Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, December 29, 2009

Berpuas Hatikah Kita?

selepas menghadiri mesyuarat, aku pulang ke kolej justeru membuka laptop dan membaca email..aku sangat terkesan dengan email yang aku terima hari ini mengenai perasaan puashati kita sebagai khalifah di Bumi Allah ini.. aku terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat sekalian coretan Wadi aL QuRRa'.. selamat membaca.

Bismillah...

Segala puji kepada Allah, raja segala raja, pencipta segala pencipta, dengan rahmat dan kurniaNya kelansungan hidup kita diteruskan, tidak jemu memberi, itulah dia sifat tuhan yang Maha Agung, sedangkan kita yang 'Maha' hina ini masih lagi rakus dengan nikmat, lupa pada pengurnia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah.

Maksud firman Allah swt :
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
Ibrahim : 10

Allahu Robi, dengan izinNya tercoret juga sedikit kata dilaman usang ini. Tak tahu mengapa, banyak benar yang mahu di kongsi, tetapi selalu saja tersungkur, rebah sebelum memula langkah, entahlah, semoga yang ada lebih baik dari yang tiada, manfaatnya walau sedikit, harapnya adalah. Tak dinafikan, minggu terkebelakang ini, banyak halnya, yang sukacita pun ada, yang dukacita pun ada, tapi posting ini bukanlah ana mahu berkongsi kongsi semua cerita yang itu, mungkin lain kali.

Dalam masa senggang ini, sempat ana gunakan berjalan di bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan ummat manusia di Malaysia, seronok juga dapat bersenang2 di waktu sempit, ke Mid Valley, Jalan Masjid India, dan lain2 lah, bukannya tak pernah ke sana, tapi kali ini banyak hikmahnya mungkin. Dengan izin Allah, ana terlihatkan, dan datang ke benak fikir, akan sesuatu yang menjadi api di dalam sekam buat kita, ummat Islam.

Melihatkan betapa kita rakyat Malaysia dan ummat Islam seluruhnya, sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan anugerah dariNya. Tidak perlu pergi jauh, melalui perjalanan ana tempoh hari saja, sudah banyak benar dapat dinilai. Kita seronok dan gembira dengan nikmat kedamaian yang dikecapi, kita seringkali dapat meluang masa bersama keluarga tersayang di shopping complex yang serba mewah, kemudahan serba canggih belaka. Ada pula yang seringkali melancong, ada yang ke Langkawi, Pangkor, malah yang lebih 'ada' dapat pula ke Paris atau New York. Sungguh, kita sangat berpuas hati dengan semua ini.

Kita berduit dan berharta, punya rumah yang besar dan cantik, tidak cukup dengan itu, kita mampu memiliki koleksi kereta mewah dan dibuat tayangan. Tidak pernah terasa cukup, kerna kita punya harta yang melimpah, apa salahnya, kerna itu harta kita, dan dari jalan yang halal...bahkan pula kita banyak menderma untuk badan badan kebajikan, anak2 yatim dan sebagainya, kita sudah mampu untuk berpuas hati dengan semua ini sebenarnya.

Ada pula yang berlumba mahu membina bangunan tinggi2, pelbagai bentuk dan rupa. Subhanallah, cantik sekali!...kita bina semua ini supaya dunia lihat betapa negara Islam mampu membangun dan maju setanding barat. semua mata sedang memandang kita, bukan saja Kuala Lumpur, tapi lihatlah Dubai sana dan lain2 lagi, bahkan Makkah pun sudah punya bangunan tinggi2, lihatlah!... negara Islam mampu berjaya. Kita juga sudah mampu berpuas hati dengan semua ini, ya!...kita berpuas hati sebenarnya.

Janganlah dinafikan lagi, kita sedang berpuas hati sekarang, lihatlah keadaan umat Islam kini, masing2 sedang dibuai mimpi indah. Jika kita mahu menafikan yang kita masih tidak berpuas hati, apa buktinya?... ana hanya melihat kita terutamanya buat ummat Islam di Malaysia sekarang bagai sudah cukup3 berpuas hati dengan apa yang ada, jika kalian mahu mengatakan sebaliknya, tidak usahlah, buktinya sudah terlalu banyak, bukalah mata dan lihatlah sendiri.

Kita Sebenarnya sedang enak dengan dunia, menjual maruah dan harga diri, membenar yang batil dan mencantas yang haq, teroleng oleng dek mainan syaitan. Kita menunding jari kepada pelbagai pihak, mengatakan itu salah, ini salah, bahkan barat sana kita kutuk dan keji habis habisan, katanya merekalah yang memporak perandakan Islam. Kita melihat sedalam dalamnya terhadap barat dan seluruhnya, illuminati, zionis segalanya kita tembak, akan tetapi apa yang kita pakai sekarang?... .Seluar ketat?....skirt singkat?.... Baju adik?....Rambut colour warna warni?....subang di hidung?...

