Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, July 29, 2011

Coretan hati menjelang Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Kehadapan sahabat dan rakan yang setia dan masih mengikuti perkembangan blog dan penulisanku.

Aku memohon maaf atas segala salah kata dan salah laku. Sudah lama benar tidak menitipkan kata-kata dan ingatan buat diri sebagai perkongsian buat semua pembaca. Sepanjang tempoh tidak menulis, aku melalui pelbagai situasi dan keadaan sehingga tidak mampu untuk aku coretkan.

Ya, tika melaluinya..semahunya aku ingin terus menulis untuk dikongsikan buat semua.. Namun, masa sangat mencemburui. Ia terus berlalu...meninggalkan hasratku. Apabila difikirkan, ada hikmahnya juga.. Mungkin tak semua yang aku lalui itu perlu dikongsikan..


Pelbagai rasa dirasai dengan amat dalam..rasa suka duka, gembira kecewa...pelbagai rasa dikurniakan-Nya melalui denai kehidupan ini.. Subhanallah... Benar, Tuhanku Maha Kaya..walau pelbagai kurniaan apa yang kurasakan, kuyakin dan pasti terlalu banyak dan melimpah ruah pastinya rasa yang belum kulalui..

Namun kusyukuri atas segalanya...segala kurniaan-Nya..dari sekecil-kecil perkara. Aku akui..Sungguh! Ada hikmah disebalik segala apa yang berlaku.. Walau diri kadang-kala terasa menyesal..walau diri terluka dan berdarah..

Allah..Subhanallah...
Sahabat, Pernahkah kau terfikir... Ada sesuatu yang unik ada pada diri kita semua.. Sangat unik dan sukar dijangka.. Ia hanyalah seketul daging.. Ada apa pada daging itu? Alangkah sukarnya dalam mendidik jiwa...alangkah sukarnya untuk diri memelihara daging itu.. Sangat mudah diusik oleh bisikan sering mengganggu.. Astaghfirullahal'azim...

Ya Allah..Aku benar-benar bersyukur atas kurniaan-Mu sahabat, insan serta kehidupan sekelilingku yang sering mengingatkan aku kepada-Mu.. Subhanallah..Alhamdulillah..

Ya Rabb...
Tiap solatku..
Aku bermohon dengan sangat...
Bermohon dengan sangatttt....
Moga aku dan orang sekelilingku
Sentiasa mendapat petunjuk dan keberkatanMu..


Ya Razzaq...
Tiap solatku..
Aku bermohon dengan sangat...
Moga aku sentiasa didekatkan dengan insan-insan
yang boleh membawaku lebih dekat dengan-Mu..
Aku bermohon dengan sangat...
Agar diriku menjadi insan
Yang boleh membawa insan lain untuk
Lebih dekat dengan-Mu..

Amin..

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal mendatang, marilah kita sama-sama muhasabah diri.. Koreksi diri..sepanjang kehidupan menuju Ramadhan kali ini..dan ayuh post-mortem ibadah dan amalan kita ketika Ramadhan yang lalu.. Sudah pasti rakan dan sahabat sekalian inginkan yang lebih baik untuk kali ini, bukan?

1 comment:

  1. salam :)

    seketul daging bernama hati kan?huu.. semoga sme2 berusaha menjaganya..

    salam ramadhan al-mubarak,selamat beribadah hanya keranaNya~

    ReplyDelete

#Pray4Gaza