Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Thursday, December 20, 2012

Wake Up

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Sekian lama menyepi...selepas mendirikan "masjid".. jarang sungguh aku menulis. Bukan sebab apa.. it's because of.. "L" illness.. orang jawa kata, penyakit "M". hihi.. Kesiannnn...blog sudah terlalu berat dengan sesawang. Ya Allahh.. aku rindu dengan diari ini! Aku ada jugak menulis, tp dalam buku jela. hand writing. Yang "M" sangat ni sebab penat nak mengadap laptop lama2.. hihi.. sorry u'olls.. 

Wake Up!!! 
Wake Up!!! It's time for clean up all the messes..Okay?!!


La ni usia perkahwinan aku dgn si dia tercinta, hampir mencapai 6 bulan.. Yeah, perkahwinan ni suatu anugerah yang Allah kurniakan untuk hamba-hambaNya. Alhamdulillah.. aku bersyukur sgt2 dengan perancangan Allah ini, yang sebenarnya aku sendiri tak sangka..it was happened to me!! 

Erm..biasa la..bila bujang, mahu berdua.. Bila berdua, mahu bertiga... Setiap pasangan suami isteri semestinya mengimpikan keluarga yang lengkap bahagia, sakinah, mawaddah, wa rahmah.. Ada anak, cucu dan keturunannya.. Begitu juga aku dan suami, dan kamu yang membaca juga, kan??? Sape taknak...keluarga bahagia sampai ke syurga..kan, kan, kan???

So..back to our 1 to 2, 2 to 3...etc.
Dalam tempoh hampir 6 bulan mendirikan rumah tangga, tp kami belum lagi dikurniakan zuriat.. :'( Sape kata tak sedey? mestila sedey sebab kita manusia biasa.. cuma.. it's how we manage and face it! Macam biasa.. We as a slave, just follow and thank to God's plan. In other hand, kite jugak kena berusaha.. macam exam.. kita tawakkal dengan usaha yg terbaik, hasilnya, kita serah kepada Allah.. it's very simple, right?! 



Anyway..., semuanya mudah untuk dikatakan, tp bukannya mudah untuk menghadapinya.. Hanya sesiapa yang diujiNya sahaja yang mengetahui sebenar-benar keadaannya. Apa-apapun, aku bersyukur kepadaNya.. kerana Dia telah kurniakan aku terlalu banyak nikmat..

Yang PERTAMA dan UTAMA semestinya nikmat
 Iman & Islam. Nilainya tidak terhitung.. infiliti daripada infiniti syukur bagi 2 perkara ini. Yang lain?

★ Kasih sayang Emak Abah dan keluarga yang terbaik di dunia.

☆ Rezeki..makan minum, alhamdulillah la masih boleh makan untuk meneruskan hidup.
★ Kesihatan. Alhamdulillah.. allah beri kesihatan yang baik. tak perlu duduk kt wad, dll.

☆ Suami yang baik. hensem. comel.
★ .... infiniti ...kalau nak list mmg xmenang tangan la, kan~ sedangkan,

Allah Swt. berfirman, “Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."  (QS. Al-Kahfi: 109)

semuanya...mcm usia, masa ,lapang, sihat, hidup, semuanyalah nikmat dari Allah.. Kalau xde semua tu.. what will happen to us? Subhanallah.. Sungguh Maha Hebat Tuhan kita.. Dialah yang Maha Kaya, Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.

Manusia merancang, Allah juga merancang.. dan, sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah. Selepas bergelar sebagai seorang isteri, eceli baru aku realize.. kehidupan rumahtangga ni banyak dugaan dan cabarannya. Kenapa aku cakap mcmtu? Sebabnya selepas berkahwinlah, aku terdedah dengan pelbagai situasi hal suami isteri.. mcm sekarang yang aku lalui.. zuriat. sebelum ni, aku fikir macam senang je nak dapat anak. sebab tgk emak abah aku, diorg ada 10 orang anak termasuk aku. 2 orang Kakak aku yang dah kahwin pun, masing2 dah ada 3 orang anak.. Sweet sgt. 