Kita terlalu melihat terhadap setiap perkara yang dilakukan pihak lain, namun bagaimana dengan diri sendiri?...sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita ada!....jika ditanya pasti katanya tidak, namun masing2 cuba lihat dan muhasabah diri...apa yang kita dah buat untuk Islam?....apa yang kita sedang buat sekarang??.. .update blog?...main facebook?... sudah cukup??...Allahu Robbi.

Setiap kali Palestine di bom, kita masing2 sibuk menderma, melihat anak2 yatim,hati kita jadi pilu menghulur tangan meringan beban, namun pernah atau tidak kita terfikir, seringkali kita menghulur kerana terharu, tidak tahan melihat tangisan, sedih melihat keadaan insan2 berkenaan, kita rasa sudah cukup benar dengan ini semua, adakah kita menghulur kerana tidak tahan melihat tangisan atau kerana Allah?...kita sedang menipu diri sendiri!

Maksud firman Allah SWT :
" Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya "
al Hajj : 31

Kita sentiasa berasa berpuas hati!...dengan apa yang sedang dilakukan sekarang, dengan apa yang kita ada, dengan yang kita buat, cubalah tanya diri sendiri dan jawablah dengan iman, APAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN KITA???...kita sentiasa merasa cukup, buat sekadar yang mampu, tapi ADAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN SEMUA INI???

Maksud sabda Rsulullah SAW :
" Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
HR : Muslim

Cukuplah!... biarlah setakat ini saja kita ummat Islam seluruhnya merendahkan martabat, menjual bangsa dan agama, cukuplah kita bertempik menyalahkan pelbagai pihak, cukuplah dengan rasa puas hati...ayuh! ...Kita bangkit menjadi Ummat sehebat Assabiqul Awwalun!...ana undur dulu.

Tuesday, December 22, 2009

wanita dan aurat

Saudariku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah
Lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga
Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu

Namun.....
Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang
Lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar
Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya
Serta kilauan warnanya yang memancar indah
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang
Tapi awas duri yang melingkari
Bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya

Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
Yang tercermin pada setiap diri mujahidah
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
Yang bertiangkan rasa keimanan
Dan keindahan taqwa kepada Allah
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhu
Ingatlah bahwa ciri-ciri seorang wanita solehah
Ialah ia tidak melihat kepada lelaki
Dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
Jika dibandingkan dengan sesuatu yang tampak

Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu tempat yang tertutup
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terlihat.
Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
Adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ...........
Ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
Karena ianya bercangkang nafsu
Serakah materi yang bersarang dalam dirinya
Lebih-lebih lagi atribut gadis modern yang ianya miliki
Sudah pastinya darah mudanya memudarkan rasa keimanan yang ada
Maka berhati-hatilah saudariku

Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan
Maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu
Yang Penting saudariku engkau mesti punyai azam, usaha dan keistiqomahan

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu
Menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...
Sesungguhnya nabi mengatakan tentang bahaya dirimu

"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yang bersumber daripada wanita"

Oleh itu saudariku
Setiap langkah dan tindakanmu
Hendaklah bermanhajkan kepada Al Quran dan As Sunnah
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu
Sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam
Kau harapan ummah dalam melahirkan
Para mujahid dan mujahidah
Yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu............

diharapkan para wanita, muslimah, siswi, perempuan, gadis yang beragama Islam khususnya, ubahlah personaliti kearahNya..dan sama-sama kita tingkatkan prestasi kita sebagai khalifah Allah..^_^


aurat wanita..bantahan kaum sesetengah kaum hawa:

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

Sunday, December 20, 2009

persepsi diri Vs yang sebenarnya..

Semester baru bermula!! Selamat kembali kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan. ^_^
mantaliti mahasiswa: apabila kembali ke kampus, "busy, sibuk, dll" sering digunakan.. benarkah kita sebenarnya sibuk?? bersempena maal hijrah yang sambutannya masih dirasai, aku mahu berkongsi berkaitan "persepsi diri dan yang sebenarnya".

Siapakah orang yang sibuk?
persepsi diri: orang yang masanya sering di isi dengan aktiviti/program; kita jarang nampak orang tersebut meluangkan masa bermain dan berehat.
yang sebernarnya: Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
persepsi diri: orang yang apabila dia senyum semua senang dan suka untuk melihat senyumannya.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
persepsi diri: orang yang mempunyai banyak harta kekayaan, rumah besar, dll.
yang sebenernya: Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
persepsi diri: orang yang hidup serba kekurangan, tidak cukup makan, dll.
yang sebenernya: Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
persepsi diri: orang yang tidak mengambil segala peluang yang ada di hadapannya.
yang sebenarnya: Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

persepsi diri: orang yang mempunyai muka yang bersih, bibir semerah saga, hidung mancung, dll..
yang sebenarnya: Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
persepsi diri: orang yang mempunyai rumah berekar-ekar luasnya.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
persepsi diri: orang yang mempunyai rumah yang terlalu kecil.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
persepsi diri: orang yang mampu membezakan baik dan buruk.
yang sebenarnya: Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

ubahlah persepsi kita! jadilah AGEN PERUBAH yang merubah segala yang MAZMUMAH kepada MAHMUDAH!! renung-renungkan dan salam juang!!

