Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Wednesday, August 3, 2011

Barakallah...

Hari berlalu dan mendatang dengan pelbagai berita..ada yang sedih, ada yang pedih, ada yang suka, ada yang duka. hehe... Tak kisah lah yang kurang menggembirakan itu.. Bukan itu yang hendak aku tekankan. hehe.. Apa yang hendak diketengahkan adalah...PERASAAN GEMBIRA yang tak mampu untuk aku gambarkan.. Apabila, insan-insan sekelilingku..bakal menyempurnakan separuh dari agama..Apakah itu? iaitu PERNIKAHAN..

Minggu yang lalu aku "dikejutkan" dengan jemputan walimah seniorku, Farid Hamlud dengan pasangannya, sahabatku sendiri, Sakinah Ropien.  
 ♥ Kad jemputan yang comel. Limited Edition kot.. :)
 Hari ini pula aku "dikejutkan" lagi dengan jemputan walimah dari juniorku, Roslina Sahidin dengan pasangan pilihan hatinya, Uwaisilqrani
 ♥ Sweet card..
Akhirnya..aku telah menerima jemputan kKedua-dua pasangan ini sudah tidak lama lagi untuk melangkahkan kaki keperingkat yang seterusnya..iaitu Bait Muslim.
Setiap individu dalam gerakan Islam mesti dididik sebaiknya kearah membentuk dirinya menjadi Fard Muslim. Fard Muslim adalah batu bata kepada binaan Bait Muslim, Mujtamak Muslim (Masyarakat Islam), Hukumah Islamiyah (Kerajaan Islam), Daulah Islamiyah, Khilafah Islamiyah dan Ustaziatul Alam.
Nak tahu, aku benar-benar merasakan kebahagiaan mereka. Bibirku terus mengukir senyuman kebahagiaan buat mereka. Bukan apa, kerana mereka, telah kuanggap seperti keluargaku sendiri.. Ukhwah yang dikurniakan Allah ini benar-benar menjadikan aku bahagia apabila mereka bahagia..dan sedih apabila mereka sedih. Namun berusaha untuk sentiasa menjadi ceria; diharapkan dapat menceriakan hari-hari mereka..

Selepas ini, diharapkan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna dan bahagia..Moga matlamat mendapat keredhaan dan keberkatanNya dicapai bersama pasangan masing-masing. Tiada apa yang mampu ungkapkan untuk kalian melainkan doa dan harapan..
 ♥ SEMOGA BERJAYA & BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT.. ♥ JADILAH INSAN YANG MEMBAWA PASANGAN LEBIH DEKAT DENGAN-NYA ♥ MOGA KUAT DAN THABAT DALAM PERJUANGAN! ♥ BARAKALLAH!! ♥ 
Sejurus mendapat jemputan dari adikku, Roslina..Jari jemariku terus menulis post dan menyatakan perasaan gembiraku buat mereka. Nah! Tak sampai 10 saat, beberapa orang memberikan komen..Erk..yang tak boleh blahnya..kebanyakan mereka bertanya aku pula. aduhai...nyesal pulak post. haha.. Nevermind~ 

Aku tak mo membalas komen mereka..nak jawab "no komen", sat lagi penuh pula komen-komen seterusnya..haha.. (Ops..sori..banyak gelak pula). Bulan Ramadhan ni..kurangkan gelak dan melagha..tapi tambahkan amal ibadah. hehe... Aku serius tau..kata-kata ini untuk diriku (khususnya), dan sekalian pembaca. Bak kata presiden ISI, Ramadhan Yang Sama Natijah Yang Berbeza

IMPOSSIBLE IS NOTHING!~

2 comments:

#Pray4Gaza