Memperkenalkan sebuah Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif.
Di susun oleh DR. Ahmad Hatta,MA (Indonesia).
Istimewa 5 dalam 1 :
Terjemahan per kata
Terjemahan ayat
Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
Nota kaki sebagai huraian tambahan
Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab
Ciri-Ciri Istimewa :
Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru, Merah, Merah Jambu & Ungu) SEKIRANNYA ADA STOK
Berat hanya 1.3 kg.
Saiz A4.
mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.
Balasan Allah SWT di akhirat tidak hanya bagi para penghafal dan ahli Al Quran saja, namun cahayanya juga menyentuh kedua orang tuanya, dan ia dapat memberikan sebahagian cahaya itu kepadanya dengan berkah Al Quran. Dari Buraidah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, maka keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini? dijawab: “kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran”(Hadits diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilanya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), dan disetujui oleh Adz Dzahabi. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya (21872) dan Ad Darimi dalam Sunannya (3257))
Kedua orang itu mendapatkan kemuliaan Tuhan, kerana keduanya berjasa mengarahkan anaknya untuk menghafal dan mempelajari Al Quran semenjak kecil. Dan dalam hadith terdapat dorongan bagi bapa dan ibu untuk mengarahkan anak-anak mereka untuk menghafal Al Quran semenjak kecil. Ibnu Mas`ud berkata: “Rumah yang paling kosong dan lengang adalah rumah yang tidak mengandung sedikit pun bahagian dari Kitab Allah SWT
”(Diriwayatkan oleh Al Hakim dari Ibnu Mas`ud secara Mauquf. Ia berkata: sebagian mereka memarfu`kannya, demikian juga dikatakan oleh Adz Dzahabi (1/566)). Dan pengertian kata “ashfaruha” adalah: yang paling kosong dari kebaikan dan berkah. Al Munziri meriwayatkan dalam kitab At Targhib wa At Tarhib dengan kata: “ashghar al buyut” dengan ghain bukan fa. Dan maknanya adalah: rumah yang paling hina kedudukannya, dan paling rendah nilainya.
sabda Rasulullah s.a.w
Sesungguhnya hati manusia berkarat sepertimana besi yang dikaratkan oleh air, mereka bertanya kepada rasulullah, bagaimana untuk membersihkan hati yang berkarat itu???
Rasulullah menjawab adalah dengan mengingati mati dan membaca al-Quran...
InsyaAllah, semoga kita semua beroleh manfaat di dunia dan dan beroleh syafaat al-quran di akhirat kelak...
Terima Kasih
p/s:kepada yang berminat untuk memiliki Tafsir Qur'an boleh reply pada email ini.
sila berikan c0ntact n0. dan nama...=)
Harga RM 100
service p0s penambahan RM10
terdiri daripada c0l0ur purple, pink, biru, merah hati, hijau...
untuk maklumat lanjut layari :
http://www.ikramussunnah.blogspot.com
setiap pembelian akan disertakan dgn v0ucher HAJI RM200 & UMRAH RM100.tq....
Let's follow me!
Friday, January 22, 2010
Monday, January 18, 2010
Aku Rela
Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.
Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com
lagu ni memang membaja semangat aku..
bila aku rasa lemah..
lemah dalam perjuangan..
sering aku rebah dalam perjalanan,
kerana aku juga manusia biasa..
sering aku keluh dengan segala mehnah dan tribulasi..
yang kadang kala menggugat diri..
kerana...
Aku bukan SITI AISYAH
yang punya kesabaran luar biasa
Aku bukan SITI KHADIJAH
yang miliki kemewahan lagi dermawan
Aku bukan RABIAH AL ADAWIYAH
yang hanya mencintai Rabb-nya sahaja
Aku juga bukan SITI FATIMAH
yang hidup dengan kezuhudannya
Aku juga bukan SITI MASYITOH
yang punyai keteguhan iman seteguh karang
Tapi satu yang pasti aku akan berusaha menjadi seperti mereka..
semoga Allah permudahkan jalan ini..
jalanMu yang lurus namun dipenuhi onak ranjau berduri..
hati sering rasa disakiti..
namun hanya kepadaMu aku tangisi..
