Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, December 11, 2009

ikhlas tidak menafikan hak

sudah lama juga aku tidak mnulis di sini..ya..cuti ini aku agak sibuk dengan pelbagai agenda. selepas selesai segala aktiviti..aku menghabiskan masa sebagai seorang "baby sitter". menjaga 2 orang anak saudaraku yang sememangnya nakal. biasala budak-budak..
namun, setelah adikku menghabiskan peperiksaan STPMnya, kurang sedikit la kerja. hehe
pagi jumaat itu, selesai membasuh pinggan mangkuk, aku bersama emak ke ruangtamu.
..menonton rangcangan tanyalah ustaz di tv9. rancangan kegemaran emak setiap hari jumaat, sabtu dan ahad jam 7pagi.
kali ini aku terpikat dengan frasa "ikhlas tidak menafikan hak".
ya..ikhlas tidak menafikan hak. biasanya dalam kehidupan kita, kita mahu jadi yang terbaik. jika kita tahu @ sedar tentang sesuatu perkara (kebaikan) , kita nak orang lain pun sedar dan tahu kebaikan tersebut..
namun, setelah kita memberi tahu, individu tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan. sedih,kan?? ya..itulah lumrah manusia, tapi jangan bersedih kerana kita perlu ikhlaskan niat.. niatkan bahawa, aku memberitahunya tentang sesuatu itu kerana Allah.

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak
menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.
QS.Al-Maaidah [5] : 67

walau diperlekehkan, jangan sesekali kita berasa berang terhadap mereka kerana kita hanya menunaikan amanatNya. teruskanlah berdakwah!

ikhlas tidak menafikan hak.
tapi bagaimana seseorang boleh menilai keikhlasan??
sedangkan ikhlas umpama semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di dalam keadaan malam yang gelap.
hm...pada aku, ikhlas itu boleh dikesan oleh individu itu sendiri..dengan memuhasabah diri. jadi, mari kita memuhasabah diri bersama.

2 comments:

  1. erm.. ikhlas kn diri .. seperti tangan kanan memberi.. tangan kiri tidak mengetahui apa yang tangan kanan telah memberi... hihii...

    ReplyDelete
  2. aku x fikir sangaT pasaL ikhLas orAng. Aku cUma fikir betuL saLah aTau benar saLah orAng tu pada pendapaT aku je.

    ReplyDelete

#Pray4Gaza