Dalam seerah berkaitan peristiwa hijrah yg sentiasa disyarahkan mungkin sejak puluhan tahun yang lalu Nabi saw dan Abu Bakar ra telah menjadikan gua Thur sebagai tempat perhentian sementara sebelum berhijrah ke Madinah.
Perjalanan yg jauh & kritikal itu semakin mnguji apabila Arab Quraisy membuat satu tawaran yg hebat bagi sesiapa saja yg dapat mmbawa Nabi saw hidup atau mati...
Perjalanan Nabi saw dan Abu Bakar dipandu oleh Abdullah b Uraiqit yg merupakan seorang musyrik seperti yg disebut oleh para ulama hadis contohnya al Hafiz Ab Ghaniy al Maqdisiy dan disepakati oleh al Nawawi dan al Suhailiy.
Gitu juga bilasampai ke Madina, baginda Rasul saw telah menjalinkan hubungan dengan yahudi dalam keadaan mereka terkenal dgn sikap anti para nabi, penipuan & penganiyaan..
Adakah Nabi saw tak tahu tentang kejahatan mereka ??
Tentulah Nabi saw mengetahuinya tapi itulah keindahan Islam, buka ruang utk perbincangan & usahasama, asalkan tidak menggadaikan prinsip dan ..
Yang menariknya dlm liku seerah Nabi saw yg tercinta ramai ahli kitab yg akhirnya masuk Islam apabila dpt mengenali Nabi saw & Islam berkat muafakat yg terjalin..
Abdullah bin Salam, Ummul Mukminin Juwairiyyah bt al Harith, Ummul Mukminin Safiyyah bt Huyai dan Zayd bin Su'nah adalah sebahagian dari kaum Bani Israel yg telah memeluk Islam natijah usaha sama y dimeterai antara Nabi saw & kaum Yahudi..
Ertinya persefahaman dlm kedua bentuk kerjasama ini samada oleh Abdullah bin Uraiqit ataupun yahudi ..
kerjasama ini biarpun pada awalnya klihatan membahayakan Umat Islam tapi ternyata dihujungnya membuka ruang besar pada non muslim utk mengetahui keadilan & kebenaran Islam..
Atas prinsip ini tindakan PAS mewujudkan kerjasama dgn DAP adalah berpandukan episod tahaluf ( persefahaman ) spt yg dikemukakan dlm format zaman Madinah...
Jadi moga serangan2 oleh golongan juhalak yg tak memahami fiqh seerah ( inti sejarah Nabi saw ) ini terjawab dgn memahami prinsip ini.
Konteks negara berkebajikan pula tidaklah mengenepikan hasrat penegakan negara Islam yg selama ni menjadi niat PAS bahkan ia adalah suatu yg wajib ada dlm diri setiap muslim yg mukallaf, bukannya perjuangan PAS saja..
Tetapi dlm seerah Umar al Faruq ra baginda pernah memberhentikan perlaksanaan hudud semata2 meraikan keadaan ekonomi yg tak stabil bila kemarau berlanjutan mnybbkn masyarkat mencuri utk menampung kehidupan bukannya utk bermegah...
Sama seperti harini tentulah belum layak dikemukakan hudud dalam keadaan sebahagian besar dari kaum muslimun hidup di flat, gaji sebagai pemandu, pekerja bawahan menyebabkan ekonomi yg belum stabil..
Buktinya sila lihat mengapa begitu banyak tawaran pinjaman 'ahlong' yg ditampal dimana2 sahaja yg menunjukkan betapa ramai kalangan masyarakat yg terlibat mmbuat pinjamn utk mnyara hidup..
Saya meyakini tindakan PAS mniadakan Hudud adalah bersifat temporary mnampakkan kmatangan berpolitik ..
Nanti bila harta @ ketiadaan tol & berbagai kemudahan percuma yg selama ni bersifat harta dimiliki oleh segelintir golongan elit dipulangkan kpd masyarakat...
Harta negara da dibahagikan secara saksama tapi kalian masih lagi mencuri... Maka itulah yg layak dikenakan had ( tindakan ikut peruntukan jenayah )..
Ayuh mari beri PR peluang, cuma sekali ...
kerana ia adalah dibenarkan dlm peluang democracy yg jadi pengangan negara.,
Gambar di bawah adalah kajian oleh Imf, jangan sabotaj diri seperti komen orang yg buta mata hati..
Shared by Ustaz Zahazan Mohamed .
Let's follow me!
Saturday, April 27, 2013
Thursday, December 20, 2012
Wake Up
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Sekian lama menyepi...selepas mendirikan "masjid".. jarang sungguh aku menulis. Bukan sebab apa.. it's because of.. "L" illness.. orang jawa kata, penyakit "M". hihi.. Kesiannnn...blog sudah terlalu berat dengan sesawang. Ya Allahh.. aku rindu dengan diari ini! Aku ada jugak menulis, tp dalam buku jela. hand writing. Yang "M" sangat ni sebab penat nak mengadap laptop lama2.. hihi.. sorry u'olls..
Wake Up!!! Wake Up!!! It's time for clean up all the messes..Okay?!!
