BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya.
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka
Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya
Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah
Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya
Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan Hatinya menangis atau matanya menangis Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan
Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus Untuk mengambus dosa-dosanya
Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri
Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang
Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri
Begitulah sikap seorang hamba yang baik....asz
Let's follow me!
Sunday, April 22, 2012
Thursday, April 19, 2012
Tazkiyatun Nafs
Tazkiyatun Nafs / Pembersihan jiwa - mujahadah berserta amalan2 kita yang ada roh Tazkiyatun Nafs - ialah pembersihan jiwa melalui amalan2 kita yang ada roh.
Amalan2 yang tiada roh, tidak ada pembersihan jiwa.
Ada orang lain bercakap ttg Tazkiyatun Nafs ialah perbanyakkan amalan, yang mana amalan2 itu yang akan membersihkan jiwa seperti zikir, wirid, sembahyang malam, taubat. TETAPI tidak disebut pembersihan jiwa hanya akan berlaku apabila amalan2 tadi disertakan dengan roh amalan tadi. Jadi walaupun banyak mana skalipun amalan, tapi tidak ada roh amalan, maka tidak akan berlakulah pembersihan jiwa. Dan kebanyakan amalan tiada roh ini ia berkait dengan amalan yang dibuat kerna menagih fadhilat.
Kuliah dulu;
1- Orang yg bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijabkan dia dengan Allah.
2- Apabila kita beribadah demi untuk mengejar fadhilat akan menjadikan kita lupa pada dosa2 kita, hilang rasa berdosa.
Jadi apabila berlaku hijab kita dengan Allah, dan apabila hilang rasa berdosa, maka bukan saja tazkiyatun Nafs tidak berlaku, malah hati menjadi semakin berzulmat. Itu adalah hasil daripada amalan yang tidak ada roh. Malah ia menjadikan kita bertambah subur mazmumah dalam hati. Jadi antara contoh bertambah subur mazmumah, kita rasa kita makin warak, makin tinggi darjat di sisi Tuhan, makin merasakan kita lebih baik dari orang lain, rasa lebih mulia dari orang lain, dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan sendiri.
Itu antara akibat2 amalan tanpa roh. Jadi kalaulah amalan kita tu berserta dengan tagihan fadhilat maka berhati-hatilah maka pasti tiada roh pada amalannya. Maka tidak berlakulah Tazkiyatun Nafs.

Monday, April 16, 2012
.:NOTA SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRANKU ESOK:.
Hari-hari berlalu..
Tak kusangka, esok bakal kulangkah ke pertambahan umurku.
esok: ulangtahun kelahiranku..
tidak mengapa jika anda tidak tahu.
bagaimanapun, kubersyukur padaNya atas kesedaran
bahawa umurku kian meningkat dan usiaku semakin singkat.
Jika kuimbas kembali masa laluku,
sungguh aku menyesal dengan masa laluku..
Kuharap penyesalan ini tidak terlambat, sebelum hari 'esok',
kerana setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya
maka akan ditanya bagaimanakah masa yang diberikan dihabiskan.
Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu
dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku,
aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan,
aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku,
maka ampunilah bagiku,
maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau..
Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya..
dengan rahmatMu aku memohon pertolongan,
perbaikilah urusanku kesemuanya,
dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.
Sungguh aku hambaMu yang penuh dosa dan noda
dan aku bertaubat pada-Mu atas segala dosa yang aku lakukan..
Allahurabbi..Semoga taubatku ini diterima..amin..
Buat semua sahabat2 yang dikasihi kerana Allah,
Saya yakin, saya tidak lepas dari melakukan dosa sesama manusia.
Saya mohon maaf atas segala kekhilafan dan dosa
yang pernah atau sedang saya lakukan terhadap kalian.
samaada sedar mahupun tidak.
Sesungguhnya saya hanyalah hamba-Nya yang hina dan penuh dosa..
Jika ada sebarang hutang atau perkara yang belum selesai,
samaada dalam makluman saya ataupun tidak, sila emel saya..
Saya serius. Terima kasih semua.. Moga Allah memberkati kalian..
Sungguh, saya mahu berubah kepada yang lebih baik!
Mohon sokongan kalian.
Tegur saya jika saya tersilap.
Maafkan saya jika saya salah.
Mohon doa semuanya.
Moga hari ini lebih baik daripada hari esok buat kita semua..
wallahualam..

Sunday, April 1, 2012
ANUGERAHKAN NIKMAT MU BERSAMA RAHMAT MU
Tuhan...
Aku pinta pada Mu
Anugerahkan padaku nikmat Mu bersama rahmat Mu
Janganlah Engkau kurniakan padaku semata2 nikmat tanpa rahmat
Rahmat Mu lebih utama dan besar dari nikmat Mu
Apakah ertinya nikmat tidak disertai dgn rahmat
Tuhan..
Setiap kebaikan yan aku buat
Aku tidak harap syurga Mu
Tapi yg aku harapkan adalah keredhaan Mu
Keredhaan Mu lebih mahal daripada syurga Mu
Tuhan..
Begitulah aku takut membuat dosa bkn krn takut dgn neraka Mu
Tapi aku takut dgn kemurkaanMu
KemurkaanMu lebih dahsyat dan hebat dari neraka Mu
Jadikan lah aku
wahai Tuhan
setiap ibadah yg aku lakukan mengharapkan rahmat Mu
Bukan mengharapkan syurga Mu
Jadikanlah juga aku takut membuat dosa bkn krn neraka Mu
Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa krn kemurkaan Mu
Tuhan biarlah apa yg aku buat krn Mu
Bkn krn syurga atau neraka Mu
Kerana Mu dan untuk Mu adalah keikhlasan yang paling tinggi
Itulah sifat org merdeka
Kerana syurga dan neraka masih terikat dgn kebendaan
Di sini tercacat sedikit keikhlasan...