Friday, December 18, 2009

salam maal hijrah

selamat menyambut maal hijrah 1431 buat umat Islam seluruh dunia khususnya pengunjung blog ^_^



there is a chance to start new life..better life. let's us!




islam_is_the_way_of_life

Wednesday, December 16, 2009

Bumi kian PANAS!!!



Tanpa disedari dunia semakin panas. Negara kaya dan miskin masing-masing tidak henti menuding jari. menyalahkan satu sama lain. sepatutnya, setiap negara perlu berganding bahu menyelesaikan masalah iklim global yang semakin membimbangkan ini kerana tanah yang kita duduki adalah pada bumi yang satu.

apalah guna jika ada pihak yang mahu membaiki namun pada masa yang sama ada pihak lain yang cuba merosakkan, maka usaha tidak ke mana. masalah ini hanya mampu dikurangkan sedikit sahaja. jika semua pihak sedar akan masalah ini dan menyahut untuk menyelamatkan bumi dari masalah gejala pemanasan global ini, kita semua mampu mengurangkan masalah secara maksimum dan bumi akan terpelihara daripada masalah yang lebih besar. didapati bahawa gas rumah hijau menjadi punca utama pemanasan global.

Pelbagai usaha untuk mengatasi perubahan cuaca kini diambil. Angka pengurangan gas rumah hijau perlu ditetapkan, termasuk had maksimum atau had kepanasan global mahupun bantuan pembiayaan untuk negara miskin. Penguatkuasaan undang-undang perlu diperinci dan diperketat disamping memperbanyak kempen kesedaran. kesedaran sahaja tidak berguna jika tiada tindakan lanjut selepas sedar. betul tak? kemudian, kita semua juga perlu back to the basic.


apa-apa yang berlaku ada sebab dan ada hikmahnya. pada pandang sisi aku, dunia sebenarnya sedang menangis kerana "tangan-tangan manusia yang telah merosakkannya" sedangkan manusia dijadikan Allah untuk menjadi khalifah. tangan-tangan bukan sahaja tangan yang menyebabkan bumi panas, tetapi cara hidup dan rutin manusia yang tidak berlandaskan syariat juga tidak terkecuali. kita semua perlu sedar, segala tuntutan agama perlu dipatuhi. mungkin orang ramai terlepas pandang tentang ia, namun ia adalah asas hidup kita sebagai hambaNya. kesusahan dan kesenangan adalah ujian dan nikmat dari Allah. kesusahan termasuklah masalah pemanasan global, banjir, gempa bumi, dan tanah runtuh. kenapa aku katakan ia juga nikmat dariNya??

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

..sebab, musibah adalah tanda Allah menyayangi kita (hambanya). Dia menurunkan petanda* untuk kita sentiasa beringat dan berjaga-jaga. Sesungguhnya Dia Maha kuasa dan jika kita memandang enteng perkara ini, mungkin malapetaka yang lebih dahsyat akan berlaku. nauzubillah...

jika kita benar-benar menjadikan AgamaNya cara hidup kita. ketamakkan dan kerakusan manusia memiliki harta dan kekayaan tidak mungkin akan berlaku sehingga natijahnya membawa kepada kehancuran bumi milik Tuhan yang Maha Esa. sama-samalah kita menjaga Bumi Tuhan. Ingatlah Bumi ini adalah amanahNya buat kita semua. kita bertanggungjawab sepenuhnya bagi memakmurkan bumi serta memelihara segala khazanah kekayaan Allah daripada segala bentuk ancaman, kerosakan dan kemusnahan.

*tanda-tanda akhir zaman

Friday, December 11, 2009

ikhlas tidak menafikan hak

sudah lama juga aku tidak mnulis di sini..ya..cuti ini aku agak sibuk dengan pelbagai agenda. selepas selesai segala aktiviti..aku menghabiskan masa sebagai seorang "baby sitter". menjaga 2 orang anak saudaraku yang sememangnya nakal. biasala budak-budak..
namun, setelah adikku menghabiskan peperiksaan STPMnya, kurang sedikit la kerja. hehe
pagi jumaat itu, selesai membasuh pinggan mangkuk, aku bersama emak ke ruangtamu.
..menonton rangcangan tanyalah ustaz di tv9. rancangan kegemaran emak setiap hari jumaat, sabtu dan ahad jam 7pagi.
kali ini aku terpikat dengan frasa "ikhlas tidak menafikan hak".
ya..ikhlas tidak menafikan hak. biasanya dalam kehidupan kita, kita mahu jadi yang terbaik. jika kita tahu @ sedar tentang sesuatu perkara (kebaikan) , kita nak orang lain pun sedar dan tahu kebaikan tersebut..
namun, setelah kita memberi tahu, individu tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan. sedih,kan?? ya..itulah lumrah manusia, tapi jangan bersedih kerana kita perlu ikhlaskan niat.. niatkan bahawa, aku memberitahunya tentang sesuatu itu kerana Allah.