~rentetan dari menghadiri Konsert amal yang diadakan di KUIS~

Friday, January 8, 2010
ProJALIN

ProJALIN bertemakan “ Menjalin Ikatan , Merapatkan Ukhwah”
objektif program
5.1 Merapatkan hubungan di antara mahasiswa/i UKM dan masyarakat dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim melalui program kemasyarakatan yang berkesan.
5.2 Memastikan agar timbul rasa kesedaran yang tinggi di kalangan mahasiswa dan masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap persekitaran melalui pembangunan dan pemikiran yang lebih berkesan.
5.3 Menanam semangat kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh mahasiswa dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka dalam masyarakat.
5.4 Melahirkan mahasiswa/i yang berakhlak dan berperibadi mulia yang mempunyai perasaan kasih sayang dan kecintaan terhadap maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
kami akan bertolak ke RUMAH BARKAT pada jam 4ptg ini (8/1/2010). semoga program berjalan dengan lancar.
Wednesday, January 6, 2010
Wawasan Ideal
semalam..aku ke pusanika menemani membe aku ke pejabat pos,
kemudian meninjau ke Karnival Keusahawanan KTHO. apabila aku sampai ke meja yang dipenuhi buku-buku, aku tertarik dengan 1 buku ni..dan aku pn membelinya.ditulis oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawy bertajuk AGAMA DAN POLITIK; Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan pemikiran Sekular-Liberal..
sinopsisnya buku ini menceritakan bahawa adalah menjadi suatu kebaikan kalau politik masuk ke dalam agama, bukan menjadikan agama sebagai tunggangan/sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan menjadikan agama itu sebagai matlamat, tujuan utama dan petunjuk agar wujud satu pemerintahan yang adil berdsasarkan permesyuaratandan setiakawan sosial; untuk menjadikan agama sebagai suatu kekyatan pendorong agar politik menjadi alat penolong kebenaran, sarana berbuat kebajikan; serta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebar luaskan kerosakan akhlak.
Kalau semua yang disebutkan di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam secara khas-menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syari'at, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar, serta iman dan kehidupan.
.JPG)
Tidak adanya pemisahan tersebut sudah lama diterapakn dalam sejarah Islam selama lebih dari 13 kurun lamanya. setelah Imperialisme barat menyerang negara-negara Islam, menguasai pelbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan undang-undang, pengetahuan, pendidkan, dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. mereka kemudian mengarah dan mencorakkan megara-negara Islam menurut keinginan mereka.
Tetapi kebangkitan Islam moden benar-benar telah menghapus perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. setelah benar-benar sirna, mula tibul kekuatan jati diri Islam yang berada pada umatnya. maka terbuktilah Sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang paling mulia dan paling sesuailah yang akan wujud.
bagaimanapun, kesan kedatangan imperialis masih belum terhapus sepenuhnya. kita sebagai umat Islam perlu sedar bahawa kita perlu sama-sama mempertahankan AgamaNya.
kemudian meninjau ke Karnival Keusahawanan KTHO. apabila aku sampai ke meja yang dipenuhi buku-buku, aku tertarik dengan 1 buku ni..dan aku pn membelinya.ditulis oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawy bertajuk AGAMA DAN POLITIK; Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan pemikiran Sekular-Liberal..sinopsisnya buku ini menceritakan bahawa adalah menjadi suatu kebaikan kalau politik masuk ke dalam agama, bukan menjadikan agama sebagai tunggangan/sebagai suatu alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan menjadikan agama itu sebagai matlamat, tujuan utama dan petunjuk agar wujud satu pemerintahan yang adil berdsasarkan permesyuaratandan setiakawan sosial; untuk menjadikan agama sebagai suatu kekyatan pendorong agar politik menjadi alat penolong kebenaran, sarana berbuat kebajikan; serta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebar luaskan kerosakan akhlak.
Kalau semua yang disebutkan di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam secara khas-menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syari'at, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar, serta iman dan kehidupan.
Tidak adanya pemisahan tersebut sudah lama diterapakn dalam sejarah Islam selama lebih dari 13 kurun lamanya. setelah Imperialisme barat menyerang negara-negara Islam, menguasai pelbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan undang-undang, pengetahuan, pendidkan, dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. mereka kemudian mengarah dan mencorakkan megara-negara Islam menurut keinginan mereka.
Tetapi kebangkitan Islam moden benar-benar telah menghapus perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. setelah benar-benar sirna, mula tibul kekuatan jati diri Islam yang berada pada umatnya. maka terbuktilah Sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang paling mulia dan paling sesuailah yang akan wujud.
bagaimanapun, kesan kedatangan imperialis masih belum terhapus sepenuhnya. kita sebagai umat Islam perlu sedar bahawa kita perlu sama-sama mempertahankan AgamaNya.
PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI.
Tuesday, January 5, 2010
Politik dengan Kehidupan

Aku baru pulang dari satu kursus kepimpinan baru-baru ini. Kesannya, aku jadi berminat untuk mendalami ruang politik. Ruang "politik"..bila orang berbicara tentang politik, orang lain akan bertanya, "ko nak jadi calon ke?" ada juga yang rimas dengan perkataan politik dan sentiasa menyatakan "politik kotor! jijik!"~ aku nak jelaskan di sini, berpolitik bukan hanya menyertai pilihanraya, menjadi calon mahasiswa, dll..tetapi realitinya hidup manusia memang tidak lari dari politik.
contoh: si ibu membawa anaknya ke kedai runcit. Si anak meminta ibunya mainan. si ibu tidak mahu membelikannya. kemudian, si anak menangis untuk mendapatkan mainan yang dikehendakinya. akhirnya si ibu membelikan mainan tersebut. Nah! itu dia politik. Rakan-rakan sedar atau tidak, dahulu sebelum kita ditiupkan roh kedalam jasad, roh kita berjanji telah bertemu dengan Allah, dan roh kita berjanji akan menjadi khalifah dan menghambakan diri kepadaNya. Itu juga politik. erm..aku faham kenapa ramai golongan yang tidak meminati politik, kerana dahulu aku juga begitu. politik yang mereka maksudkan adalah politik yang dilihat melalui parti politik. walauapapun sebab dan musabab, aku pulangkan persoalan (POLITIK=KEHIDUPAN. Benarkah??) kepada pembaca sekalian. :-)
Kembali kepada Kursus Kepimpinan Bakal Calon, pendekatan yang dibuat oleh HEP sempena Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa yang akan berlangsung tidak lama lagi, adalah sangat baik dan digalakkan untuk mengenalpasti potensi dan kemampuan bakal-bakal pimpinan mahasiswa universiti. Seramai 166 orang yang menyertai Kursus ini.
Setiap slot yang ditentatifkan sangat berguna untuk menjadikan mahasiswa lebih memahami halatuju UKM. Namun, pada pandangan dan perspektif aku, tidak aku nafikan bahawa kebanyakan slot yang disampaikan tidak jauh objektifnya seperti BTN. Kenapa aku berpandangan begitu??? Tidak perlu aku sampaikan di sini. Apa yang aku harapkan rakan-rakan mahasiswa tidak hanya menerima sahaja. mahasiswa perlu peka dan sensitif dengan segala ucapan dan doktrinisasi yang dikenakan. Pandangan dan pemikiran setiap orang berbeza-beza, jadi aku kira tidak salah untuk aku meluahkan pendapat dan pandangan. dan aku juga tidak marah jika orang lain berbeza pandangan. pada aku, pandangan dan pendapat tiada yang salah dan betul. ia berdasarkan kefahaman dan pegangan individu itu sendiri. semua itu adalah hak individu. tetapi diharapkan setiap individu yakin dengan pembawaan pandangan dan pendapat yang dipegang. Yang penting sekali, pastikan pegangan yang diyakini itu tidak lari dari Pencipta yang Maha Kuasa.PEACE! (^_^)v
Friday, January 1, 2010
Tuesday, December 29, 2009
Berpuas Hatikah Kita?
selepas menghadiri mesyuarat, aku pulang ke kolej justeru membuka laptop dan membaca email..aku sangat terkesan dengan email yang aku terima hari ini mengenai perasaan puashati kita sebagai khalifah di Bumi Allah ini.. aku terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat sekalian coretan Wadi aL QuRRa'.. selamat membaca.
Bismillah...
