Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, July 4, 2011

Ahlan ya Syaaban

Begitu pantas masa berlalu..
REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan.
Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya.
Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN.
Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan.
Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Sunday, July 3, 2011

Sebiru hari ini...

sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

[Edcoustic]
http://musiklib.org/Edcoustic-Sebiru_Hari_Ini-Lirik_Lagu.htm

Saturday, July 2, 2011

Persinggahan berbaki..

Tanpa kusedar..
Semakin aku meniti hari-hariku..
Semakin aku merasakannya
Tidakku sangka..
Semakin aku sampai kepenghujungnya..

Air mata ini mengalir..
mengalir derasnya..
mengenangkan nasibku yang tidak pasti..
di mana kebahagiaannya..
adakah apa yang kulakukan selama ini..
benar-benar ikhlas keranaNya..
Atau keduniaan cuma?
Astaghfirullah...
Astaghfirullahala'dzim..

Ya Allah..
hambaMu ini benar-benar merasakan..
ia hanya berbaki sedikit sahaja..
Sempatkah aku Ya Rabb..
menuju cita syahid di jalanMu..
menggapai impian syurgaMu..
mengecap kebahagiaan dengan redhaMu..

Sedetik Engkau mengujiku..
luluh hati merasakan sebak di dada..
Benar, aku rindukanMu..
Namun aku belum bersedia..
aku tidak mampu lagi untuk membawa hidangan lazat..
dan bekalan yang sedang dikumpul belum lagi mencukupi..
untuk aku bertemu denganMu..
aku malu denganMu, ya Rabb.. aku malu..

Namun apakah pasti diriku akan begini
atau mampu memperbaiki diri saban waktu berlalu..
atau aku akan terus lalai dengan duniawi..
nikmat sementara dengan permainan musuhMu..
apakah ia suatu kepastian buatku?

Allahumma Ya Allah..
Tatkala jiwa merintih derita..
dengan dosa dan noda..
yang sering menggigit jiwa..
aduh, sakit ya Allah..
Benar aku yakin Engkau menyayangiku..
aku sebagai hambaMu..
yang sering lupa dan alpa..
dengan segala nikmat kuniaanMu..
yang tidak ternilai dan sangat berharga..

Bukan aku mahu berprasangka..
Namun aku mahu berubah..
kuyakini atas segala hikmahMu..
yang pasti ada..
terhadap setiap ujianMu..
permudahkan aku ya Allah..
untuk segala urusan..
yang membawaku kepadaMu..

Benar ialah yang paling dekat dengan manusia..
iaitu KEMATIAN..

hidup insyaAllah..
Mati itu pasti..

Aku redha jika itu yang terbaik...
Namun aku benar2 tidak mampu menanggungnya sendiri Ya Rabb..
Moga Engkau bantu aku dalam segala hal..

Tuesday, June 28, 2011

Hikmah itu indah

Ketika jauh dari keluarga, sahabatlah sebagai penggantinya.
Sahabat yang baik bagaikan orang tua,
yang tak pernah bosan untuk mengingatkan kita, jika kita salah dan lupa.
Terkadang sahabat seperti saudara, tempat curah hati dan berbagi cerita.
Sahabat juga laksana guru, yang selalu ada ketika kita tak tahu.

Namun, terkadang, sahabat seperti anak kecil yang manja,
Perlu dibimbing dan dibina, agar tumbuh dewasa, sehingga mampu dan bisa,
menikmati hidup di dunia, serta memetik hikmah yg tersirat dibaliknya.

Aku dan Dia, adalah dua sahabat, yang akrab.
Selalu mengisi dan melengkapi.
Kekurangan teman tak perlu dimaki, tp diperbaiki.
Begitulah prinsip hidup yang secara tidak sengaja mereka sepakati.


Pada suatu hari, ditepi jalan raya, aku berdiri sendiri,
Sambil melihat2 jam ditanganya. Mundar mandir, berbolak balik tak menentu,
Seperti orang yang sedang gelisah menunggu.

