Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, March 11, 2014

Misteri Kehilangan Mas MH370

Hari demi hari.. aku mengikuti update tentang kehilangan pesawat MH370.. Setiap kali sidang media, aku akan cuba untuk mengikuti perkembangannya..Alhamdulillah, ulasan dan perbincangan yang aku sertai, banyak memberikan aku pengetahuan tentang pesawat, penyelenggaraan, penerbangan dan ilmu-ilmu lain.. Terima kasih.. Namun, setelah 3 hari aku seperti nak muntah mendengar segala update, khususnya sidang media. 
Kenapa? Sebabnya aku rasa setiap kali sidang media, benda yang diperkatakan adalah berulang-ulang. Apa yang dimahukan langsung tidak muncul. Persoalan media tidak terjawab. Masih dalam pencarian.. masih dalam penyiasatan. aduh! bosan! Kalau langsung takde update, xperlu la buat sidang media banyak kali. Nak muntah! Maaf ya, xpatut aku nyatakan begitu. Tp tu la.. itu yg aku rasakan. Astaghfirullahal'azim..

Aku sedar, semua pihak jadi buntu akan hal ni. Aku juga berdoa agar segala usaha dipermudahkan Allah. Moga MH370 selamat di bawah jagaanNya.

Monday, March 10, 2014

Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?

Tulisan Umum
10 Mac 2014 

Apakah Negara Sudah Hilang Keberkatan?

Bila musibah datang melanda, kita sering diajar untuk bermuhasabah. Dalam bermuhasabah, kita mencari di manakah punca berlakunya suatu musibah itu, kita meneliti di manakah silapnya dan apakah hikmah di sebalik kejadian. Begitulah se-eloknya.

Sebelum saya teruskan penulisan ini dengan lebih serius, ingin saya kongsi bahawa ketika ini terpapar di papan televisyen perlawanan di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long dalam aksi badminton final All-England. Chong Wei sedang mendahului dengan kiraan 13-7, dan dalam gaya yang menguasai permainan.


Sunday, March 9, 2014

Hanya Allah Mengetahui Segalanya - Tafsir Surah Al-An'am: 59

Manusia, ada ilmu, ada kuasa, ada usaha... ada segala-galanya.Namun,jangan dilupa, segala yang ada pada manusia adalah terhad..terbatas.
Kerana segala-galanya milik Pencipta Agung, Tuhan yang Maha Berkuasa..lagi Maha Bijaksana. Sedangkan jasadnya juga pemilikan sementara.. hanya pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal abadi.. Kekuasaan dan pengetahuan adalah milik mutlak Allah S.W.T.. Dengan kata lain, kekuasaanNya dan PengetahuanNya tiada had dan takkan tercapai di akal manusia.
Kat sini aku kongsikan penulisan seorang yang aku kagumi, yang semestinya bermanfaat buat kita semua..In shaa Allah..

Saturday, March 8, 2014

Berita tergempar: Pesawat Boeing 777-200, MH370 hilang

Seusai menonton Tanyalah Ustaz TV9. Aku dan suami menonton MHI.. kami dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), boeing 777-200, MH370 hilang dari radar dan tidak dapat dikesan. 

Ya Allah...terkejut dan tertanya-tanya bagaimana ia berlaku. Moga MH370 berserta penumpanng dan anak kapal berada dalam lindungan Allah.. amin.



Monday, March 3, 2014

Khas buat suami tercinta


Affandi Abdul Rahman.. 
suatu nama yang dahulunya asing bagi aku. 

************************************************************
Dia mula kukenal apabila aku menyertai suatu program..
di mana dia merupakan senior di kampus, dan merupakan 
unit disiplin dalam program tersebut.
Dalam menyertai program tu
aku merasakan dirinya sangat2 menjengkelkan
kerana karakternya yg terlalu tegas dan sangat garang sepanjang program..
almaklumlah...unit disiplin~
ishhh...xsuke la duk dalam program tu kalau dia ada.
ada part program dia tak ada. 
kalau sampai part dia, rasa amat takut dan berdebar-debar je hati ini. 
serius, btul2 STRESSS!!!

Tuesday, February 25, 2014

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi

BERLINANGAN AIR MATA WAKTU MEMBACANYA...
SEMOGA MENJADI CONTOH BUAT KITA SEMUA....

MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi. 

Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013. Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat untuk kita bersama.

~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~

Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.

Monday, February 10, 2014

Pesan / petua Imam Syafie untuk yg bergelar lelaki

Moga ada menfaatnya....

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


#Pray4Gaza