Segala puji kepada Allah, raja segala raja, pencipta segala pencipta, dengan rahmat dan kurniaNya kelansungan hidup kita diteruskan, tidak jemu memberi, itulah dia sifat tuhan yang Maha Agung, sedangkan kita yang 'Maha' hina ini masih lagi rakus dengan nikmat, lupa pada pengurnia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah.
Maksud firman Allah swt :
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
Ibrahim : 10
Allahu Robi, dengan izinNya tercoret juga sedikit kata dilaman usang ini. Tak tahu mengapa, banyak benar yang mahu di kongsi, tetapi selalu saja tersungkur, rebah sebelum memula langkah, entahlah, semoga yang ada lebih baik dari yang tiada, manfaatnya walau sedikit, harapnya adalah. Tak dinafikan, minggu terkebelakang ini, banyak halnya, yang sukacita pun ada, yang dukacita pun ada, tapi posting ini bukanlah ana mahu berkongsi kongsi semua cerita yang itu, mungkin lain kali.
Dalam masa senggang ini, sempat ana gunakan berjalan di bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan ummat manusia di Malaysia, seronok juga dapat bersenang2 di waktu sempit, ke Mid Valley, Jalan Masjid India, dan lain2 lah, bukannya tak pernah ke sana, tapi kali ini banyak hikmahnya mungkin. Dengan izin Allah, ana terlihatkan, dan datang ke benak fikir, akan sesuatu yang menjadi api di dalam sekam buat kita, ummat Islam.
Melihatkan betapa kita rakyat Malaysia dan ummat Islam seluruhnya, sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan anugerah dariNya. Tidak perlu pergi jauh, melalui perjalanan ana tempoh hari saja, sudah banyak benar dapat dinilai. Kita seronok dan gembira dengan nikmat kedamaian yang dikecapi, kita seringkali dapat meluang masa bersama keluarga tersayang di shopping complex yang serba mewah, kemudahan serba canggih belaka. Ada pula yang seringkali melancong, ada yang ke Langkawi, Pangkor, malah yang lebih 'ada' dapat pula ke Paris atau New York. Sungguh, kita sangat berpuas hati dengan semua ini.
Kita berduit dan berharta, punya rumah yang besar dan cantik, tidak cukup dengan itu, kita mampu memiliki koleksi kereta mewah dan dibuat tayangan. Tidak pernah terasa cukup, kerna kita punya harta yang melimpah, apa salahnya, kerna itu harta kita, dan dari jalan yang halal...bahkan pula kita banyak menderma untuk badan badan kebajikan, anak2 yatim dan sebagainya, kita sudah mampu untuk berpuas hati dengan semua ini sebenarnya.
Ada pula yang berlumba mahu membina bangunan tinggi2, pelbagai bentuk dan rupa.
Subhanallah, cantik sekali!...kita bina semua ini supaya dunia lihat betapa negara Islam mampu membangun dan maju setanding barat. semua mata sedang memandang kita, bukan saja Kuala Lumpur, tapi lihatlah Dubai sana dan lain2 lagi, bahkan Makkah pun sudah punya bangunan tinggi2, lihatlah!... negara Islam mampu berjaya. Kita juga sudah mampu berpuas hati dengan semua ini, ya!...kita berpuas hati sebenarnya.
Janganlah dinafikan lagi, kita sedang berpuas hati sekarang, lihatlah keadaan umat Islam kini, masing2 sedang dibuai mimpi indah. Jika kita mahu menafikan yang kita masih tidak berpuas hati, apa buktinya?... ana hanya melihat kita terutamanya buat ummat Islam di Malaysia sekarang bagai sudah cukup3 berpuas hati dengan apa yang ada, jika kalian mahu mengatakan sebaliknya, tidak usahlah, buktinya sudah terlalu banyak, bukalah mata dan lihatlah sendiri.
Kita Sebenarnya sedang enak dengan dunia, menjual maruah dan harga diri, membenar yang batil dan mencantas yang haq, teroleng oleng dek mainan syaitan. Kita menunding jari kepada pelbagai pihak, mengatakan itu salah, ini salah, bahkan barat sana kita kutuk dan keji habis habisan, katanya merekalah yang memporak perandakan Islam. Kita melihat sedalam dalamnya terhadap barat dan seluruhnya, illuminati, zionis segalanya kita tembak, akan tetapi apa yang kita pakai sekarang?... .Seluar ketat?....skirt singkat?.... Baju adik?....Rambut colour warna warni?....subang di hidung?...