Peluh mulai mengalir dikulit wajah Aku,
Aku mengerut kening menahan panas Sang Suria,
Yang mulai tegak lurus dikepala..
Akhirnya Aku pun tersenyum, krn Dia telah pun muncul..

Spontan Dia berkata : “betul kata orang, menunggu adalah hal yg sangat membosankan”
Dengan tenang dan seulas senyum dibibir,
Aku menjawab : “ternyata menunggu itu salah satu cara melatih kesabaran.Hehe”
“betul, betul.. Disebalik apa yg terjadi, pasti ada hikmah yg tersembunyi.” tambah Dia. Aku dan dia pun tertawa bersama, sambil menunggu kenderaan awam.

Tak selang berapa lama, bas awam yang Aku dan Dia tunggu sudah tiba.
Tapi apa hendak dikata, hanya tinggal 1 tempat duduk sahaja yang kosong.
“tidak mengapa", kata Dia.
“hmmmm, rasanya inilah balasan membuatkan orang menunggu lama” tambah Dia.
“hehehe” tawa Aku.

Bas bergerak laju membelah jalan raya, tak berapa lama,
salah seorang penumpang turun, Dia pun duduk di tempat penumpang itu.
Disalah satu perhentian, seorang tua naik dan berdiri berdekatan pintu bas.
Lalu Aku pun menawarkan pak tua itu untuk duduk dikerusi Aku.
Akhirnya pak tua itu duduk, dan Aku pula berdiri.
“Ya, ternyata menaiki bas awam juga adalah salah satu cara melatih kesabaran” monolog Aku.
"Hidup ini memang sulit, kenapa harus menambah kesulitan?
kenapa kita tidak menikmati sahaja, ya atau tidak?” Aku berkata pada diriku sambil tersenyum.

Tibalah mereka ditempat yg dituju. Ditepi sungai, sungai yg indah dan luas.
Suasana yg sejuk dibawah rindangnya pepohonan ditepi sungai itu.
Aku dan Dia pun mengeluarkan kailnya.

Hanya beberapa minit setelah melemparkan kailnya, terus mendapat ikan.
Dilempar lagi, dan dapat lagi.
Aku berkata “Dia…Ini adalah balasan bagi orang yg sabar berdiri di dalam bas tadi.”
Dia pun yg dari tadi belum mendapat ikan,
hanya tersenyum dan mengangguk2an kepala.
Selang 1 jam, Dia masih belum mendapatkan ikan,
Aku pun berdiri dan menghampiri Dia,
“ternyata memancing juga adalah salah satu cara melatih kesabaran”
ucap Aku sambil menepuk2 bahu temannya itu..Dia pun tertawa.

Kedua-dua mereka pulang menikmati rezeki dari Allah itu bersama-sama..

Daripada cerita di atas, terdapat pelbagai nilai yang boleh dikongsi bersama..
Sahabat adalah bayang-bayang kita..
juga seperti tubuh badan kita..
Apabila dicubit peha kiri, peha kanan juga terasa..

Bagaimana mahu menjadi sahabat yang baik untuk sahabat yang terbaik..?
Apakah perlu dituruti semua kehendak sahabat kita?
atau apakah perlu menambah beban fikiran sahabat kita?
atau apakah perlu dibelai manja sahabat kita?
atau apakah perlu dibiarkannya dengan masalah-masalah yang ditanggungnya?

atau...
bertindaklah sewajarnya..
bertindaklah semampunya..
untuk membuatnya gembira..
untuk membuatnya bahagia..
untuk menjadikannya ceria dan senyum sentiasa..
untuk mengurangkan rasa sakit dan bebannya..

Doa segala kebaikan untuk sahabat itu pasti..
Membantunya dalam keadaanya tidak mengetahui..
biar Allah sahaja yang tahu..

Aku terfikir..
Adakah aku seorang sahabat yang membantu atau menyusahkan?
Adakah aku seorang sahabat yang menggembirakan atau menyedihkan?
Adakah aku seorang sahabat yang merisaukan atau melegakan..?

Buat semua sahabatku,
Kerana Allah aku bersahabat denganmu..
dan kerana Allah aku mengambil tahu tentangmu..
kerana Allah jua aku begini..

