Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Wednesday, May 18, 2011

Sahabat dan Ujian



Persahabatan itu indah. Bersahabat kerana Allah membentuk kekuatan.
Saya bukan sahabat yang baik. Saya tidak sempurna. Kala awak kesakitan dibelit seribu masalah, saya hanya mampu berdiam diri dan melihat kerana saya tidak terdaya untuk membantu. Hanya doa yang mampu saya kirimkan. Sahabat, saya di sini mengetahui mengenai apa yang sedang awak lalui. Tapi, tidak mengerti. Hanya mengetahui. Untuk bertanya, saya masih belum punya keyakinan. Saya gusar akan menyinggung hati awak. Saya risau kalau ada manik-manik jernih yang gugur saat pertanyaan itu saya utarakan. Saya tahu awak dah puas menangis. Saya tahu, kalaupun saya menyatakan bahawa saya sangat memahami apa yang awak lalui, apa yang saya fahami itu tidak akan pernah sama dengan apa yang awak lalui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, kan...

Sahabat, Sahabat, saya yakin dan pasti awak boleh lakukan yang terbaik! Awak dikurniakan kefahaman dan pengorbanan yang tinggi. Namun sahabat, lumrah manusia itu dikurniakan rasa lemah dan tidak bersemangat. Sebagaimana yang pernah saya katakan dulu. Positif. Apapun masalah yang sedang membelenggu fikiran, positif terhadapnya. Lihatlah masalah yang hadir sebagai suatu peluang. Peluang mencari redha Allah. Sebesar manapun masalah itu, apabila dipositifkan akan mampu mengubah persepsi kita terhadap sesuatu masalah. Insya Allah.

Banyakkan bergantung pada Allah. Banyakkan mengadu pada Dia. Luahkan pada Nya, meskipun kita sedia maklum Dia lebih tahu tentang setiap apa yang terjadi. Tidak salah juga andainya awak mahu meluahkan permasalahan yang membelenggu hati awak dengan mereka yang sudi mendengar. Dengan izinNya, kedukaan itu bisa terubat. Setiap penyakit ada ubatnya, inikan pula masalah. Pasti ada penyelesaiannya. Penyelesaiaan yang paling utama, kembali padaNya. Mohon padaNya, agarr dipermudahkan setiap hal yang terbaik buat diri. Mohon padaNya, agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi segala sesuatu. :)

Wednesday, May 4, 2011

Indahnya...

Ada sebuah kisah yang menakjubkan yaitu pada zaman Nabi Muhammad S.AW.
kisah ini terjadi di kehidupan rumah tangga Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Fatimah.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.


Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.


Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.


Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.


Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Subhanallah...

bukan dengan banyaknya materi sebuah kehidupan menjadi tenang dan indah,

tetapi dengan kesederhanaan yaitu dengan sebuah cinta yang tulus ikhlas karena Allah-lah yang membuat kehidupan ini menjadi lebih indah...


Salam ukhuwah fillah
Sumber dari FB: Arif Ashadi Rindu Ibu

#Pray4Gaza