Situasi aku berlainan sket. sebab aku kahwin skali dgn kkk aku. So...kalau sorang dah ada, mesti orang akan compare2.. lantak korang la kalau nak compare ke hape ke.. tp buat masa ni, kkk aku pun belum ada apa2 berita lagi. tu aku masih steady lagi.. usaha2 jugak..tp sambil rilex2 je.

Dalam hati, kalau ada, biarla sama2 ada.. hehe.. nikah sama2.. ngandung sama2.. ini barula adik kakak sejati namanya! koh3.. Ish2..Ape2 je aku ni.. semuanya kan ketentuan Allah.. 
Rezeki, Jodoh, Ajal, Maut, semuanya ditangan Tuhan... Kita sebagai hamba, WAJIB Redha dan Bersyukur dengan segala perancangannya, sebab segala perancangannya adalah yang terbaik untuk kita! :)

“Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (QS. Al-Baqarah: 269)   

Friday, October 26, 2012

I'm really appreaciate it!

Baca tajuk je dah tahu apekebede aku nak tulis hari ini..  Disebabkan aku belum bercerita tentang hari perkahwinanku, aku nak selitkan sikit walaupun hari ni, genap 6 bulan usia pernikahan aku. Ape la yang nak selit2 ni..kan da lepas.. 6 bulan pun da berlalu.. ahahah.. saje je sambil2 nak menulis nie. hihi

U know what, Part yang paling aku suka adalah, ramai kawan2 yang datang memeriahkan majlis.. Kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, dan UKM. Eceli aku x expect pun ramai yang akan datang. sebab aku tahu masa sesuai.. masing2 sibuk nak studi sebab next weeknya, da start final exam. Tp alhadmulillah.. masa nikah ramai yang datang.. masa kenduri pun ramai... Hadiah pun banyakkk.. Alhamdulillah.. 

Errmm..time majlis nikah, part yang tak dapat aku lupekan adalah.... jeng3... apekah ia?? lepas selesai akad nikah.. pengantin baru, saksi kena tandatangan borang2.. mase tu.. BLACKOUT! hahaha.. tibe2 je gelap .. know what, abah tambah 2 bilik baru..pastu, masa tu guna over current.. tu blackout jap tu. dekat 10 minit jugak nak terang balik. sibuk masing2 keluarkan torchlight n lilin.. perghh...romantik jgk majlis akad nikah berlampukan lilin. hihi...

ni sekitar majlis akad nikah

ni pulak gambar sekitar majlis walimah

Gambar kawan2 masa walimah tak dapat diselitkan. Terima kasih, saudara-mara aku, kawan2, sahabat2, jiran tetangga dan kesemuanyalah yang hadir!! I love u all..

Sunday, May 20, 2012

Utusan Raja Sehari

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt buat semua rakan blogger yang mengenali diri yang tak berapa nak dikenali ni.
Kalian dijemput hadir ke Majlis Tautan Hati antara

saya , Muslimah binti Marsi
dengan pasangan, Affandi Abdul Rahman

pada masa dan tempat yang dinyatakan berikut

Tarikh: 27 Mei 2012
Tempat; Lorong Haji Salleh, 86100 Ayer Hitam, Johor.

di sini disertakan sekali kad undangan buat kalian. 
Moga dengan kehadiran kalian memeriahkan lagi dan menambahkan lagi keberkatan majlis, insyaAllah. 

Saya mohon doanya semua..

Tautan Hati


Sunday, April 22, 2012

PENGUMPAT TIDAK TAHAN DIUMPAT

ORANG yang selalu mengata orang
biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang
biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan
dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat hendak mengata
dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang,
dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata,
kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas
di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong,
pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham, orang yang nampaknya
macam berani dan garang,
selalu sahaja mengumpat orang
dan sombong dengan orang
Sebenarnya jiwanya tidak kuat,
tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang
tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendah
sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya
tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran-ASZ.

BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya

BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya.
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin 
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka 

Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya 
Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah 
Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya
Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan Hatinya menangis atau matanya menangis Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan 

Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus Untuk mengambus dosa-dosanya
Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri 

Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang 
Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri 
Begitulah sikap seorang hamba yang baik....asz

Thursday, April 19, 2012

Tazkiyatun Nafs

Tazkiyatun Nafs / Pembersihan jiwa - mujahadah berserta amalan2 kita yang ada roh Tazkiyatun Nafs - ialah pembersihan jiwa melalui amalan2 kita yang ada roh.

Amalan2 yang tiada roh, tidak ada pembersihan jiwa. 
Ada orang lain bercakap ttg Tazkiyatun Nafs ialah perbanyakkan amalan, yang mana amalan2 itu yang akan membersihkan jiwa seperti zikir, wirid, sembahyang malam, taubat. TETAPI tidak disebut pembersihan jiwa hanya akan berlaku apabila amalan2 tadi disertakan dengan roh amalan tadi.  Jadi walaupun banyak mana skalipun amalan, tapi tidak ada roh amalan, maka tidak akan berlakulah pembersihan jiwa. Dan kebanyakan amalan tiada roh ini ia berkait dengan amalan yang dibuat kerna menagih fadhilat. 

Kuliah dulu;
1- Orang yg bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijabkan dia dengan Allah.
2- Apabila kita beribadah demi untuk mengejar fadhilat akan menjadikan kita lupa pada dosa2 kita, hilang rasa berdosa.

Jadi apabila berlaku hijab kita dengan Allah, dan apabila hilang rasa berdosa, maka bukan saja tazkiyatun Nafs tidak berlaku, malah hati menjadi semakin berzulmat. Itu adalah hasil daripada amalan yang tidak ada roh.  Malah ia menjadikan kita bertambah subur mazmumah dalam hati. Jadi antara contoh bertambah subur mazmumah, kita rasa kita makin warak, makin tinggi darjat di sisi Tuhan, makin merasakan kita lebih baik dari orang lain, rasa lebih mulia dari orang lain, dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan sendiri.  

Itu antara akibat2 amalan tanpa roh.  Jadi kalaulah amalan kita tu berserta dengan tagihan fadhilat maka berhati-hatilah maka pasti tiada roh pada amalannya. Maka tidak berlakulah Tazkiyatun Nafs.  

Monday, April 16, 2012

.:NOTA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRANKU ESOK:.

Hari-hari berlalu.. 
Tak kusangka, esok bakal kulangkah ke pertambahan umurku. 
esok: ulangtahun kelahiranku.. 
tidak mengapa jika anda tidak tahu. 
bagaimanapun, kubersyukur padaNya atas kesedaran 
bahawa umurku kian meningkat dan usiaku semakin singkat. 


Jika kuimbas kembali masa laluku, 
sungguh aku menyesal dengan masa laluku.. 
Kuharap penyesalan ini tidak terlambat, sebelum hari 'esok', 
kerana setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya 
maka akan ditanya bagaimanakah masa yang diberikan dihabiskan.

Ya Allah ! 
Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, 
Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu 
dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, 
aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, 
aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, 
maka ampunilah bagiku, 
maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau..

Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya..

dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, 
perbaikilah urusanku kesemuanya,
dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. 
Sungguh aku hambaMu yang penuh dosa dan noda 
dan aku bertaubat pada-Mu atas segala dosa yang aku lakukan.. 
Allahurabbi..Semoga taubatku ini diterima..amin..

Buat semua sahabat2 yang dikasihi kerana Allah, 
Saya yakin, saya tidak lepas dari melakukan dosa sesama manusia. 

