Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, October 5, 2009

Lembah dipenuhi ular gemuk menanti..

..jika lewatkan solat.

DALAM mengerjakan solat setiap hari, Islam turut
menggariskan beberapa waktu yang perlu dilaksanakan
supaya amalan dilaksanakan dengan sempurna mengikut
waktu ditetapkan.

Pelaksanaan amalan yang mengikut tuntutan dan
aturannya itu bagi melengkapkan amalan dan
mudah-mudahan diberkati serta menerima ganjarannya.

Waktu solat secara keseluruhannya terbahagi kepada:

Waktu fadilat iaitu waktu paling afdal ketika kita
melakukan amalan solat berkenaan.

Waktu paling afdal adalah pada awal waktu sebaik
selepas azan berkumandang.

Waktu ikhtiar iaitu selepas waktu fadilat hingga
sekira-kira boleh menghabiskan solat dengan sempurna
dalam waktunya.

Waktu harus (jawaz) iaitu sama seperti waktu ikhtiar.
Hukumnya sama seperti hukum waktu ikhtiar melainkan:

a. Pada waktu Asar, berkekalan hingga kuning matahari.

b. Pada waktu Isyak, berkekalan hingga fajar sadiq.

c. Pada waktu Subuh, sehingga merah di tepi langit.

Waktu hurmah iaitu akhir waktu yang mencemaskan
sekira-kira tidak sempat untuk kita menyempurnakan
solat itu dalam waktunya.

Waktu darurat iaitu bagi orang yang baru hilang
daripada perkara yang menegah solat seperti haid,
nifas, gila dan seumpamanya yang ketika itu kadar
waktu solat yang ada hanya sekadar sempat mengangkat
takbiratul ihram.

Oleh itu, wajib diqada pada waktu selepasnya.

Waktu idrak iaitu waktu antara awal waktu dengan
datang halangan untuk solat seperti datang haid,
bersalin dan sebagainya. Jika dalam jangka masa itu,
seseorang sepatutnya sempat melakukan solat tetapi dia
tidak melakukannya, maka solat yang ditinggalkan itu
wajib diganti.

Waktu harus (jawaz), tetapi makruh.

a. Waktu Asar: bermula dari kuning matahari hingga
berkekalan sampai waktu akhir kadar lulus solat.

b. Isyak: bermula dari fajar kazib hingga ke waktu
akhir kadar lulus solat.

c. Subuh: bermula dari merah tepi langit hingga ke
waktu kadar lulus solat.

d. Waktu uzur iaitu waktu antara Zuhur dengan Asar
(antara hujun waktu Zuhur dan awal waktu Asar) atau
Maghrib dengan Isyak, jamak taqdim atau takhir bagi
orang yang musafir.

Waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat).

a. Sesudah solat Subuh hingga matahari terbit (kecuali
bagi mereka yang berada di Tanah Haram)

b. Sesudah solat Asar (kecuali di Tanah Haram)

c. Sewaktu matahari tepat di tengah hingga tergelincir
sedikit (kecuali Jumaat).

d. Ketika terbenam matahari hingga sempurna
terbenamnya (kecuali di Tanah Haram)

e. Waktu matahari tengah naik hingga sekadar
sepenggalahan.

Oleh itu, solat lima waktu yang diwajibkan ke atas
semua umat Islam perlu dilakukan mengikut waktu dan
masa yang afdal.

Setiap waktu yang ditetapkan itu mempunyai tempoh masa
yang tertentu. Apabila amalan wajib itu dilakukan
mengikut masa dan tertib, pastinya Allah akan memberi
ganjarannya.

Ingatlah azab bagi orang yang melengah-lengahkan
sembahyang. Begitu juga, orang yang suka solat
terutama pada akhir waktu menunjukkan mereka
seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan
tanggungjawab kepada Allah.

Banyak keburukan yang akan menimpa orang yang sengaja
melewat-lewatkan solat, antaranya:-

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Seseorang yang
melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia mengqadanya
kelak) akan dimasukkan ke dalam neraka selama satu
`uqub (80 tahun akhirat)".

Mendapat kepapaan di akhirat.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah pernah
menjelaskan ketika ditanya mengenai orang yang papa.
Sabda Baginda bermaksud: "Seorang yang papa itu ialah
mereka yang melengah-lengahkan solatnya."

Allah tidak peduli padanya, bahkan untuknya adalah
azab yang pedih.

Orang yang melengah-lengahkan solatnya, tangannya akan
diikat sementara malaikat akan memukul muka dan
belakangnya.

Syurga akan berkata padanya: "Di sini tidak ada tempat
bagimu. "Dan neraka akan berkata padanya: "Mari, mari
padaku! Kamu untukku dan aku untukmu."

Nanti mereka akan diseksa dalam neraka di Lembah
Lamlan yang didiami oleh ular bisa segemuk leher unta
dan panjangnya sebulan perjalanan. Juga akan diseksa
di neraka dalam lubang derita yang didiami kala
jengking yang sebesar keldai/baghal.

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza