Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, April 16, 2012

.:NOTA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRANKU ESOK:.

Hari-hari berlalu.. 
Tak kusangka, esok bakal kulangkah ke pertambahan umurku. 
esok: ulangtahun kelahiranku.. 
tidak mengapa jika anda tidak tahu. 
bagaimanapun, kubersyukur padaNya atas kesedaran 
bahawa umurku kian meningkat dan usiaku semakin singkat. 


Jika kuimbas kembali masa laluku, 
sungguh aku menyesal dengan masa laluku.. 
Kuharap penyesalan ini tidak terlambat, sebelum hari 'esok', 
kerana setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya 
maka akan ditanya bagaimanakah masa yang diberikan dihabiskan.

Ya Allah ! 
Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, 
Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu 
dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, 
aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, 
aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, 
maka ampunilah bagiku, 
maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau..

Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya..

dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, 
perbaikilah urusanku kesemuanya,
dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. 
Sungguh aku hambaMu yang penuh dosa dan noda 
dan aku bertaubat pada-Mu atas segala dosa yang aku lakukan.. 
Allahurabbi..Semoga taubatku ini diterima..amin..

Buat semua sahabat2 yang dikasihi kerana Allah, 
Saya yakin, saya tidak lepas dari melakukan dosa sesama manusia. 

Saya mohon maaf atas segala kekhilafan dan dosa 
yang pernah atau sedang saya lakukan terhadap kalian.
samaada sedar mahupun tidak. 
Sesungguhnya saya hanyalah hamba-Nya yang hina dan penuh dosa..
Jika ada sebarang hutang atau perkara yang belum selesai,
samaada dalam makluman saya ataupun tidak, sila emel saya.. 
Saya serius. Terima kasih semua.. Moga Allah memberkati kalian..

Sungguh, 
saya mahu berubah kepada yang lebih baik! 
Mohon sokongan kalian. 
Tegur saya jika saya tersilap. 
Maafkan saya jika saya salah. 
Mohon doa semuanya. 
Moga hari ini lebih baik daripada hari esok buat kita semua..


wallahualam..

Sunday, April 1, 2012

ANUGERAHKAN NIKMAT MU BERSAMA RAHMAT MU

Tuhan...
Aku pinta pada Mu
Anugerahkan padaku nikmat Mu bersama rahmat Mu
Janganlah Engkau kurniakan padaku semata2 nikmat tanpa rahmat
Rahmat Mu lebih utama dan besar dari nikmat Mu
Apakah ertinya nikmat tidak disertai dgn rahmat


Tuhan..
Setiap kebaikan yan aku buat
Aku tidak harap syurga Mu
Tapi yg aku harapkan adalah keredhaan Mu
Keredhaan Mu lebih mahal daripada syurga Mu


Tuhan..
Begitulah aku takut membuat dosa bkn krn takut dgn neraka Mu
Tapi aku takut dgn kemurkaanMu
KemurkaanMu lebih dahsyat dan hebat dari neraka Mu
Jadikan lah aku 
wahai Tuhan 
setiap ibadah yg aku lakukan mengharapkan rahmat Mu
Bukan mengharapkan syurga Mu


Jadikanlah juga aku takut membuat dosa bkn krn neraka Mu
Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa krn kemurkaan Mu
Tuhan biarlah apa yg aku buat krn Mu
Bkn krn syurga atau neraka Mu
Kerana Mu dan untuk Mu adalah keikhlasan yang paling tinggi
Itulah sifat org merdeka
Kerana syurga dan neraka masih terikat dgn kebendaan
Di sini tercacat sedikit keikhlasan...

Saturday, March 31, 2012

BUATLAH apa sahaja biarlah bersama Tuhan

Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan 
Laksanakanlah apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan 
Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana Tuhan sertakan di dalam perjuangan

Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan 
Tuhan adalah segala-galanya Ia modal hidup mati kita Ia aset yang kekal abadi 
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita 
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan 
Jangan cuba tinggalkan Tuhan, kita akan kecundang 
Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan
Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan 
Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam sebarang keadaan Jangan tinggalkan Tuhan! 
Jika Tuhan sudah ditinggalkan 
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan
Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan

Monday, March 26, 2012

ORANG BERTAQWA DI DALAM PIMPINAN ALLAH

Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasih-Nya
Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur 
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya 
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya 
Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian
Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya dosa-dosa kita pun diampun
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya 
Begitulah orang yang bertaqwa
Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya

Ini adalah atas perkongsian seorang insan yang amat saya hormati.
Saya sebarkan kepada semua pembaca,
moga kita mendapat ibrah dan sentuhan dari kata-katanya..
moga beliau juga mendapat pahala yang berpanjangan.

wallahualam~

Sunday, March 18, 2012

Aku berharap hanya kepada-Nya. Benarkah?