Saya mohon maaf atas segala kekhilafan dan dosa 
yang pernah atau sedang saya lakukan terhadap kalian.
samaada sedar mahupun tidak. 
Sesungguhnya saya hanyalah hamba-Nya yang hina dan penuh dosa..
Jika ada sebarang hutang atau perkara yang belum selesai,
samaada dalam makluman saya ataupun tidak, sila emel saya.. 
Saya serius. Terima kasih semua.. Moga Allah memberkati kalian..

Sungguh, 
saya mahu berubah kepada yang lebih baik! 
Mohon sokongan kalian. 
Tegur saya jika saya tersilap. 
Maafkan saya jika saya salah. 
Mohon doa semuanya. 
Moga hari ini lebih baik daripada hari esok buat kita semua..


wallahualam..

Sunday, April 1, 2012

ANUGERAHKAN NIKMAT MU BERSAMA RAHMAT MU

Tuhan...
Aku pinta pada Mu
Anugerahkan padaku nikmat Mu bersama rahmat Mu
Janganlah Engkau kurniakan padaku semata2 nikmat tanpa rahmat
Rahmat Mu lebih utama dan besar dari nikmat Mu
Apakah ertinya nikmat tidak disertai dgn rahmat


Tuhan..
Setiap kebaikan yan aku buat
Aku tidak harap syurga Mu
Tapi yg aku harapkan adalah keredhaan Mu
Keredhaan Mu lebih mahal daripada syurga Mu


Tuhan..
Begitulah aku takut membuat dosa bkn krn takut dgn neraka Mu
Tapi aku takut dgn kemurkaanMu
KemurkaanMu lebih dahsyat dan hebat dari neraka Mu
Jadikan lah aku 
wahai Tuhan 
setiap ibadah yg aku lakukan mengharapkan rahmat Mu
Bukan mengharapkan syurga Mu


Jadikanlah juga aku takut membuat dosa bkn krn neraka Mu
Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa krn kemurkaan Mu
Tuhan biarlah apa yg aku buat krn Mu
Bkn krn syurga atau neraka Mu
Kerana Mu dan untuk Mu adalah keikhlasan yang paling tinggi
Itulah sifat org merdeka
Kerana syurga dan neraka masih terikat dgn kebendaan
Di sini tercacat sedikit keikhlasan...

Saturday, March 31, 2012

BUATLAH apa sahaja biarlah bersama Tuhan

Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan 
Laksanakanlah apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan 
Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana Tuhan sertakan di dalam perjuangan

Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan 
Tuhan adalah segala-galanya Ia modal hidup mati kita Ia aset yang kekal abadi 
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita 
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan 
Jangan cuba tinggalkan Tuhan, kita akan kecundang 
Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan
Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan 
Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam sebarang keadaan Jangan tinggalkan Tuhan! 
Jika Tuhan sudah ditinggalkan 
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan
Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan

Monday, March 26, 2012

ORANG BERTAQWA DI DALAM PIMPINAN ALLAH

Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasih-Nya
Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur 
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya 
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya 
Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian
Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya dosa-dosa kita pun diampun
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya 
Begitulah orang yang bertaqwa
Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya

Ini adalah atas perkongsian seorang insan yang amat saya hormati.
Saya sebarkan kepada semua pembaca,
moga kita mendapat ibrah dan sentuhan dari kata-katanya..
moga beliau juga mendapat pahala yang berpanjangan.

wallahualam~

Sunday, March 18, 2012

Aku berharap hanya kepada-Nya. Benarkah?


Aku berharap hanya kepada-Nya. Benarkah???

Hati seorang mukmin itu terus memandang Kuasa Allah dalam setiap hal baik dalam menggapai cita-cita atau dalam menyelesaikan masalahnya. (
Adakah aku seorang mukmin atau hanya bergelar muslim?) Allahurabbi....

Ketika hati ini besar harapannya dan hanya berharap pada Allah, dia akan merasakan semangat yan membakar, sentiasa optimis dalam mencari penyelesaian, dilimpahi nikmat dan kurnia, sentiasa mendapat sokongan, tidak rasa takut dan sedih. Orang mukmin seharusnya begitu. Dia harus melihat segala sesuatu dari sudut pandang kekuasaan Allah bukan dari sudut pandang manusia..

