kerajaan.

Kepada rakan-rakan mahasiswa UKM yang merancang untuk pergi ke Karnival Ilmu Anak Muda 2011 (KAMU'11) pada hari Sabtu dan Ahad ini, anda boleh menghubungi wakil ISIUKM, Mohammad Hilmi Bin Ramli (0134762580), Mohammad Al-Amin Bin Mohammad Shukri (0148670094), Norhazirah Binti Mustaffa (0132734287) dan Fatmawati Binti Abdin (0198319107) untuk maklumat pengangkutan dan program.

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog rasmi KAMU'11, http://kamu2011.blogspot.com

Jumpa anda di sana!

Friday, October 7, 2011

Bumi ini milik Allah!



Pada abad 7 M seorang lelaki resah terhadap perilakunya yang kurang baik mendatangi Ibrahim bin Adham. Ibrahim bin Adham merupakan seorang supi dari Persia (sekarang Iran) yang masyhur dikala itu.Lelaki tersebut datang kepada Ibrahim bin Adham untuk meminta nasihat agar perilaku serta perangainya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kemudian,Ibrahim berkata, "Apabila kamu mau melakukan perbuatan yang dilarang Allah, janganlah kamu makan dari rizki-Nya." Lelaki itu bertanya penuh keheranan,"Bagaimana hal itu dapat aku lakukan, padahal semua yang ada di bumi adalah rezeki dari Allah?".

"Apakah Kamu pantas memakan rezeki dari Allah,padahal kamu telah melanggar perintah-Nya?, Kata Ibrahim bin Adham. Lelaki itu termenung mendengar perkataan Ibrahim bin Adham, lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tidak."



Friday, September 30, 2011

ada ALLAH bersama..

Jika sendiri
janganlah merasa sepi
ada ALLAH yang sedang mengawasi
Jika sedih
janganlah dipendam di hati
ada ALLAH tempat berbagi
Jika susah
janganlah merasa pilu
ada ALLAH tempat mengadu
Jika gagal
jangan berputus asa
ada ALLAH tempat meminta
Jika bahagia
janganlah menjadi lupa
ada ALLAH tempat memuja
Ingatlah ALLAH selalu,
serta ukirlah NamaNya dihatimu

Puisi ini benar-benar mengesan dihatiku..
Kusematkan dalam diri
Apapun setelah berusaha dan berdoa
Ku sandarkan segalanya pada Ilahi
Senyumlah wahai diri
Walau hati terkadang menangis sendiri
Yakini itu yang terbaik dari Ilahi...
Pastlah apa yang ditakdirkanNya
adalah yang terbaik juga untukku...

Tuesday, September 27, 2011

Titip kasih buat sahabatku..


Buat sahabat,

Saat terkenang kesibukan yang dilalui bersama,
Ku rasakan kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan


Saat mengalami keperitan dan kekecewaan,
Ku merasakan sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…


Saat terkenang memori indah yang dicipta bersama,
Ku akur kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… 
kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, 
kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…


Saat terkenang insan-insan yang kucinta,
Ku merasai cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..


Saat merindui kamu,
Ku merasai rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…


Moga masa yang berlalu menjadi memori dan kenangan yang takkan dilupakan. Moga sahabatku semuanya sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya. Moga ukhwah ini dipelihara-Nya.


With Love,
Muslimah Marsi.



  



Sunday, September 11, 2011

Manakah yang mencintaimu?


Orang kata..jangan buat orang yang mencintaimu kecewa. Kadangkala kamu tidak mampu untuk memberi kebahagiaan yang sama rata kepada insan2 yang menyayangi kamu, yang mencintai kamu...siapakah dia yang mencintai kamu? 

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

C.I.N.T.A
Apakah sebenarnya cinta?? 
Pesan buat diri dan sahabat, jangan kita bertuhankan Cinta Manusia. 
Cinta hakiki hanyalah kepada Allah yang Maha Esa..Itulah cinta Agung!
Moga Allah pertemukan kita di syurga...