Kita terlalu melihat terhadap setiap perkara yang dilakukan pihak lain, namun bagaimana dengan diri sendiri?...sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita ada!....jika ditanya pasti katanya tidak, namun masing2 cuba lihat dan muhasabah diri...apa yang kita dah buat untuk Islam?....apa yang kita sedang buat sekarang??.. .update blog?...main facebook?... sudah cukup??...Allahu Robbi.
Setiap kali Palestine di bom,
kita masing2 sibuk menderma, melihat anak2 yatim,hati kita jadi pilu menghulur tangan meringan beban, namun pernah atau tidak kita terfikir, seringkali kita menghulur kerana terharu, tidak tahan melihat tangisan, sedih melihat keadaan insan2 berkenaan, kita rasa sudah cukup benar dengan ini semua, adakah kita menghulur kerana tidak tahan melihat tangisan atau kerana Allah?...kita sedang menipu diri sendiri!
Maksud firman Allah SWT :
" Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya "
al Hajj : 31
Kita sentiasa berasa berpuas hati!...dengan apa yang sedang dilakukan sekarang, dengan apa yang kita ada, dengan yang kita buat, cubalah tanya diri sendiri dan jawablah dengan iman, APAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN KITA???...kita sentiasa merasa cukup, buat sekadar yang mampu, tapi ADAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN SEMUA INI???
Maksud sabda Rsulullah SAW :
" Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
HR : Muslim
Cukuplah!... biarlah setakat ini saja kita ummat Islam seluruhnya merendahkan martabat, menjual bangsa dan agama, cukuplah kita bertempik menyalahkan pelbagai pihak, cukuplah dengan rasa puas hati...ayuh! ...Kita bangkit menjadi Ummat sehebat Assabiqul Awwalun!...ana undur dulu.
Bismillah...
Segala puji kepada Allah, raja segala raja, pencipta segala pencipta, dengan rahmat dan kurniaNya kelansungan hidup kita diteruskan, tidak jemu memberi, itulah dia sifat tuhan yang Maha Agung, sedangkan kita yang 'Maha' hina ini masih lagi rakus dengan nikmat, lupa pada pengurnia. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Rasulullah.
Maksud firman Allah swt :
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
Ibrahim : 10
Allahu Robi, dengan izinNya tercoret juga sedikit kata dilaman usang ini. Tak tahu mengapa, banyak benar yang mahu di kongsi, tetapi selalu saja tersungkur, rebah sebelum memula langkah, entahlah, semoga yang ada lebih baik dari yang tiada, manfaatnya walau sedikit, harapnya adalah. Tak dinafikan, minggu terkebelakang ini, banyak halnya, yang sukacita pun ada, yang dukacita pun ada, tapi posting ini bukanlah ana mahu berkongsi kongsi semua cerita yang itu, mungkin lain kali.
Dalam masa senggang ini, sempat ana gunakan berjalan di bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan ummat manusia di Malaysia, seronok juga dapat bersenang2 di waktu sempit, ke Mid Valley, Jalan Masjid India, dan lain2 lah, bukannya tak pernah ke sana, tapi kali ini banyak hikmahnya mungkin. Dengan izin Allah, ana terlihatkan, dan datang ke benak fikir, akan sesuatu yang menjadi api di dalam sekam buat kita, ummat Islam.
Melihatkan betapa kita rakyat Malaysia dan ummat Islam seluruhnya, sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan anugerah dariNya. Tidak perlu pergi jauh, melalui perjalanan ana tempoh hari saja, sudah banyak benar dapat dinilai. Kita seronok dan gembira dengan nikmat kedamaian yang dikecapi, kita seringkali dapat meluang masa bersama keluarga tersayang di shopping complex yang serba mewah, kemudahan serba canggih belaka. Ada pula yang seringkali melancong, ada yang ke Langkawi, Pangkor, malah yang lebih 'ada' dapat pula ke Paris atau New York. Sungguh, kita sangat berpuas hati dengan semua ini.