Sebagaimana rasulullah yang terus berjuang berdakwah selama bertahun tahun di Makkah. Meski di intimidasi, disakiti, dicaci dan dihina, Rasulullah tidak pernah menyerah. Saat bumi mekkah seakan akan telah tertutup Rasulullah pergi ke Thaif, Thaif tidak menerima Rasul balik ke makkah lagi berdakwah di tenda tenda haji hingga akhirnya Allah memberikan tempat di madinah. Rasulullah tidak pernah berhenti karena ia tahu bahwa jika Allah berkehendak memberikan kemenangan dan hidayah pada umatnya maka dalam sekejap pun bisa. Namun Rasulullah terus berikhtiar dan berjuang. Salah satu alasan kenapa Rasulullah tidak berhenti karena besarnya harapan pada Allah.

Kenapa harapan ini tidak Muncul?

1. Orang tidak mungkin berharap pada yang tidak ia kenal.
Hati ini tidak mungkin berharap sebesar besarnya pada Allah kalau tidak kenal dengan Allah. Mulut memang mudah untuk berkata dan otak kita kenal Allah, tapi bagaimana nak berharap sedang hati tidak kenal dengan Allah. Itulah yang disebut ma’rifatullah.
Kalau hati ini tidak mengenal dengan baik bahwa Allah Maha Kuasa, sebaliknya kita tertutup oleh hijab dunia maka yang kuasa itu jadi bos kita, atasan kita, mertua kita, teman kita, gaji kita, kewangan, dan bersiap siaplah untuk kecewa. Maka berharaplah pada Yang Maha Kuasa, hati kita akan menjadi lapang dan kita tidak akan pernah merasa buntu - tiada penyelesaian.
2. Jarang Zikrullah (mengingat Allah) sehingga sering ingat pada selain Allah

3. Kurang tajamnya memandang kehebatan atau kekuasaan Allah atas makhluk Nya.

Penyelesaian

Kenalilah Allah dengan lisan, fikiran dan hati kita. Rasakanlah kewujudan Allah dalam hati kita. Bukan sekedar kenal biasa tapi biarlah ia yang mendominasi fikiran (banyak menyebut dan mengingat-Nya). Kalau kita hanya kenal, tapi kalau tidak selalu mengingati dan menyebut nama-nama-Nya maka boleh jadi kita lupa dan hati akan terisi dengan yang lain.

Hasil Pengharapan pada Allah

  1. Tidak pernah merasa buntu atau hilang akal/jalan penyelesaian sehingga menumbuhkan optimisme.
  2. Merasa tenang dan bahagia kerana kita dapat merasakan sokongan dari Allah. Kenikmatan hidup itu sudah dirasakan dari awal sehingga jarang kecewa.
  3. Merasakan kemudahan dan kemudahan dalam setiap urusan.

Empat tahap pengharapan pada Allah

  1. Harapan untuk tegaknya agama Allah di muka Bumi. Ini merupakan harapan para Anbiya dan ulama.
  2. Harapan tegaknya Agama Allah di dalam diri sendiri
  3. Harapan memperoleh kebaikan dalam urusan dunia.
  4. Berharapnya orang yang banyak dosa untuk masuk surga dengan rahmat Allah. Berharap pada ampunan Allah.
Semoga kita termasuk antara orang-orang yang besar harapannya pada Allah dan hanya pada Allah.



Resume Kajian Tazqiyatun Nafs bersama Ustadz Muhsinin Fauzi, Lc, Ma di Masjid Al Amanah Kementerian Keuangan, Selasa, 26 April 2011
Reporter : Muhammad Irfan

Saturday, February 25, 2012

Kesedihan tanpa kawalan punca kehancuran insan

Satu daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia ialah 'kesedihan'. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk dengan sandaran wahyu, boleh jadi kesedihan itu menjadi punca kehancuran seseorang.
Ketika dunia mengalami krisis ekonomi global, tekanan hidup bukan hanya dirasai golongan miskin bahkan hartawan juga ikut terkena kesan kejatuhan raksasa kapitalis dunia. Orang mukmin tidak kira miskin atau kaya ikut sama merasai tekanan akibat situasi politik dan ekonomi yang membahayakan keselamatan harta serta jiwa mereka.