Aku berharap hanya kepada-Nya. Benarkah???

Hati seorang mukmin itu terus memandang Kuasa Allah dalam setiap hal baik dalam menggapai cita-cita atau dalam menyelesaikan masalahnya. (
Adakah aku seorang mukmin atau hanya bergelar muslim?) Allahurabbi....

Ketika hati ini besar harapannya dan hanya berharap pada Allah, dia akan merasakan semangat yan membakar, sentiasa optimis dalam mencari penyelesaian, dilimpahi nikmat dan kurnia, sentiasa mendapat sokongan, tidak rasa takut dan sedih. Orang mukmin seharusnya begitu. Dia harus melihat segala sesuatu dari sudut pandang kekuasaan Allah bukan dari sudut pandang manusia..

Sebagaimana rasulullah yang terus berjuang berdakwah selama bertahun tahun di Makkah. Meski di intimidasi, disakiti, dicaci dan dihina, Rasulullah tidak pernah menyerah. Saat bumi mekkah seakan akan telah tertutup Rasulullah pergi ke Thaif, Thaif tidak menerima Rasul balik ke makkah lagi berdakwah di tenda tenda haji hingga akhirnya Allah memberikan tempat di madinah. Rasulullah tidak pernah berhenti karena ia tahu bahwa jika Allah berkehendak memberikan kemenangan dan hidayah pada umatnya maka dalam sekejap pun bisa. Namun Rasulullah terus berikhtiar dan berjuang. Salah satu alasan kenapa Rasulullah tidak berhenti karena besarnya harapan pada Allah.

Kenapa harapan ini tidak Muncul?

1. Orang tidak mungkin berharap pada yang tidak ia kenal.
Hati ini tidak mungkin berharap sebesar besarnya pada Allah kalau tidak kenal dengan Allah. Mulut memang mudah untuk berkata dan otak kita kenal Allah, tapi bagaimana nak berharap sedang hati tidak kenal dengan Allah. Itulah yang disebut ma’rifatullah.
Kalau hati ini tidak mengenal dengan baik bahwa Allah Maha Kuasa, sebaliknya kita tertutup oleh hijab dunia maka yang kuasa itu jadi bos kita, atasan kita, mertua kita, teman kita, gaji kita, kewangan, dan bersiap siaplah untuk kecewa. Maka berharaplah pada Yang Maha Kuasa, hati kita akan menjadi lapang dan kita tidak akan pernah merasa buntu - tiada penyelesaian.
2. Jarang Zikrullah (mengingat Allah) sehingga sering ingat pada selain Allah

3. Kurang tajamnya memandang kehebatan atau kekuasaan Allah atas makhluk Nya.

Penyelesaian

Kenalilah Allah dengan lisan, fikiran dan hati kita. Rasakanlah kewujudan Allah dalam hati kita. Bukan sekedar kenal biasa tapi biarlah ia yang mendominasi fikiran (banyak menyebut dan mengingat-Nya). Kalau kita hanya kenal, tapi kalau tidak selalu mengingati dan menyebut nama-nama-Nya maka boleh jadi kita lupa dan hati akan terisi dengan yang lain.

Hasil Pengharapan pada Allah

  1. Tidak pernah merasa buntu atau hilang akal/jalan penyelesaian sehingga menumbuhkan optimisme.
  2. Merasa tenang dan bahagia kerana kita dapat merasakan sokongan dari Allah. Kenikmatan hidup itu sudah dirasakan dari awal sehingga jarang kecewa.
  3. Merasakan kemudahan dan kemudahan dalam setiap urusan.

Empat tahap pengharapan pada Allah

  1. Harapan untuk tegaknya agama Allah di muka Bumi. Ini merupakan harapan para Anbiya dan ulama.
  2. Harapan tegaknya Agama Allah di dalam diri sendiri
  3. Harapan memperoleh kebaikan dalam urusan dunia.
  4. Berharapnya orang yang banyak dosa untuk masuk surga dengan rahmat Allah. Berharap pada ampunan Allah.
Semoga kita termasuk antara orang-orang yang besar harapannya pada Allah dan hanya pada Allah.



