Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Tuesday, July 27, 2010

Perjuangan Solid?

Melalui hari-hari sebagai seorang hamba Allah.. Apabila telah menginfakkan diri ke denai yang penuh liku dan ranjau.. Katanya kita berjuang, namun sebenarnya jauh lagi perjalanan diri untuk layak bergelar pejuang, namun hakikatnya, kitalah yang mahu berjuang itu, maka kitalah yang digelar pejuang.

Menjadi pejuang agama bukanlah satu yang saja- saja, atau suka- suka, bukan yang kita lakukan bila tiba waktu lapang, tapi diri kitalah yang harus melapangkan masa untuk gerak kerja islam, perjuangan kita harus lebih serius, kerana kita adalah manusia yang sedar bahawa kudrat kita amat diperlukan dalam memerangi segenap penjuru serangan jahiliyyah yang sedang bermaharajalela disekeliling kita.

Manusia dan perasaan, ibarat irama dan lagu, tanpa perasaan, manusia hidup bagai bangkai tak bernyawa, bagai orang gila, oh, orang gila juga punya perasaan, pendek kata, manusia dicipta berperasaan, sedih, gembira, rindu, kecewa dan sebagainya.

Para pejuang agama Allah mestilah berhati keras? Saya didoktrin begitu meskipun diri ini belum layak mana bergelar pejuang, maka berubahlah saya dari seorang manusia yang sering berkata “ it hurt me” kepada manusia yang sering memotivasikan diri dengan berkata “ it make me strong!” , ia perlu dididik, kerana bilamana anda bersedia menjadi seorang yang ingin berjuang dijalan Allah, banyak benda baru yang anda harus pelajari, harus anda korbankan, meskipun perasaan diri sendiri. Perasaan rindukan keluarga, perasaan marah dengan sahabat, rasa penat sehingga benci melihat orang lain, panas baran dan pelbagai lagi kerenah perasaan adalah garam yang harus anda telan. Malah, kadangkala, anda harus menjadi matang sebelum usia anda sepatutnya matang.

Ayuh singkap tirai sirah, saat hijrah Rasullullah dan para sahabat ke Madinah, meskipun telah tiba ke Madinah dengan selamat, namun jiwa mereka masih penuh kerinduan dengan Mekah, sehingga Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit, dan Abu Bakar disaat itu yang merasa badannya panas dingin berkata:-

“ Setiap orang ingin tinggal di tengah- tengah keluarganya, tetapi kematian lebih dekat dari tali terompahnya.”

Jika ingin diberi contoh, cukuplah dihidangkan dengan sirah Rasulullah dan para Sahabat yang sememangnya lebih berganda- ganda pengorbanan perasaan mereka dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah, bukan sedikit kesabaran mereka menghadapi kerenah masyarakat jahiliyyah dahulu, maka, jika perjuangan ini kita lakukan Demi Allah dan ingin meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah, latihlah diri kita menjadi sabar seperti Rasulullah dan sahabat.



Andai pula jika terjatuh hati dengan sahabat- sahabat yang sama- sama dalam gerak kerja, maka janganlah cinta itu dibawa dengan jalan orang yang tidak ditarbiyah dengan tarbiyah Islami, bukan tidak ada, Rasulullah dan isteri juga sama- sama berjuang, jadi jangan memendekkan aqal dengan menganggap kita harus mengeraskan hati sekeras- kerasnya, antara yang menjadi silapnya, bila ahli gerakan sering menjadi penyimpan perasaan nombor satu hingga diri sendiri yang rugi bila masing- masing ‘melepas’~kau tunggu aku, aku tunggu kau. yang pentingnya, perjuangannya nombor satu, namun amatlah mendukacitakan jika yang mengaku ahli gerakan islam, tapi dialah yang lebih hebat dalam bercinta secara tidak halal, apalah gunanya diwujudkan Unit Baitul Muslim, jika tidak dimanfaatkan sebaiknya, namun disaat inilah, pengorbanan perasaan menjadi taruhan, jangan jadikan perjuangan kita sia- sia, dan jangan jadikan diri kita penyebab ketidakcapaian matlamat sepanjang perjuangan bila maksiat berlegar- legar dalam kalangan ahli gerakan.