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak
menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.
QS.Al-Maaidah [5] : 67

walau diperlekehkan, jangan sesekali kita berasa berang terhadap mereka kerana kita hanya menunaikan amanatNya. teruskanlah berdakwah!

ikhlas tidak menafikan hak.
tapi bagaimana seseorang boleh menilai keikhlasan??
sedangkan ikhlas umpama semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di dalam keadaan malam yang gelap.
hm...pada aku, ikhlas itu boleh dikesan oleh individu itu sendiri..dengan memuhasabah diri. jadi, mari kita memuhasabah diri bersama.

Saturday, December 5, 2009

Hold My Hand

I hear the flowers gonna crying loud
The breeze is sounding sad
Oh no!
Tell me when the breeze would calm
So cold and and empty side
Lost the way long time ago
They were really turn them blind
We don’t see that we keep hurting each other
No, all we do we just fight
Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On their new bloody playgrounds
Oh no!
How could we ignore?
Heart breaking crying sounds
And we still going on
Like nobody really cares
And we just stop feeling all the pain
Because like it’s a daily basic affair
Now we share the same rise sun
The same round moon
Why don’t we share the same love?
Tell me why not?
Life is shorter than most they thought
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you
No matter how far I’ll might be
I’m always gonna be your neighbour
It’s only one small planet we’re to be
So I’m always gonna be your neighbour
We cannot hide, we can’t deny
That we always gonna be neighbours
Your neighbour
My neighbour
We’re neighbours
So hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind..
Hold my hand,
There are many ways to do it right
Hold my hand,
Turn around and see what you left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit in me and you
Form another chance
And let’s pray for a beautiful world
The beautiful world I’ll share with you

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Thursday, December 3, 2009

pakaian dalam solat dan pengetahuan tambahan

1)Pakaian ketika menunaikan solat
Maka jawabnya tidak pun disyaratkan apa-apa pakaian, semua boleh asalkan menutup aurat. Yang sunnahnya ialah jubah dan gamis. Tapi bila pakai baju yang pelik-pelik*, dilaranglah oleh agama kerana menimbulkan fitnah. Contohnya pakai baju yang ada tulisan hukumnya makruh, baju yang ada gambar orang yang sedang bercium hukumnya haramlah pulak.Kalau pakai baju yang bukan bertulis dan bergambar tapi berpakaian yang pelik, haram juga kata setengah ulama’ kerana menimbulkan fitnah seperti tok imam solat tidak pakai kopiah tapi pakai helmet dengan baju hujan, walaupun sah solatnya tapi menimbulkan fitnah.

2)Cara untuk melupuskan al-quran yang telah rosak
Maka jawabnya cara terbaik sekarang ialah dibakar, dibakar kemudian ditunggu sehingga dibakar keseluruhannya, apabila dibakar hilang rupa al-Quran, tiada suratan maka tiada lagi hukum al-Quran, tidaklah wajib ditanam abu itu cuma sunat ditanam.

3)Masalah qada solat bagi wanita yang haid, ada ustaz yang mengatakan kalau suci dalam waktu maghrib maka mesti qada 2 solat yang sebelumnya. Maka jawabnya kalau suci dalam waktu maghrib jadi tidak perlu diqada zuhur dan asar melainkan kalau suci dalam waktu asar tetapi tidak sempat solat asar maka wajib qada solat asar.

4)Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju
Maka jawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lengan pendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat dengan berlengan panjang.
Sebab itu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukan daripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitik beratkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturan sebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang. Tidak ada ulama’ yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek, bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkan kain di atas bahu.
Berkaitan dengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendek semasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama’- ulama’ mengatakan makruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabi bersabda “siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya”. Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itu juga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujud juga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak , seolah-olah kaku. Nabi tidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama’ qias dengan hadis ikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama’ kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidak bergeraklah.
Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.

**Apa yang dinyatakan mungkin ada kekurangan, rujuk alim ulama' untuk keterangan yang lebih, jika ada penambahan sila tambah diruang komen. minta tolong sangat2 disebarkan pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tidak tahu mengenai ini, lagi ramai tahu lagi ramai manfaatnya..tidak susah pun, cuma letakkan di buletin dan semua boleh baca dan tahu tapi kalau itupun menyusahkan maka tak mengapalah, sudah baca pun alhamdulillah..

wallahu'alam..