Maafkan aku jika aku bukan seperti yang kamu mahu..



*cerita di atas tidak ada mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Sama-samalah kita mengambil hikmah disebaliknya.

Tuesday, June 21, 2011

Aku dan kehidupan



Apabila kita hidup hanya untuk kita
hidupnya amatlah singkat.

Bermulanya dengan lahirya kita
dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita
hidup kerana fikrah
hidup kerana Tuhan
hidup sebagai khalifah
maka hidupnya amatlah panjang..
..dan mendalam.

Bermula dengan bermulanya kita
dan berakhirnya dengan luputnya...
manusia di bumi ini

Jika kita merasakan
kitalah yang memulakan perjuangan ini,
kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian
kerana perjuangan belum mencapai matlamat).

Ingatlah bukan kita yang memulakan
dan bukan kita yang mengakhirinya.
Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.
Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-

Moga-moga kita mampu bertahan sehingga keakhirnya..
InsyaAllah..

Wednesday, May 18, 2011

Sahabat dan Ujian



Persahabatan itu indah. Bersahabat kerana Allah membentuk kekuatan.
Saya bukan sahabat yang baik. Saya tidak sempurna. Kala awak kesakitan dibelit seribu masalah, saya hanya mampu berdiam diri dan melihat kerana saya tidak terdaya untuk membantu. Hanya doa yang mampu saya kirimkan. Sahabat, saya di sini mengetahui mengenai apa yang sedang awak lalui. Tapi, tidak mengerti. Hanya mengetahui. Untuk bertanya, saya masih belum punya keyakinan. Saya gusar akan menyinggung hati awak. Saya risau kalau ada manik-manik jernih yang gugur saat pertanyaan itu saya utarakan. Saya tahu awak dah puas menangis. Saya tahu, kalaupun saya menyatakan bahawa saya sangat memahami apa yang awak lalui, apa yang saya fahami itu tidak akan pernah sama dengan apa yang awak lalui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, kan...

Sahabat, Sahabat, saya yakin dan pasti awak boleh lakukan yang terbaik! Awak dikurniakan kefahaman dan pengorbanan yang tinggi. Namun sahabat, lumrah manusia itu dikurniakan rasa lemah dan tidak bersemangat. Sebagaimana yang pernah saya katakan dulu. Positif. Apapun masalah yang sedang membelenggu fikiran, positif terhadapnya. Lihatlah masalah yang hadir sebagai suatu peluang. Peluang mencari redha Allah. Sebesar manapun masalah itu, apabila dipositifkan akan mampu mengubah persepsi kita terhadap sesuatu masalah. Insya Allah.

Banyakkan bergantung pada Allah. Banyakkan mengadu pada Dia. Luahkan pada Nya, meskipun kita sedia maklum Dia lebih tahu tentang setiap apa yang terjadi. Tidak salah juga andainya awak mahu meluahkan permasalahan yang membelenggu hati awak dengan mereka yang sudi mendengar. Dengan izinNya, kedukaan itu bisa terubat. Setiap penyakit ada ubatnya, inikan pula masalah. Pasti ada penyelesaiannya. Penyelesaiaan yang paling utama, kembali padaNya. Mohon padaNya, agarr dipermudahkan setiap hal yang terbaik buat diri. Mohon padaNya, agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi segala sesuatu. :)

Wednesday, May 4, 2011

Indahnya...

Ada sebuah kisah yang menakjubkan yaitu pada zaman Nabi Muhammad S.AW.
kisah ini terjadi di kehidupan rumah tangga Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Fatimah.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.


Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.


Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan keperluan sehari-hari.


Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.


Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Subhanallah...

bukan dengan banyaknya materi sebuah kehidupan menjadi tenang dan indah,

tetapi dengan kesederhanaan yaitu dengan sebuah cinta yang tulus ikhlas karena Allah-lah yang membuat kehidupan ini menjadi lebih indah...


Salam ukhuwah fillah
Sumber dari FB: Arif Ashadi Rindu Ibu

#Pray4Gaza