Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Saturday, November 28, 2009

rai eidul adha

aku rasa gembira sangat bila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul
dan bersama-sama meraikan EIDUL ADHA pada tahun ini..
sungguh meriah! walaupun kami tiada haiwan untuk dikorbankan tahun ini,
tetapi suasana raya korban tetap dirasai ^_^ bahagia bila seluruh famili dapat berkumpul, makan bersama, solat berjemaah bersama..betapa aku sangat menghargai saat-saat begini.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t

HARI INI JUGA DIKENALI DENGAN HARI RAYA KORBAN, KERANA UMAT ISLAM DIPERINTAH SUPAYA MELAKUKAN IBADAH KORBAN, MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T, SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH NABI ALLAH IBRAHIM A.S. DI MANA, ALLAH S.W.T MEMERINTAHKAN BAGINDA MENYEMBELIH ANAK KESAYANGANNYA NABI ISMAIL A.S. SUATU PERINTAH YANG AMAT SUKAR DILAKSANAKAN BAGI FITRAH SEMULAJADI MANUSIA YANG MEMPUNYAI SIFAT PENYAYANG SERTA AKAL YANG WARAS.

SEJARAH MEMBUKTIKAN, NABI IBRAHIM A.S MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T INI DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN KETABAHAN HATI SERTA KEIKHLASAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH. KEIKHLASAN BAGINDA INI, MENGATASI PERASAAN RASA SAYANG TERHADAP ANAKNYA SENDIRI. BEGITU PULA ANAKNYA ISMAIL A.S DENGAN RELA HATI MENYERAHKAN DIRINYA UNTUK DISEMBELIH DEMI MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH S.W.T.
INILAH PENGORBANAN YANG AMAT TINGGI YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL ALAIHIMASSALAM DALAM SEJARAH TAMADUN MANUSIA, KERANA MENDAULATKAN PERINTAH DAN HUKUM ALLAH S.W.T KE ATAS MEREKA TANPA RASA RAGU-RAGU, SEKALIPUN ADA RINTANGAN DAN HALANGAN DI SEPANJANG LALUAN TERSEBUT.

MELIHATKAN KEIKHLASAN NABI IBRAHIM A.S. ITU MAKA ALLAH S.W.T MENERIMA AMALANNYA DENGAN MENGGANTIKAN PENYEMBELIHAN ANAKNYA TADI DENGAN TEBUSAN SEEKOR KIBAS. KERANA KESUNGGUHAN DAN KEAZAMANNYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH ITU, MAKA ALLAH MENGGOLONGKAN NABI IBRAHIM A.S DALAM GOLONGAN ‘ULUL ‘AZMI’ DI KALANGAN RASUL.

CERITA INI, DIABADIKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK TATAPAN KITA SEMUA MELALUI FIRMANNYA DALAM SURAH AS-SAFFAAT AYAT 103-105:

MAKSUDNYA: “SETELAH KEDUANYA BERSERAH BULAT-BULAT (MENJUNJUNG PERINTAH ITU) DAN NABI IBRAHIM MEREBAHKAN ANAKNYA DENGAN MELETAKKAN IRINGAN MUKANYA, ATAS TOMPOK TANAH (UNTUK DISEMBELIH) SERTA KAMI MENYERUNYA: WAHAI IBRAHIM, "ENGKAU TELAH MENYEMPURNAKAN MAKSUD MIMPI YANG ENGKAU LIHAT ITU," DEMIKIANLAH SEBENARNYA KAMI MEMBALAS ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN”.

ALLAH MENJELASKAN, PERINTAH KEPADA NABI IBRAHIM A.S. SUPAYA MENYEMBELIH ANAKNYA ITU ADALAH SEBAGAI SALAH SATU UJIAN YANG AMAT SUKAR, MENGUJI KEKUATAN MENTAL, FIZIKAL, EMOSI SERTA KEIMANAN NABI IBRAHIM A.S. FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AS-SAFFAAT AYAT 106-107:

MAKSUDNYA: "SESUNGGUHNYA PERINTAH INI IALAH SATU UJIAN YANG NYATA. DAN KAMI TELAH TEBUSKAN ANAKNYA ITU DENGAN SEEKOR BINATANG SEMBELIHAN YANG BESAR (KIBAS)”.
SEWAJARNYA KEPATUHAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH KEDUA-DUA NABI INI MENJADI IKUTAN DAN TAULADAN KEPADA KITA UMAT ISLAM HARI INI DALAM MELAKSANAKAN TUNTUTAN DAN PERINTAH ALLAH S.W.T.

APAKAH YANG BERLAKU HARI INI?. MANUSIA SEMAKIN HARI KELIHATANNYA SEMAKIN JAUH DARIPADA PETUNJUK ALLAH. MANUSIA SEMAKIN HARI SEMAKIN MERAGUI KEKUASAAN DAN KEBESARAN ALLAH. MANUSIA LUPA, SUATU HARI NANTI MEREKA AKAN MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN SENDIRI-SENDIRI DAN DIBANGKITKAN SEMULA DARI KUBURNYA.

KERANA KEALPAAN INILAH, MANUSIA LALAI DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG HAMBA TERHADAP TUHANNYA. TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR MENDORONG BERLAKUNYA PERKARA TERSEBUT. ANTARANYA, CINTAKAN DUNIA DAN BENCI PADA KEMATIAN. SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. SEWAKTU BAGINDA DITANYA APAKAH ITU “WAHAN” WAHAI RASULULLAH? BAGINDA MENJAWAB: “CINTAKAN DUNIA, BENCIKAN MATI”

SUKA PADA DUNIA DATANG DENGAN BERBAGAI BENTUKNYA. KEMEWAHAN, KESENANGAN, KEAMANAN, KESIHATAN KEDUDUKAN DAN PANGKAT, LALU MANUSIA MENJADI LALAI DAN TIDAK MAMPU MENGORBANKAN APA YANG ADA PADANYA UNTUK JALAN ALLAH. KERANA MEREKA BERANGGAPAN, SEGALA YANG DIPEROLEHINYA ADALAH HASIL USAHANYA SENDIRI. SEBAGAI CONTOH, RAMAI MANUSIA YANG BELUM MAMPU MENGORBANKAN SEDIKIT WAKTUNYA UNTUK SOLAT DAN SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T KERANA BAGINYA KERJA ADALAH LEBIH UTAMA. RAMAI JUGA YANG BELUM MAMPU MENGORBANKAN SEDIKIT HASIL PENDAPATAN DAN HARTANYA UNTUK MENGELUARKAN ZAKAT, KERANA BIMBANG KEKAYAANNYA AKAN BERKURANGAN. KITA LEBIH SENANG MEMIKIRKAN TENTANG KELUARGA SENDIRI DARIPADA MEMIKIRKAN MASALAH-MASALAH MANUSIA LAINNYA YANG TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN KITA.

petikan khutbah khas idul adha;
sumber:“SEMANGAT ADHA MENJANA KECEMERLANGAN UMMAH”

2 comments:

#Pray4Gaza