Resume Kajian Tazqiyatun Nafs bersama Ustadz Muhsinin Fauzi, Lc, Ma di Masjid Al Amanah Kementerian Keuangan, Selasa, 26 April 2011
Reporter : Muhammad Irfan

Saturday, February 25, 2012

Kesedihan tanpa kawalan punca kehancuran insan

Satu daripada lintasan hati yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan manusia ialah 'kesedihan'. Jika tidak dapat dikawal dan dipujuk dengan sandaran wahyu, boleh jadi kesedihan itu menjadi punca kehancuran seseorang.
Ketika dunia mengalami krisis ekonomi global, tekanan hidup bukan hanya dirasai golongan miskin bahkan hartawan juga ikut terkena kesan kejatuhan raksasa kapitalis dunia. Orang mukmin tidak kira miskin atau kaya ikut sama merasai tekanan akibat situasi politik dan ekonomi yang membahayakan keselamatan harta serta jiwa mereka.

Tetapi, hanya mereka yang benar-benar teguh imannya boleh memenangi peperangan ini. Mereka yang berpegang dengan semangat reda atas putaran takdir yang berada dalam genggaman kuasa Allah. Mereka sentiasa mengingati pesan Allah yang dititipkan melalui al-Quran supaya orang mukmin reda dan berani menghadapi suratan kehidupan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Memang mustahil untuk tidak bersedih ketika diuji; kehilangan harta atau orang dikasihi, jawatan diidamkan atau kredibiliti diconteng dengan tinta fitnah tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, begitulah sunnah kehidupan yang tidak selamanya bahagia dan gembira, mesti ada kalanya ditimpa sedih dan sengsara.

Yang penting ialah kebijaksanaan kita memanfaatkan kesedihan itu menjadi potensi yang boleh melonjakkan kekuatan karakter mukmin sejati. Bukannya menjadikan kesedihan itu punca segala kehancuran atau pintu masuk syaitan ke dalam hati nurani.

Jika kita menyelami suara hati yang merintih, apakah keinginannya ketika tenggelam dalam kesedihan? Hati yang diserang sengatan syaitan akan berkata: "Malangnya nasibku, jika aku begini tidak akan jadi begini, aku sudah ditakdirkan menerima keburukan."

Hati yang sentiasa berdampingan dengan Tuhannya tidak mahu merintih dan mempersoalkan ketentuan Kekasihnya Yang Maha Rahman. Dia berkata: "Beruntungnya aku kerana masih ramai orang yang lebih teruk keadaannya dibandingkan diri dan keluargaku, mesti ada rahsia yang disimpan Allah demi untuk kebaikan agamaku, tidak patut menyalahkan sesiapa kerana itu hanya alat bukan sebab, semua takdir pilihan Allah tiada yang buruk dan jahat, semuanya baik bagi hamba-Nya yang memahami dengan hati yang beriman."

Untuk mendapatkan hati sebening mata air firdaus yang memandang segala ujian dengan pandangan iman, selayaknya kita mempelajari bahaya kesedihan dan kesannya dalam keperibadian kita. Antara kesan negatif kesedihan ialah:

Membuat jiwa kurang reda.

Ramai yang memiliki jiwa reda kepada Allah tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang masalah surutnya keredaan itu bersamaan dengan jatuhnya ujian ke riba. Tidak banyak, mungkin sedikit saja kalimah yang terlontar mewakili perasaan marah atau sedih. Tetapi justeru kalimah itu menurunkan tahap keredaan kita kepada Allah SWT.
Walaupun tidak hilang sama sekali, sepatutnya kita berhati-hati kerana mungkin dari celah yang sedikit itu syaitan akan mengambil peluang untuk masuk ke sudut hati dan akhirnya menguasai perasaan kita. 


Sabda Rasulullah SAW ketika memeluk putera Baginda, Ibrahim yang dijemput Allah ke sisi-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya mata ini menangis, namun kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredai Tuhan kami." ? (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Orang yang ditimpa musibah hendaklah memperhatikan setiap ayat diucapkannya dengan perhatian baik dan kawalan yang rapi. Kadang-kadang lidah tidak dapat ditundukkan. Ia menterjemahkan kesedihan hati dengan kata-kata yang tidak beradab kepada Allah seolah-olah mahu mempersoalkan kenapa Allah berbuat begitu dan begini? Padahal siapalah kita dibandingkan ilmu-Nya yang meliputi seluruh alam. Umpama si bodoh, dungu dan terencat akal yang berhujah di hadapan Yang Maha Alim.