La ni usia perkahwinan aku dgn si dia tercinta, hampir mencapai 6 bulan.. Yeah, perkahwinan ni suatu anugerah yang Allah kurniakan untuk hamba-hambaNya. Alhamdulillah.. aku bersyukur sgt2 dengan perancangan Allah ini, yang sebenarnya aku sendiri tak sangka..it was happened to me!!
Erm..biasa la..bila bujang, mahu berdua.. Bila berdua, mahu bertiga... Setiap pasangan suami isteri semestinya mengimpikan keluarga yang lengkap bahagia, sakinah, mawaddah, wa rahmah.. Ada anak, cucu dan keturunannya.. Begitu juga aku dan suami, dan kamu yang membaca juga, kan??? Sape taknak...keluarga bahagia sampai ke syurga..kan, kan, kan???
So..back to our 1 to 2, 2 to 3...etc.
Dalam tempoh hampir 6 bulan mendirikan rumah tangga, tp kami belum lagi dikurniakan zuriat.. :'( Sape kata tak sedey? mestila sedey sebab kita manusia biasa.. cuma.. it's how we manage and face it! Macam biasa.. We as a slave, just follow and thank to God's plan. In other hand, kite jugak kena berusaha.. macam exam.. kita tawakkal dengan usaha yg terbaik, hasilnya, kita serah kepada Allah.. it's very simple, right?!
Anyway..., semuanya mudah untuk dikatakan, tp bukannya mudah untuk menghadapinya.. Hanya sesiapa yang diujiNya sahaja yang mengetahui sebenar-benar keadaannya. Apa-apapun, aku bersyukur kepadaNya.. kerana Dia telah kurniakan aku terlalu banyak nikmat..
Yang PERTAMA dan UTAMA semestinya nikmat Iman & Islam. Nilainya tidak terhitung.. infiliti daripada infiniti syukur bagi 2 perkara ini. Yang lain?
★ Kasih sayang Emak Abah dan keluarga yang terbaik di dunia.
☆ Rezeki..makan minum, alhamdulillah la masih boleh makan untuk meneruskan hidup.
★ Kesihatan. Alhamdulillah.. allah beri kesihatan yang baik. tak perlu duduk kt wad, dll.
☆ Suami yang baik. hensem. comel.
★ .... infiniti ...kalau nak list mmg xmenang tangan la, kan~ sedangkan,
Allah Swt. berfirman, “Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (QS. Al-Kahfi: 109)
semuanya...mcm usia, masa ,lapang, sihat, hidup, semuanyalah nikmat dari Allah.. Kalau xde semua tu.. what will happen to us? Subhanallah.. Sungguh Maha Hebat Tuhan kita.. Dialah yang Maha Kaya, Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.
Manusia merancang, Allah juga merancang.. dan, sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah. Selepas bergelar sebagai seorang isteri, eceli baru aku realize.. kehidupan rumahtangga ni banyak dugaan dan cabarannya. Kenapa aku cakap mcmtu? Sebabnya selepas berkahwinlah, aku terdedah dengan pelbagai situasi hal suami isteri.. mcm sekarang yang aku lalui.. zuriat. sebelum ni, aku fikir macam senang je nak dapat anak. sebab tgk emak abah aku, diorg ada 10 orang anak termasuk aku. 2 orang Kakak aku yang dah kahwin pun, masing2 dah ada 3 orang anak.. Sweet sgt.
Situasi aku berlainan sket. sebab aku kahwin skali dgn kkk aku. So...kalau sorang dah ada, mesti orang akan compare2.. lantak korang la kalau nak compare ke hape ke.. tp buat masa ni, kkk aku pun belum ada apa2 berita lagi. tu aku masih steady lagi.. usaha2 jugak..tp sambil rilex2 je.
Dalam hati, kalau ada, biarla sama2 ada.. hehe.. nikah sama2.. ngandung sama2.. ini barula adik kakak sejati namanya! koh3.. Ish2..Ape2 je aku ni.. semuanya kan ketentuan Allah..
Rezeki, Jodoh, Ajal, Maut, semuanya ditangan Tuhan... Kita sebagai hamba, WAJIB Redha dan Bersyukur dengan segala perancangannya, sebab segala perancangannya adalah yang terbaik untuk kita! :)
“Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (QS. Al-Baqarah: 269)
Friday, October 26, 2012
I'm really appreaciate it!
Baca tajuk je dah tahu apekebede aku nak tulis hari ini.. Disebabkan aku belum bercerita tentang hari perkahwinanku, aku nak selitkan sikit walaupun hari ni, genap 6 bulan usia pernikahan aku. Ape la yang nak selit2 ni..kan da lepas.. 6 bulan pun da berlalu.. ahahah.. saje je sambil2 nak menulis nie. hihi
U know what, Part yang paling aku suka adalah, ramai kawan2 yang datang memeriahkan majlis.. Kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, dan UKM. Eceli aku x expect pun ramai yang akan datang. sebab aku tahu masa sesuai.. masing2 sibuk nak studi sebab next weeknya, da start final exam. Tp alhadmulillah.. masa nikah ramai yang datang.. masa kenduri pun ramai... Hadiah pun banyakkk.. Alhamdulillah..
Errmm..time majlis nikah, part yang tak dapat aku lupekan adalah.... jeng3... apekah ia?? lepas selesai akad nikah.. pengantin baru, saksi kena tandatangan borang2.. mase tu.. BLACKOUT! hahaha.. tibe2 je gelap .. know what, abah tambah 2 bilik baru..pastu, masa tu guna over current.. tu blackout jap tu. dekat 10 minit jugak nak terang balik. sibuk masing2 keluarkan torchlight n lilin.. perghh...romantik jgk majlis akad nikah berlampukan lilin. hihi...
ni sekitar majlis akad nikah
ni pulak gambar sekitar majlis walimah
Gambar kawan2 masa walimah tak dapat diselitkan. Terima kasih, saudara-mara aku, kawan2, sahabat2, jiran tetangga dan kesemuanyalah yang hadir!! I love u all..
Sunday, May 20, 2012
Utusan Raja Sehari
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt buat semua rakan blogger yang mengenali diri yang tak berapa nak dikenali ni.
Kalian dijemput hadir ke Majlis Tautan Hati antara
saya , Muslimah binti Marsi
dengan pasangan, Affandi Abdul Rahman
pada masa dan tempat yang dinyatakan berikut
Tarikh: 27 Mei 2012
Tempat; Lorong Haji Salleh, 86100 Ayer Hitam, Johor.
di sini disertakan sekali kad undangan buat kalian.
Moga dengan kehadiran kalian memeriahkan lagi dan menambahkan lagi keberkatan majlis, insyaAllah.
Saya mohon doanya semua..
Tautan Hati
Sunday, April 22, 2012
PENGUMPAT TIDAK TAHAN DIUMPAT
ORANG yang selalu mengata orang
biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang
biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan
dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat hendak mengata
dan mengumpat orang
Kalau dia dikata dan diumpat orang,
dia tidak begitu terasa apa-apa
Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata,
kerana dia manusia yang lemah juga
Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri
Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas
di atas kejahatan orang itu
Begitulah seterusnya orang yang sombong,
pantang orang lain sombong dengannya
Kesombongan orang lain terhadap dirinya,
dia tidak sanggup menerima cabaran
Di sini baru kita faham, orang yang nampaknya
macam berani dan garang,
selalu sahaja mengumpat orang
dan sombong dengan orang
Sebenarnya jiwanya tidak kuat,
tidak mampu kena cabar
Di sebalik nampaknya garang
tersembunyi sifat penakut dan pengecut
Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendah
sebenarnya jiwanya kuat
Di sebalik ketenangannya
tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran-ASZ.

BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya
BAGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya.
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka
Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya
Setiap lepas mengerjakan ibadah hatinya sentiasa sedih dan susah
Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya
Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan Hatinya menangis atau matanya menangis Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan
Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus Untuk mengambus dosa-dosanya
Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri
Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang
Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri
Begitulah sikap seorang hamba yang baik....asz

Thursday, April 19, 2012
Tazkiyatun Nafs
Tazkiyatun Nafs / Pembersihan jiwa - mujahadah berserta amalan2 kita yang ada roh Tazkiyatun Nafs - ialah pembersihan jiwa melalui amalan2 kita yang ada roh.
Amalan2 yang tiada roh, tidak ada pembersihan jiwa.
Ada orang lain bercakap ttg Tazkiyatun Nafs ialah perbanyakkan amalan, yang mana amalan2 itu yang akan membersihkan jiwa seperti zikir, wirid, sembahyang malam, taubat. TETAPI tidak disebut pembersihan jiwa hanya akan berlaku apabila amalan2 tadi disertakan dengan roh amalan tadi. Jadi walaupun banyak mana skalipun amalan, tapi tidak ada roh amalan, maka tidak akan berlakulah pembersihan jiwa. Dan kebanyakan amalan tiada roh ini ia berkait dengan amalan yang dibuat kerna menagih fadhilat.
Kuliah dulu;
1- Orang yg bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijabkan dia dengan Allah.
2- Apabila kita beribadah demi untuk mengejar fadhilat akan menjadikan kita lupa pada dosa2 kita, hilang rasa berdosa.
Jadi apabila berlaku hijab kita dengan Allah, dan apabila hilang rasa berdosa, maka bukan saja tazkiyatun Nafs tidak berlaku, malah hati menjadi semakin berzulmat. Itu adalah hasil daripada amalan yang tidak ada roh. Malah ia menjadikan kita bertambah subur mazmumah dalam hati. Jadi antara contoh bertambah subur mazmumah, kita rasa kita makin warak, makin tinggi darjat di sisi Tuhan, makin merasakan kita lebih baik dari orang lain, rasa lebih mulia dari orang lain, dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan sendiri.
Itu antara akibat2 amalan tanpa roh. Jadi kalaulah amalan kita tu berserta dengan tagihan fadhilat maka berhati-hatilah maka pasti tiada roh pada amalannya. Maka tidak berlakulah Tazkiyatun Nafs.

Subscribe to:
Posts (Atom)
#Pray4Gaza
Post by Strawberi Cinta.