Tetapi, hanya mereka yang benar-benar teguh imannya boleh memenangi peperangan ini. Mereka yang berpegang dengan semangat reda atas putaran takdir yang berada dalam genggaman kuasa Allah. Mereka sentiasa mengingati pesan Allah yang dititipkan melalui al-Quran supaya orang mukmin reda dan berani menghadapi suratan kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Memang mustahil untuk tidak bersedih ketika diuji; kehilangan harta atau orang dikasihi, jawatan diidamkan atau kredibiliti diconteng dengan tinta fitnah tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, begitulah sunnah kehidupan yang tidak selamanya bahagia dan gembira, mesti ada kalanya ditimpa sedih dan sengsara.

Yang penting ialah kebijaksanaan kita memanfaatkan kesedihan itu menjadi potensi yang boleh melonjakkan kekuatan karakter mukmin sejati. Bukannya menjadikan kesedihan itu punca segala kehancuran atau pintu masuk syaitan ke dalam hati nurani.

Jika kita menyelami suara hati yang merintih, apakah keinginannya ketika tenggelam dalam kesedihan? Hati yang diserang sengatan syaitan akan berkata: "Malangnya nasibku, jika aku begini tidak akan jadi begini, aku sudah ditakdirkan menerima keburukan."

Hati yang sentiasa berdampingan dengan Tuhannya tidak mahu merintih dan mempersoalkan ketentuan Kekasihnya Yang Maha Rahman. Dia berkata: "Beruntungnya aku kerana masih ramai orang yang lebih teruk keadaannya dibandingkan diri dan keluargaku, mesti ada rahsia yang disimpan Allah demi untuk kebaikan agamaku, tidak patut menyalahkan sesiapa kerana itu hanya alat bukan sebab, semua takdir pilihan Allah tiada yang buruk dan jahat, semuanya baik bagi hamba-Nya yang memahami dengan hati yang beriman."

Untuk mendapatkan hati sebening mata air firdaus yang memandang segala ujian dengan pandangan iman, selayaknya kita mempelajari bahaya kesedihan dan kesannya dalam keperibadian kita. Antara kesan negatif kesedihan ialah:

Membuat jiwa kurang reda.

Ramai yang memiliki jiwa reda kepada Allah tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang masalah surutnya keredaan itu bersamaan dengan jatuhnya ujian ke riba. Tidak banyak, mungkin sedikit saja kalimah yang terlontar mewakili perasaan marah atau sedih. Tetapi justeru kalimah itu menurunkan tahap keredaan kita kepada Allah SWT.
Walaupun tidak hilang sama sekali, sepatutnya kita berhati-hati kerana mungkin dari celah yang sedikit itu syaitan akan mengambil peluang untuk masuk ke sudut hati dan akhirnya menguasai perasaan kita. 


Sabda Rasulullah SAW ketika memeluk putera Baginda, Ibrahim yang dijemput Allah ke sisi-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya mata ini menangis, namun kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredai Tuhan kami." ? (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Orang yang ditimpa musibah hendaklah memperhatikan setiap ayat diucapkannya dengan perhatian baik dan kawalan yang rapi. Kadang-kadang lidah tidak dapat ditundukkan. Ia menterjemahkan kesedihan hati dengan kata-kata yang tidak beradab kepada Allah seolah-olah mahu mempersoalkan kenapa Allah berbuat begitu dan begini? Padahal siapalah kita dibandingkan ilmu-Nya yang meliputi seluruh alam. Umpama si bodoh, dungu dan terencat akal yang berhujah di hadapan Yang Maha Alim.