Saturday, November 28, 2009

rai eidul adha

aku rasa gembira sangat bila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul
dan bersama-sama meraikan EIDUL ADHA pada tahun ini..
sungguh meriah! walaupun kami tiada haiwan untuk dikorbankan tahun ini,
tetapi suasana raya korban tetap dirasai ^_^ bahagia bila seluruh famili dapat berkumpul, makan bersama, solat berjemaah bersama..betapa aku sangat menghargai saat-saat begini.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t

HARI INI JUGA DIKENALI DENGAN HARI RAYA KORBAN, KERANA UMAT ISLAM DIPERINTAH SUPAYA MELAKUKAN IBADAH KORBAN, MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T, SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH NABI ALLAH IBRAHIM A.S. DI MANA, ALLAH S.W.T MEMERINTAHKAN BAGINDA MENYEMBELIH ANAK KESAYANGANNYA NABI ISMAIL A.S. SUATU PERINTAH YANG AMAT SUKAR DILAKSANAKAN BAGI FITRAH SEMULAJADI MANUSIA YANG MEMPUNYAI SIFAT PENYAYANG SERTA AKAL YANG WARAS.

SEJARAH MEMBUKTIKAN, NABI IBRAHIM A.S MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T INI DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN KETABAHAN HATI SERTA KEIKHLASAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH. KEIKHLASAN BAGINDA INI, MENGATASI PERASAAN RASA SAYANG TERHADAP ANAKNYA SENDIRI. BEGITU PULA ANAKNYA ISMAIL A.S DENGAN RELA HATI MENYERAHKAN DIRINYA UNTUK DISEMBELIH DEMI MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH S.W.T.
INILAH PENGORBANAN YANG AMAT TINGGI YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL ALAIHIMASSALAM DALAM SEJARAH TAMADUN MANUSIA, KERANA MENDAULATKAN PERINTAH DAN HUKUM ALLAH S.W.T KE ATAS MEREKA TANPA RASA RAGU-RAGU, SEKALIPUN ADA RINTANGAN DAN HALANGAN DI SEPANJANG LALUAN TERSEBUT.

MELIHATKAN KEIKHLASAN NABI IBRAHIM A.S. ITU MAKA ALLAH S.W.T MENERIMA AMALANNYA DENGAN MENGGANTIKAN PENYEMBELIHAN ANAKNYA TADI DENGAN TEBUSAN SEEKOR KIBAS. KERANA KESUNGGUHAN DAN KEAZAMANNYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH ITU, MAKA ALLAH MENGGOLONGKAN NABI IBRAHIM A.S DALAM GOLONGAN ‘ULUL ‘AZMI’ DI KALANGAN RASUL.

CERITA INI, DIABADIKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK TATAPAN KITA SEMUA MELALUI FIRMANNYA DALAM SURAH AS-SAFFAAT AYAT 103-105:

MAKSUDNYA: “SETELAH KEDUANYA BERSERAH BULAT-BULAT (MENJUNJUNG PERINTAH ITU) DAN NABI IBRAHIM MEREBAHKAN ANAKNYA DENGAN MELETAKKAN IRINGAN MUKANYA, ATAS TOMPOK TANAH (UNTUK DISEMBELIH) SERTA KAMI MENYERUNYA: WAHAI IBRAHIM, "ENGKAU TELAH MENYEMPURNAKAN MAKSUD MIMPI YANG ENGKAU LIHAT ITU," DEMIKIANLAH SEBENARNYA KAMI MEMBALAS ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN”.

ALLAH MENJELASKAN, PERINTAH KEPADA NABI IBRAHIM A.S. SUPAYA MENYEMBELIH ANAKNYA ITU ADALAH SEBAGAI SALAH SATU UJIAN YANG AMAT SUKAR, MENGUJI KEKUATAN MENTAL, FIZIKAL, EMOSI SERTA KEIMANAN NABI IBRAHIM A.S. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AS-SAFFAAT AYAT 106-107:

MAKSUDNYA: "SESUNGGUHNYA PERINTAH INI IALAH SATU UJIAN YANG NYATA. DAN KAMI TELAH TEBUSKAN ANAKNYA ITU DENGAN SEEKOR BINATANG SEMBELIHAN YANG BESAR (KIBAS)”.
SEWAJARNYA KEPATUHAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH KEDUA-DUA NABI INI MENJADI IKUTAN DAN TAULADAN KEPADA KITA UMAT ISLAM HARI INI DALAM MELAKSANAKAN TUNTUTAN DAN PERINTAH ALLAH S.W.T.

APAKAH YANG BERLAKU HARI INI?. MANUSIA SEMAKIN HARI KELIHATANNYA SEMAKIN JAUH DARIPADA PETUNJUK ALLAH. MANUSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN MERAGUI KEKUASAAN DAN KEBESARAN ALLAH. MANUSIA LUPA, SUATU HARI NANTI MEREKA AKAN MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN SENDIRI-SENDIRI DAN DIBANGKITKAN SEMULA DARI KUBURNYA.