Saturday, March 31, 2012
BUATLAH apa sahaja biarlah bersama Tuhan
Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan
Laksanakanlah apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan
Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana Tuhan sertakan di dalam perjuangan
Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya Ia modal hidup mati kita Ia aset yang kekal abadi
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan
Jangan cuba tinggalkan Tuhan, kita akan kecundang
Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan
Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan
Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam sebarang keadaan Jangan tinggalkan Tuhan!
Jika Tuhan sudah ditinggalkan
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan
Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan

Monday, March 26, 2012
ORANG BERTAQWA DI DALAM PIMPINAN ALLAH
Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasih-Nya
Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya
Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian
Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya dosa-dosa kita pun diampun
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah dia boleh membendungnya
Begitulah orang yang bertaqwa
Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya
Ini adalah atas perkongsian seorang insan yang amat saya hormati.
Saya sebarkan kepada semua pembaca,
moga kita mendapat ibrah dan sentuhan dari kata-katanya..
moga beliau juga mendapat pahala yang berpanjangan.
wallahualam~

Sunday, March 18, 2012
Aku berharap hanya kepada-Nya. Benarkah?
Aku berharap hanya kepada-Nya. Benarkah???
Hati seorang mukmin itu terus memandang Kuasa Allah dalam setiap hal baik dalam menggapai cita-cita atau dalam menyelesaikan masalahnya. (Adakah aku seorang mukmin atau hanya bergelar muslim?) Allahurabbi....
Ketika hati ini besar harapannya dan hanya berharap pada Allah, dia akan merasakan semangat yan membakar, sentiasa optimis dalam mencari penyelesaian, dilimpahi nikmat dan kurnia, sentiasa mendapat sokongan, tidak rasa takut dan sedih. Orang mukmin seharusnya begitu. Dia harus melihat segala sesuatu dari sudut pandang kekuasaan Allah bukan dari sudut pandang manusia..
Sebagaimana rasulullah yang terus berjuang berdakwah selama bertahun tahun di Makkah. Meski di intimidasi, disakiti, dicaci dan dihina, Rasulullah tidak pernah menyerah. Saat bumi mekkah seakan akan telah tertutup Rasulullah pergi ke Thaif, Thaif tidak menerima Rasul balik ke makkah lagi berdakwah di tenda tenda haji hingga akhirnya Allah memberikan tempat di madinah. Rasulullah tidak pernah berhenti karena ia tahu bahwa jika Allah berkehendak memberikan kemenangan dan hidayah pada umatnya maka dalam sekejap pun bisa. Namun Rasulullah terus berikhtiar dan berjuang. Salah satu alasan kenapa Rasulullah tidak berhenti karena besarnya harapan pada Allah.
Kenapa harapan ini tidak Muncul?
1. Orang tidak mungkin berharap pada yang tidak ia kenal.
Hati ini tidak mungkin berharap sebesar besarnya pada Allah kalau tidak kenal dengan Allah. Mulut memang mudah untuk berkata dan otak kita kenal Allah, tapi bagaimana nak berharap sedang hati tidak kenal dengan Allah. Itulah yang disebut ma’rifatullah.
Kalau hati ini tidak mengenal dengan baik bahwa Allah Maha Kuasa, sebaliknya kita tertutup oleh hijab dunia maka yang kuasa itu jadi bos kita, atasan kita, mertua kita, teman kita, gaji kita, kewangan, dan bersiap siaplah untuk kecewa. Maka berharaplah pada Yang Maha Kuasa, hati kita akan menjadi lapang dan kita tidak akan pernah merasa buntu - tiada penyelesaian.
2. Jarang Zikrullah (mengingat Allah) sehingga sering ingat pada selain Allah
3. Kurang tajamnya memandang kehebatan atau kekuasaan Allah atas makhluk Nya.
Penyelesaian
Kenalilah Allah dengan lisan, fikiran dan hati kita. Rasakanlah kewujudan Allah dalam hati kita. Bukan sekedar kenal biasa tapi biarlah ia yang mendominasi fikiran (banyak menyebut dan mengingat-Nya). Kalau kita hanya kenal, tapi kalau tidak selalu mengingati dan menyebut nama-nama-Nya maka boleh jadi kita lupa dan hati akan terisi dengan yang lain.
Hasil Pengharapan pada Allah
- Tidak pernah merasa buntu atau hilang akal/jalan penyelesaian sehingga menumbuhkan optimisme.
- Merasa tenang dan bahagia kerana kita dapat merasakan sokongan dari Allah. Kenikmatan hidup itu sudah dirasakan dari awal sehingga jarang kecewa.
- Merasakan kemudahan dan kemudahan dalam setiap urusan.
Empat tahap pengharapan pada Allah
- Harapan untuk tegaknya agama Allah di muka Bumi. Ini merupakan harapan para Anbiya dan ulama.
- Harapan tegaknya Agama Allah di dalam diri sendiri
- Harapan memperoleh kebaikan dalam urusan dunia.
- Berharapnya orang yang banyak dosa untuk masuk surga dengan rahmat Allah. Berharap pada ampunan Allah.
Semoga kita termasuk antara orang-orang yang besar harapannya pada Allah dan hanya pada Allah.
Resume Kajian Tazqiyatun Nafs bersama Ustadz Muhsinin Fauzi, Lc, Ma di Masjid Al Amanah Kementerian Keuangan, Selasa, 26 April 2011

Reporter : Muhammad Irfan
Subscribe to:
Posts (Atom)
#Pray4Gaza
Post by Strawberi Cinta.