Lupa akan nikmat-Nya.

Satu keburukan yang dilakukan seseorang, sering kali menghapus sejuta kebaikannya di mata manusia. Begitu juga seorang hamba yang dilimpahi rahmat dan anugerah tanpa putus dari saat hirupan pertama oksigen ke dalam jantungnya hingga nafas terakhir, tetapi apabila sedikit saja Allah menguji kesabarannya dia pun berpaling.


Dia tidak mahu menerima realiti yang harus dihadapi dengan berani, larut dalam kesedihan tidak berpenghujung sehingga membutakan mata hatinya untuk melihat nikmat Allah yang begitu banyak. Bolehkah kita melafazkan puji-pujian kepada Allah ketika sakit, hilang harta benda, pergi tak kembali orang istimewa, jatuh terjunam nama dan pangkat kita angkara kejahatan manusia? Bolehkah hati sentiasa bersyukur walau apapun yang terjadi dalam hidup ini?
Bukan hanya ganjaran akhirat yang diperoleh tetapi ketenangan hati juga dirasai ketika di dunia menapak jalan kesabaran. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para malaikat-Nya: Kalian telah mencabut nyawa buah hatinya? Mereka menjawab: Benar. Allah berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hamba-Ku? Mereka menjawab: Dia memuji-Mu dan mengucapkan istirja'. Allah berfirman: Binalah untuk hamba-Ku ini sebuah rumah di syurga dan beri nama 'Rumah Pujian'." ? (Hadis riwayat al-Tirmizi)



Mengeruhkan hubungan sesama insan.

Musuh boleh menjadi punca kesedihan. Setiap manusia mempunyai musuh, tetapi mereka mesti belajar menakluk musuh dengan cara diredai Allah. Mereka dituntut untuk mahir bergaul, bersaing dan berlumba mendapat kejayaan dengan cara bersih dan murni mengikut lunas syariat.

Adakalanya kekalahan menyebabkan kita sedih dan mengguriskan dendam di hati. Al-Fudail bin Iyadh berkata kepada sahabatnya yang mengadu disakiti oleh seseorang: "Maafkanlah dia. Sahabatnya itu menjawab: Hatiku tidak mungkin memaafkan. Al-Fudail berkata: Orang yang pemaaf dapat tidur di atas katilnya dengan tenang sedang orang yang membela diri tiada hentinya berfikir untuk membela dirinya, cara apa yang akan digunakannya dan jalan apa yang harus ditempuhnya, apakah perkataan yang akan dikatakannya untuk mengalahkan hujah orang itu. Sudah tentu ia akan gelisah dan tidak dapat tidur."
Kesedihan sebegini boleh menimbulkan penyakit hati, bahkan merosak jantung, menaikkan tekanan darah dan memecah ketenangan perasaan. Akhirnya menjejaskan kesihatan zahir dan batin. Kesedihan juga boleh mengeruhkan hubungan sesama manusia, pertalian orang tua dan anak menjadi tegang apabila kepala keluarga mengalami kemurungan. Suami dan isteri mesti menampilkan imej bahagia dan lupakan kesedihan ketika berada di hadapan pasangannya supaya kehidupan rumah tangga mereka terpelihara daripada anasir jahat.

Suami isteri yang berpengalaman dalam menjaga komunikasi biasanya cepat mengawal emosi dan menstabilkannya ketika berada bersama pasangannya.  Ingatlah nasihat Rasulullah SAW kepada Abu Bakar ketika peristiwa hijrah: "Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama kita." Makna daripada ungkapan Rasulullah SAW yang diabadikan dalam al-Quran ini seolah-olah memberi pengajaran kepada kita bahawa orang yang terjejas akibat kesedihan sebenarnya mereka ini jauh dari Allah.

Thursday, February 23, 2012

Rahsia Jari &Tubuh

Hari ni aku kongsikan rahsia penyakit melalui jari.. Aku dapat katne da lupa.. ni bukan dari aku la.. cuma dapat dari seorang kawan la.. jom2..jom kita pelajarinya!

As we know.. basically, jari sebelah tangan kita umumnya ada 5 jari okay. Ada juga insan istimewa yang Allah kurniakan kepadanya lebih daripada 5, ada juga yg kurang.. apa2 pun, sama2 kita panjatkan syukur kepadaNya kerana masih diberikan nikmat adanya tangan.

Alhamdulillah...

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

#Pray4Gaza