KERANA KEALPAAN INILAH, MANUSIA LALAI DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG HAMBA TERHADAP TUHANNYA. TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR MENDORONG BERLAKUNYA PERKARA TERSEBUT. ANTARANYA, CINTAKAN DUNIA DAN BENCI PADA KEMATIAN. SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU BAGINDA DITANYA APAKAH ITU “WAHAN” WAHAI RASULULLAH? BAGINDA MENJAWAB: “CINTAKAN DUNIA, BENCIKAN MATI”

SUKA PADA DUNIA DATANG DENGAN BERBAGAI BENTUKNYA. KEMEWAHAN, KESENANGAN, KEAMANAN, KESIHATAN KEDUDUKAN DAN PANGKAT, LALU MANUSIA MENJADI LALAI DAN TIDAK MAMPU MENGORBANKAN APA YANG ADA PADANYA UNTUK JALAN ALLAH. KERANA MEREKA BERANGGAPAN, SEGALA YANG DIPEROLEHINYA ADALAH HASIL USAHANYA SENDIRI. SEBAGAI CONTOH, RAMAI MANUSIA YANG BELUM MAMPU MENGORBANKAN SEDIKIT WAKTUNYA UNTUK SOLAT DAN SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T KERANA BAGINYA KERJA ADALAH LEBIH UTAMA. RAMAI JUGA YANG BELUM MAMPU MENGORBANKAN SEDIKIT HASIL PENDAPATAN DAN HARTANYA UNTUK MENGELUARKAN ZAKAT, KERANA BIMBANG KEKAYAANNYA AKAN BERKURANGAN. KITA LEBIH SENANG MEMIKIRKAN TENTANG KELUARGA SENDIRI DARIPADA MEMIKIRKAN MASALAH-MASALAH MANUSIA LAINNYA YANG TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN KITA.

petikan khutbah khas idul adha;
sumber:“SEMANGAT ADHA MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH”

Thursday, November 26, 2009

kisah kita

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di
tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! ..
bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan
hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat
ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba
Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga
dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan
mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni
pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah
timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu
pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,
sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok
berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air
di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah....... lagilah seram dibuatnya Nak
tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si
hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin
risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar
seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke
atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas
tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit!
sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,
lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi
mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau
tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam
mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus
masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat
sehingga tidak terkata.

Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku
rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg
sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di
bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar
tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar
Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat
kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga
malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit
tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke
dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah
baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY
WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan
demi perkataan

Step 3:
Forward ia untuk renungan bersama semuslim

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka
untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang
Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka
untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa yang singkat, ramai telah
mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh
para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu...
duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam
kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di
redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmat
kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita
menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita.

wallahualam

Monday, November 16, 2009

cintailah Dia sepenuhnya

Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, walaupun kamu tahu dia tak sendiri lagi, dan walaupun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas, tapi kamu tetap mencintainya,

Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai, walaupun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli dan mengerti, tapi dia tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah,

Aku pernah....

Aku pernah tersenyum walaupun kuterluka kerana ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku,

Aku pernah menangis kala bahagia, kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan hilang begitu saja..

Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana kutakut aku kan kehilangan dia suatu saat nanti, dan......

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki, dan Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku.

Aku tetap mencintainya, walaupun dia tak dapat kurangkul dalam pelukanku, kerana memang cinta ada dalam jiwa, dan bukan ada dalam raga.

Semua orang pasti pernah merasakan cinta.. baik dari orang tua... sahabat.. kekasih dan akhirnya pasangan hidupnya.

Buat temanku yg sedang jatuh cinta.. semoga sejahtera kerana cinta itu sangat indah. Semoga kalian selalu berbahagia.

Buat temanku yg sedang terluka kerana cinta... Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar, satu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit, tetapi keadaan itu tidak untuk selamanya, bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain akan datang dan menghampirimu.

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta... buka hati mu jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia maka cinta membuat hidupmu menjadi bahagia.

Buat temanku yang mendambakan cinta.. bersabarlah..kerana cinta yang indah tidak terjadi dalam sekelip mata.. Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagimu.

Buat temanku yang mempermainkan cinta.... Sesuatu yang begitu murni dan tulus bukanlah untuk dipermainkan. Cinta bukan suatu kehampaan. Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya.

namun hakikatnya;
cinta yang hakiki cinta yang abadi,
adalah cinta Ilahi..
cintailah Dia sepenuh hati..

sesungguhnya...

Tuesday, November 10, 2009

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YG ANDA KASIHI KERANA ALLAH SWT .....
DEMI MENDAPATKAN KEREDHAANNYA YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIH ….