Kita berduit dan berharta, punya rumah yang besar dan cantik, tidak cukup dengan itu, kita mampu memiliki koleksi kereta mewah dan dibuat tayangan. Tidak pernah terasa cukup, kerna kita punya harta yang melimpah, apa salahnya, kerna itu harta kita, dan dari jalan yang halal...bahkan pula kita banyak menderma untuk badan badan kebajikan, anak2 yatim dan sebagainya, kita sudah mampu untuk berpuas hati dengan semua ini sebenarnya.
Ada pula yang berlumba mahu membina bangunan tinggi2, pelbagai bentuk dan rupa.
Subhanallah, cantik sekali!...kita bina semua ini supaya dunia lihat betapa negara Islam mampu membangun dan maju setanding barat. semua mata sedang memandang kita, bukan saja Kuala Lumpur, tapi lihatlah Dubai sana dan lain2 lagi, bahkan Makkah pun sudah punya bangunan tinggi2, lihatlah!... negara Islam mampu berjaya. Kita juga sudah mampu berpuas hati dengan semua ini, ya!...kita berpuas hati sebenarnya.Janganlah dinafikan lagi, kita sedang berpuas hati sekarang, lihatlah keadaan umat Islam kini, masing2 sedang dibuai mimpi indah. Jika kita mahu menafikan yang kita masih tidak berpuas hati, apa buktinya?... ana hanya melihat kita terutamanya buat ummat Islam di Malaysia sekarang bagai sudah cukup3 berpuas hati dengan apa yang ada, jika kalian mahu mengatakan sebaliknya, tidak usahlah, buktinya sudah terlalu banyak, bukalah mata dan lihatlah sendiri.
Kita Sebenarnya sedang enak dengan dunia, menjual maruah dan harga diri, membenar yang batil dan mencantas yang haq, teroleng oleng dek mainan syaitan. Kita menunding jari kepada pelbagai pihak, mengatakan itu salah, ini salah, bahkan barat sana kita kutuk dan keji habis habisan, katanya merekalah yang memporak perandakan Islam. Kita melihat sedalam dalamnya terhadap barat dan seluruhnya, illuminati, zionis segalanya kita tembak, akan tetapi apa yang kita pakai sekarang?... .Seluar ketat?....skirt singkat?.... Baju adik?....Rambut colour warna warni?....subang di hidung?...
Kita terlalu melihat terhadap setiap perkara yang dilakukan pihak lain, namun bagaimana dengan diri sendiri?...sentiasa berpuas hati dengan apa yang kita ada!....jika ditanya pasti katanya tidak, namun masing2 cuba lihat dan muhasabah diri...apa yang kita dah buat untuk Islam?....apa yang kita sedang buat sekarang??.. .update blog?...main facebook?... sudah cukup??...Allahu Robbi.
Setiap kali Palestine di bom,
kita masing2 sibuk menderma, melihat anak2 yatim,hati kita jadi pilu menghulur tangan meringan beban, namun pernah atau tidak kita terfikir, seringkali kita menghulur kerana terharu, tidak tahan melihat tangisan, sedih melihat keadaan insan2 berkenaan, kita rasa sudah cukup benar dengan ini semua, adakah kita menghulur kerana tidak tahan melihat tangisan atau kerana Allah?...kita sedang menipu diri sendiri!Maksud firman Allah SWT :
" Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya "
al Hajj : 31
Kita sentiasa berasa berpuas hati!...dengan apa yang sedang dilakukan sekarang, dengan apa yang kita ada, dengan yang kita buat, cubalah tanya diri sendiri dan jawablah dengan iman, APAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN KITA???...kita sentiasa merasa cukup, buat sekadar yang mampu, tapi ADAKAH ALLAH BERPUAS HATI DENGAN SEMUA INI???
Maksud sabda Rsulullah SAW :
" Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
HR : Muslim
Cukuplah!... biarlah setakat ini saja kita ummat Islam seluruhnya merendahkan martabat, menjual bangsa dan agama, cukuplah kita bertempik menyalahkan pelbagai pihak, cukuplah dengan rasa puas hati...ayuh! ...Kita bangkit menjadi Ummat sehebat Assabiqul Awwalun!...ana undur dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
#Pray4Gaza
Post by Strawberi Cinta.