Sunday, August 7, 2011

Muslimah by Nazrey

Tiada apa yang hendak diluahkan di sini..
Itulah dia Muslimah sejati..
Saya?
Ya, Walaupun bernama Muslimah, 
belum lagi mencapai tahap tersebut.
Ayuh rakan mahasiswi dan kaum hawa sekalian, 
mari ke arah Muslimah Sejati..Wanita Solehah.

Moga bertemu di pintu syurga...

Wednesday, August 3, 2011

Barakallah...

Hari berlalu dan mendatang dengan pelbagai berita..ada yang sedih, ada yang pedih, ada yang suka, ada yang duka. hehe... Tak kisah lah yang kurang menggembirakan itu.. Bukan itu yang hendak aku tekankan. hehe.. Apa yang hendak diketengahkan adalah...PERASAAN GEMBIRA yang tak mampu untuk aku gambarkan.. Apabila, insan-insan sekelilingku..bakal menyempurnakan separuh dari agama..Apakah itu? iaitu PERNIKAHAN..

Penatnya buat kerja jemaah..dah lah xde gaji.


Penglibatan dalam urusan berkumpulan (jemaah) sehari-hari semakin dirasakan membebankan. Kerinduan kepada keluarga tercinta yang jauh dimata kian berat dan semakin sarat. Peruntukan masa untuk bersama mereka yang tersayang dan masa bersendirian untuk lebih dekatkan pada-Nya kian terkikis. Dahlah cuti macam tak cuti. Dengan menghadapi  tekanan, tohmahan, karenah dan ragam manusia yang pelbagai, betul-betul menyusahkan dan memeningkan..langsung tak membantu aku apa-apa! 

Tambahan, apabila dikata, bergerak kerja berjemaah, buatlah kerja bersama-sama. Tapi...mereka dengan mereka dan aku yang sendirian.. Asyik betul mereka dengan assabiyah mereka yang dilabelkan sebagai "ukhwah" tu..betul ke ukhwah?? Huh! Penatnya! Letihlah!!! Dah la takde gaji! Bukan aku nak kata aku tak ikhlas, tapi..kalau nak bergerak kerja berkumpulan tu, biar la dengan suka hati..kalau dah rasa bersendirian, macam mana nak bersemangat buat kerja?? Betul x?

Tapi pembaca sekalian, aku mohon dengan sangat untuk kalian meneruskan pembacaan...

Kata-kata dan ayat di atas, sebenarnya, aku takde nak tuju pada sesiapa..tapi, ia adalah sebagai muhasah untuk diri dan mungkin untuk pembaca sekalian (jika berguna). Mungkin ada antara kita yang pernah merasakan seperti situasi di atas. Jadi pertamanya, aku nak mengajak kalian untuk sama-sama kita beristighfar jika kata-kata semacam diatas pernah terlintas dan terdetik di hati kita.. Astaghfirullahal'azim...(30 kali atau lebih..)

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan...

Sejurus coretan menjelang Ramadhan..
Di sini, aku sebagai hamba-Nya yang hina, dengan penuh rendah diri mengucapkan...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H!

Friday, July 29, 2011

Coretan hati menjelang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Kehadapan sahabat dan rakan yang setia dan masih mengikuti perkembangan blog dan penulisanku.

Aku memohon maaf atas segala salah kata dan salah laku. Sudah lama benar tidak menitipkan kata-kata dan ingatan buat diri sebagai perkongsian buat semua pembaca. Sepanjang tempoh tidak menulis, aku melalui pelbagai situasi dan keadaan sehingga tidak mampu untuk aku coretkan.

Ya, tika melaluinya..semahunya aku ingin terus menulis untuk dikongsikan buat semua.. Namun, masa sangat mencemburui. Ia terus berlalu...meninggalkan hasratku. Apabila difikirkan, ada hikmahnya juga.. Mungkin tak semua yang aku lalui itu perlu dikongsikan..

Wednesday, July 27, 2011

BROGA PMUKM

Kepimpinan PMUKM dibawah tampuk GMUKM dipanjangkan tempoh pemerintahannya sehingga September. 

gambar2 ni diselitkan untuk tatapan buat kenangan bersama.

















#Pray4Gaza