Monday, November 9, 2009

mari berOPKIM ^_^

masa berlalu begitu singkat, akhirnya sudah tamat peperiksaan akhir semester 1 untuk tahun 2 aku berada di UKM. alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik walaupun aku tidak dapat buat yang terbaik, namun aku telah cuba yang terbaik!
USAHA+DOA+TAWAKKAL

jadi..setelah mencuba, time to berdoa dan bertakwakkal!!

seperti biasa apabila selesai peperiksaan akhir semester,...cuti semester bermula, dan aku mahu mengajak kawan2 dan shbt2 untuk menyertai opkim bagi memanfaatkan masa cuti yang agak panjang tu. jom ramai2 sertai!!!!

ni opkim anjuran PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)


ni pulak opkim anjuran IKATAN STUDI ISLAM (ISIUKM)



opkim anjuran anak kedah:












make ur best choice!

jika kita kata kita sibuk dengan pelbagai tugasan dan kerja ketika semester bermula,
nah! ini dia waktu untuk kita semua memnambah segala kekurangan ibadah dan pengisian fizikal, mental, jasmani..khususnya rohani.
SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMANFAATKAN CUTI SEMESTER INI~
semoga cuti semester kali ini lebih baik dari cuti semester yang lepas..
jaga keselamatan kalian..

SELAMAT BERCUTI!!!! ^_^

Sunday, November 8, 2009

muhasabah bersama..

Ya Allah...takutnyer!! luasnya neraka?!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api neraka Mu…YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Saturday, October 31, 2009

harta dunia Vs anugerah Allah..

Assalamualaikum teman-temanku sekalian,Kisah ini untuk dijadikan pedoman dan pengajaran……Sebagai seorang ibu, anda patut menghalang atau menegur perbuatan suami anda memukul terutama sekali terhadap anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2. Kalaupun terpaksa, ikutilah spt apa yang telah diajarkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW.

Namun perlu diingat, dalam Islam memukul bukanlah cara terbaik didalam mendidik anak-anak!! Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.

Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen tempat letak kereta ayahnya oleh kerana lantainya diperbuat dari marmer, coretan tidak kelihatan. Dicobanya pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana mobil itu bewarna gelap, coretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativinya. Hari itu ayah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya, ada perayaan Thaipusam.

Setelah penuh coretan yg sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri kereta. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru sebulan dibeli dengan bayaran ansuran. Si ayah yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerja siapa ini?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu…!”, "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yg kau lakukan?"herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya. Dengan penuh manja dia berkata "Ita yg membuat itu abahhh.. cantikkan!" katanya sambil memeluk ayahnya ingin bermanja seperti biasa. Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya didepannya, terus dipukulkannya telapak tangan anaknya berkali-kali . Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah-olah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah kebinggungan, tidak tahu apa yang harus dibuat. Si ayah cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Setelah itu si ayah masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar. Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak membengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan obat saja!" jawab tuannya, ayah si anak. Pulang dari kerja, dia tidak pun menjenguk anak kecil itu yang menghabiskan waktu di bilik pembantu. Si ayah kononnya mau mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… " jawap pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol ," jawab si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidurnya dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup kembali pintu bilik pembantunya.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik, doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya yang serius.

Setelah seminggu dirawat doktor memanggil ayah dan ibu anak itu. "Tidak ada pilihan.." katanya yang menyarankan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana jangkitan yang terjadi sudah terlalu parah.

"Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si ayah dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yg dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat persetujuan pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang disuntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga hairan melihat kedua tangannya berbalut kain putih.
Ditatapnya muka ayah dan ibunya, kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan
dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam kesakitan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata, "Abah.. Mama… Ita tidak akan buat lagi. Ita tak mau abah pukul Ita lagi, Ita tak mau jahat. “Ita sayang abah.... sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeria.

"Abah.. kembalikan tangan Ita, jangan abah ambil tangan .. Ita janji tidak akan buat lagi!” Bagaimana Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain? Ita janji tidak akan mencoret2 kereta abah lagi," katanya berulang-ulang.
Terasa tercabut jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya!

sumber cerita

astagfirullahhala'zim..
aku terasa sayu dan hiba membaca cerita kat atas tu.
nak menangis rasanya..
apa saje la yang diketahui oleh si anak kecil itu?
memang tidak patut untuk diperlakukan begitu oleh ibubapanya..huhuhu
TAPI benar,
apabila hidup dipenuhi kekayaan dan kesenangan,
manusia tidak lagi memandang anugerah Tuhan yang tidak terhitung nilainya..
apabila emosi/amarah menguasai diri,
manusia tidak peduli akan kesan dan natijah yang bakal berlaku..
apabila kuasa dalam genggaman,
manusia alpa dengan kekuasaan Tuhan yang tiada bandingnya..

itulah yang terjadi apabila...
manusia LUPA 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

jadi..aku ingatkan diri aku n sahabat sekalian..
supaya
INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

wallahualam...