Ya~, kita ini manusia biasa, yang tidak sehebat mana pun, yang punya perasaan seperti insan lain, tapi, bilamana kaki ini sudah melangkah setapak kealam perjuangan, maka kaki inilah yang tidak boleh berundur lagi, teruskan perjalanan, teruskan perjuangan, perngorbanan perasan yang dituntut dari kita bukan sekadar- sekadar sahaja, tapi pengorbanan yang besar, saya pun, cuba untuk tidak hanya bercakap sahaja, tapi lakukannya!

Friday, July 16, 2010

Bersyukurlah..

" Kamu tahu apa itu wanita? Jika kamu kaum lelaki, kamu pasti akan pelik dengan sikap wanita. "

Bumi pinjaman Allah ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ciptaan. Kamu cantik, kamu bijak, kamu tinggi,kamu rendah, kamu sihat itu semua ciptaan yang menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kadangkala kita tidak berpuas hati kerana kita kurang bijak daripada rakan sekelas. Kadangkala juga kita merasakan wajah kita tidak sesempurna insan lain.

" Mengapa mereka cantik, sihat, tinggi, rendah dan lain-lain lagi sedangkan kita tidak begitu? "

Jawapannya mudah iaitu ;

" You got beauty I got healthy! "

You got beauty I got healthy:

Jika kita toleh ke arah kanan dan kekiri pasti pelbagai bentuk dan jenis manusia yang akan kita dapati. Percayalah mereka dan bahkan diri kita mempunyai ciptaan yang teristimewa di dalam diri masing-masing. Kita mahu cantik seperti kawan kita. Dirinya sering mendapat perhatian sedangkan kita tidak ditoleh langsung. Mungkin dia ada kecantikan. Tapi sedarlah bahawa didalam diri kita juga pasti ada sesuatu yang mungkin masih belum kita temui. Satu anugerah yang masih belum kita terokai. Kadangkala anugerah itu sebenarnya lebih hebat daripada rakan kita yang cantik itu tadi.

Ini masalah besar. Bila kita menginginkan sesuatu yang bukan milik kita, maka kita harus berhati-hatilah dengan hati kita kerana percayalah, perasaan itulah nanti yang akan membawa diri kita kepada sifat benci dan dendam di atas kelebihan orang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W ;

Ada 3 hal yang boleh merosakkan kehidupan, iaitu kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan seseorang yang membangga-banggakan diri sendiri
(Riwayat Tabrani)

ERTI SYUKUR?

Apabila kita sebut tentang syukur, pelbagai persepsi yang muncul dibenak fikiran. Kata kuncinya mudah. Mudah dihafal tetapi payah untuk dilaksanakan. Samada kita perasan bahawa kita sering menginginkan perkara yang insan lain miliki atau kita berusaha mensyukuri setiap perkara yang kita perolehi.

Kehidupan kita di dunia dibekalkan dengan dua perkara iaitu samada KEHENDAK ataupun KEPERLUAN. Jika dua perkara ini tidak difahami dengan baik maka hampir musnahlah kehidupan kita. Lebih-lebih lagi Allah memberikan sesuatu yang kita perlukan dan bukannya perkara yang kita inginkan.

Jika kamu menginginkan lelaki itu sebagai suami, tetapi apabila Allah merasakan kamu tidak memerlukannya, maka jodoh kamu pasti tidak akan ke mana.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk memahami makna sifat syukur ini. Sedarlah bahawa jika kita punyai sifat syukur ini, segala masalah serta semua rasa tidak puas hathati kita akan terhapus dan berkubur dengan sendirinya.

Berhati-hatilah kamu terhadap musuhmu satu kali
Tetapi berhati-hatilah kamu kepada temanmu seribu kali
Suatu saat, sahabatmu akan berbalik
Kerana dialah yang lebih mengetahui

_________________________________________________________________

ps: walau aku juga seorang wanita, penulisan karangan الشيخ محمد شكري الحافظ‏ ku"post" untuk perkongsian bersama. Lets change our attitude to the better. bersyukurlah atas segala kurniaanNya.

hari ni ulangtahun kelahiran adikku, Salini. Semakin meningkat umur, semakin pendek usia. Selamat Hari Lahir, nini! Moga Allah murahkan rezki. Semoga berjaya di di dunia dan di akhirat. May Allah bless u!

#Pray4Gaza