Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, May 14, 2010

rezeki dipatuk ayam. siapa mahu??

**************************************************
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiam dsb.

****************************************************

Waktu pagi adalah waktu memulai aktiviti. Ada orang yang mengatakan: “Bila seseorang tidur pagi, rezekinya dipatuk ayam.” siapa mahu?? aku tahu..ada sesetengah memberi alasan, "bangun pagi2 takde kerja nak buatla..". sebenarnya, byk perkara yang boleh diisi pada waktu pagi. lebih-lebih lagi pada waktu cuti semester begini, khususnya buat mahasiswa/i. ambillah peluang untuk berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga..atau ambillah peluang untuk mencari pengalaman bekerja. macam mana nak berbakti dengan orang tua dalam skop bangun pagi ni?? korang boleh tolong mengemas rumah, mencuci pakaian, membuat sarapan, dll..tak kiralah anda lelaki @ perempuan. kalau memang xde kerja juga, pergilah jogging ke, udara pagi bagus tau! innamal a'malu binniyat~ kalau segalanya kita niatkan kerana Allah, dah menjadi ibadah..dapat pahala. mudah,bukan? apa lagi??? jom jadi "a morning person!"

ingatan buat diri sendiri dan shbt2.

5 comments:

  1. ohh yeahhh,morning person...i'm the morning lover..hahaha...

    ReplyDelete
  2. wahh..terbaik dik..smg kita semua blh jd morning person ye, insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  3. pAgi-pAgi, bAca bUku. Atau exErcise. Atau bersih rUmah.

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang kita sudah tahu betapa perlunya mengejar rezeki di waktu pagi. Tapi masalahnya kita sendiri kecundang oleh nafsu mengantuk yg menguasi diri.

    ReplyDelete

#Pray4Gaza