Sunday, October 25, 2009

la tahzan~

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

**post dari jangan sedih sayang

pabila hati terasa pedih dibebani pelbagai mehnah dan tribulasi
yang dirasakan tidak mampu untuk dipikul..
kita terasa hidup ini tidak adil buat kita..

sesungguhnya Dia mahu menguji kita~
percayalah...
segala yang berlaku ada hikmahnya
jika kita terasa susah,
sesungguhnya ada insan lain
yang menghadapi ujian yang lebih susah daripada kita.

bersabarlah wahai hati..
syukurlah kerana Dia masih menyayangi kita
lantas itu Dia menguji kita.

syukur alhamdulillah atas segala nikmat
khususnya nikmat ISLAM DAN IMAN
yang dikurniakan/dipinjamkan ke atas kita ^_^

oleh itu, apa2 jua ujian yang bertandang,
la tahzan~

Tuesday, October 20, 2009

MURTAD!!! pedulikah kita??

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin.. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu.. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut..

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu.. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam.. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible..... Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ...


Butir asal permohonan.. .......


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk..

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.....

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian.. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah..Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'.... Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi.... Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani .. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah .. Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh .... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu.. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.... Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya.. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

Monday, October 19, 2009

jom berubah!!!!

Ramai orang sangka yang perubahan tu bagus
tapi bagi aku, x semua perubahan tu bagus...
if berubah kepada something better, bagus la..
but what if you become worst?
as a person and as a daie'?

Kalo nak bercakap panjang, bersyarah ke
bknnya org nak dgr...
ye la... ilmu agama aku nih xbyk mana..
sbb tuh, sebagai daie' wajib untuk sentiasa menuntut ilmu
tambah ilmu di dada
baru apa kita cakap akan didengar orang...

semua orang nak jadi yang terbaik, btul kan?
tapi terbaik macam mana?
terbaik pd pandangan kita sendiri?
terbaik pada pandangan family, jiran2 and kwn2?
terbaik pd pandangan manusia lain?
atau adakah kita mahu jadi yang terbaik di sisi Allah....
tergolong dlm golongan orang yang beriman
dan menjadi pendokong kepada agama Allah?

Mungkin akan ada suara2 berkata..
kau cakap bleh ar, cuba buat...
yes, I'm trying...
Tapi x bleh lar sekelip mata jer trus jd superb kan?
menuntut ilmu perlukan masa
bknnya aku baca satu buku hari nih,
ak akan trus jadi super duper pandai dan berilmu...
tapi biarlah ada usaha untuk improve..
menuntut ilmu bknnya mcm kamen rider
" Henshin!" tetiba trus berubah dr manusia biasa
jadi super hero..
tu cerita, bleh ar..

Dan aku juga yakin, kalo berubah seperti mee segera
x tahan lama pun nnt...
mcm mee segera la kan..
cuba korg mkn maggi.. kenyang tak?
kenyang la.. tp sekejap je kan...
Sedangkan ada di antara kita
yang dah dididik dgn baik,
mak ayah hantar sekolah agama
ilmu agama tinggi (kata orang la...)
tapi at the end boleh berubah jugak..
bkn kpd something yg lebih baik, tp
to be worst...

So, dengan ilmu yang sedikit nih,
kenalah lebih berusaha
dan lebih mendekatkan diri kepada Allah
dan aku sentiasa doakan
sahabat2 agar sentiasa dipelihara iman mereka
semoga kita kekal di jalan yang kita pilih
terus kekal di jalan dakwah
terus berjuang dengan matlamat mardhatillah
dan terus menempuh hari2 kita dengan panduan Al-Quran da Sunnah...

"di mana bumi dipijak, disitu Islam ditegak"

share n edited from: this is my world~

tambahan dari aku:

jom sama2 buka minda..
sesungguhnya perjuangan masih belum selesai..

hulurkan tangan ringankan beban,
pimpinlah perubahan bersama Islam ^_^

ISLAM_IS_THE_WAY_OF_LIFE

Thursday, October 15, 2009

EMAK!!

kat sini aku nak berkongsi surat daripada
anak yang sudah tidak nakal~

assalamualaikum...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang
hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak
yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak
pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak
tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3
helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar
tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah
mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam .....
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat
maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit
dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah
pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja
yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut
perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak
makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut
mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga
mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong
naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan
sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam
garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok
bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak
risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi
mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di
lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann.
.kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh
sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter
sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan
tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan
mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas
mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat
selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi
mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni
jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa
sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari
rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak
mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan
kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter
keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter
telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis
lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis
aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk
sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik
motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan
pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat
ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana
surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil
sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal
terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan
mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

surat ini berjaya 'menyentuh' banyak
hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu
kita di Malaysia, ia mampu menaikkan
semangat kita utk terus berusaha dalam
lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t.
InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2( bg yg
sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2
kita sentiasa lembut hatinya kesan
daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah.
Terima kasih saudara umar zahrawi kerana
menghantar surat ini kepada Kami. Surat
ini saya bacakan ketika majlis penutup
.... di Kolej Yayasan UEM suatu masa
dulu. Ramai yang menitiskan air mata
ketika itu.
Semoga ALLAH sentiasa merahmati semua
ibu yg masih hidup mahu pn yg telah
pergi meninggalkan kita...
AMIN....

#Pray4Gaza