Lupa akan nikmat-Nya.

Satu keburukan yang dilakukan seseorang, sering kali menghapus sejuta kebaikannya di mata manusia. Begitu juga seorang hamba yang dilimpahi rahmat dan anugerah tanpa putus dari saat hirupan pertama oksigen ke dalam jantungnya hingga nafas terakhir, tetapi apabila sedikit saja Allah menguji kesabarannya dia pun berpaling.


Dia tidak mahu menerima realiti yang harus dihadapi dengan berani, larut dalam kesedihan tidak berpenghujung sehingga membutakan mata hatinya untuk melihat nikmat Allah yang begitu banyak. Bolehkah kita melafazkan puji-pujian kepada Allah ketika sakit, hilang harta benda, pergi tak kembali orang istimewa, jatuh terjunam nama dan pangkat kita angkara kejahatan manusia? Bolehkah hati sentiasa bersyukur walau apapun yang terjadi dalam hidup ini?
Bukan hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya: Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia memuji-Mu dan mengucapkan istirja'. Allah berfirman: Binalah untuk hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama 'Rumah Pujian'." ? (Hadis riwayat al-Tirmizi)



Mengeruhkan hubungan sesama insan.

Musuh boleh menjadi punca kesedihan. Setiap manusia mempunyai musuh, tetapi mereka mesti belajar menakluk musuh dengan cara diredai Allah. Mereka dituntut untuk mahir bergaul, bersaing dan berlumba mendapat kejayaan dengan cara bersih dan murni mengikut lunas syariat.

Adakalanya kekalahan menyebabkan kita sedih dan mengguriskan dendam di hati. Al-Fudail bin Iyadh berkata kepada sahabatnya yang mengadu disakiti oleh seseorang: "Maafkanlah dia. Sahabatnya itu menjawab: Hatiku tidak mungkin memaafkan. Al-Fudail berkata: Orang yang pemaaf dapat tidur di atas katilnya dengan tenang sedang orang yang membela diri tiada hentinya berfikir untuk membela dirinya, cara apa yang akan digunakannya dan jalan apa yang harus ditempuhnya, apakah perkataan yang akan dikatakannya untuk mengalahkan hujah orang itu. Sudah tentu ia akan gelisah dan tidak dapat tidur."
Kesedihan sebegini boleh menimbulkan penyakit hati, bahkan merosak jantung, menaikkan tekanan darah dan memecah ketenangan perasaan. Akhirnya menjejaskan kesihatan zahir dan batin. Kesedihan juga boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia, pertalian orang tua dan anak menjadi tegang apabila kepala keluarga mengalami kemurungan. Suami dan isteri mesti menampilkan imej bahagia dan lupakan kesedihan ketika berada di hadapan pasangannya supaya kehidupan rumah tangga mereka terpelihara daripada anasir jahat.

Suami isteri yang berpengalaman dalam menjaga komunikasi biasanya cepat mengawal emosi dan menstabilkannya ketika berada bersama pasangannya.  Ingatlah nasihat Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ketika peristiwa hijrah: "Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita." Makna daripada ungkapan Rasulullah SAW yang diabadikan dalam al-Quran ini seolah-olah memberi pengajaran kepada kita bahawa orang yang terjejas akibat kesedihan sebenarnya mereka ini jauh dari Allah.

Thursday, February 23, 2012

Rahsia Jari &Tubuh

Hari ni aku kongsikan rahsia penyakit melalui jari.. Aku dapat katne da lupa.. ni bukan dari aku la.. cuma dapat dari seorang kawan la.. jom2..jom kita pelajarinya!

As we know.. basically, jari sebelah tangan kita umumnya ada 5 jari okay. Ada juga insan istimewa yang Allah kurniakan kepadanya lebih daripada 5, ada juga yg kurang.. apa2 pun, sama2 kita panjatkan syukur kepadaNya kerana masih diberikan nikmat adanya tangan.

Alhamdulillah...

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

#Pray4Gaza