Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan...

Sejurus coretan menjelang Ramadhan..
Di sini, aku sebagai hamba-Nya yang hina, dengan penuh rendah diri mengucapkan...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H!


Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran pada-Nya kerana insyaAllah disampaikan juga kita ke Ramadhan kali ini - 1432 H. Apakah kita akan sama-sama sampai kepenghujungnya? Penghujung yang bagaimana yang kita inginkan?? yang kita impikan??

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu 1 bulan yang mulia, bulan rahmat, dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari & sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran & imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah & bulan dimana rezeki orang beriman bertambah" 
 (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)

Ayuh bersama men'transformasi' diri kepada yang lebih baik dan terbaik yang termampu buat kita semua. Sesungguhnya hidup insyaAllah..mati itu pasti. Jadi buat diri dan yang membaca, bertaubatlah selagi masih ada masa. Berhentilah untuk berbuat kemaksiatan. Sama-sama berusaha mengawal dan mencegah diri daripada melakukan dosa-dosa dan kesilapan yang sama, mahupun yang lainnya..

Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya...
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza