Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Saturday, May 9, 2009

coretan buat insan bergelar sahabat...

_______________________________________________________________________________________


assalamualaikum..

aku terfikir untuk menulis di sini..
tentang seseorang yang bernama sahabat,
tentang seseorang yang bernama kawan,
teman, membe, dan rakan..
perkataan yang berbeza..
tp mempunyai maksud yang sama..
realitinya..
setiap orang mempunyai perspektif
yang berbeza untuk membezakannya..
pada aku..
mereka adalah sama..
iaitu orang yang hadir mewarnai kehidupan aku
mewarnai dengan pelbagai warna..
warna ceria, warna duka, warna kecewa, warna bahagia..
terlalu banyak untuk aku luahkan segala warna yang kau coretkan..
tp..xkira warna apa pun,
aku sangat2 gembira dapat mengenali kamu semua..
aku bersyukur padaNya kerana menganugerahi kamu
xkira sama ada sebagai
teman, sahabat, kawan, membe,atau rakan..
ALHAMDULILLAH, ya Allah..

Sahabat,
kamu mengajar aku erti kehidupan..
hm..ya, semestinya keluargaku
telah mengajar tentang itu,
tp aku benar2 mengenali dunia
ni bila bertemu kamu..
xkira pengalaman manis..seperti madu,
pahit seperti hempedu..
dan bermacam-macam jenis rasa kulalui denganmu..
TERIMA KASIH, sahabat..

aku masih ingat lagi...
sewaktu ak tabika..
bila pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan kecil itu..
aku tak mengenali kamu..
seorang dari kamu, aku tak kenal..
bila hari berlalu..kita semakin mengenali..
kita semakin rapat..
betapa bahagianya hidup berteman...berkawan...
kita bermain buaian bersama..
membentuk tanah liat bersama..
aku gembira.. aku suka..
..sungguh kelakar waktu itu..
kita sama2 tak mengenali erti malu..
macam2 karenah kita..
aku sering terkenang kisah kita dahulu..
walaupun tak banyak yang ak ingati..tp,
buat kisah kita buat aku tersenyum sendiri..
rasa semacam nak mengulang kembali detik itu..
(hehehe...)
aku rindu kamu, sahabatku!!!!!!


hm..bila kita semua berpisah..
msg2 membawa diri memasuki sekolah kebangsaan,
aik???? kamu juga ada di sini???
mmg kita dijodohkan utk mnjd teman sepermainan..
persahabatan kita semakin akrab bila antara kita
ditempatkn dalam 1 kelas yg sama..
aku tersenyum..
aku gembira..temanku..sahabatku sentiasa di sisi..
aku tahu kau jua begitu..
aku menyenangimu..kamu jua begitu..
tapi..pada sudut lainnya..
ada timbul ketakpuashatian antara aku dan kamu..
biasa lah..hidup ni..
ada duri ranjaunya..
tiap2 org ade klbhn pada sudut yg berbeza..
namun..ak gembira dan bangga ada kamu sebagai teman..
di sini juga..aku kenali sahabat baru, teman baru...
aku sgt gembira..hidupku tidak sunyi darapada telatah kamu, wahai teman..
kecerian wajah ini adalah dari kamu,
bkn shj dari kasih sayang kedua ibubapaku, dan adik beradikku..
tp jua dari kamu!!!
terima kasih sahabat...
ak ingat lg..bila kamu ada mslh..kita sama2 kongsi,
kita sama2 saling berdoa dan meminta padaNya untuk mempermudahkan segalaNya..


biasalah..dimana ada pertemuan disitu ada perpisahan,
pabila selesai sudah menduduki UPSR..
kita brpisah lg..tp aku gembira..krna
kita bertemu lg di sekolah menengah..:)
namun sbahabat..
semua berbeza..
bkn spti di sklh rendah @ tadika..
kita berpecah..kita bkn 1 kls lg..
di sini kulihat dunia ini semakin besar buatku..
alhamdulillah, Ya Allah....
aku bersyukur padaMu,
kau kurniakan aku ramai sahabat..
kenalanku bertambah..
semakin bertambah warna..
pelbagai warna kehidupan kamu coretkan..
ceria..ketawa gembira...
dan ada juga yang pedihhhh!! perit tuk kutelan..
namun...antara kamu ada sahabat yg sejati..
kamulah yg sentiasa menemani aku..
ketika aku susah n senang..
namun..aku xmengharapkan semua menjadi yang terbaik untukku..
kerana aku tahu..kau mahu membuka mataku ttg realiti kehidupan..
dunia ini penuh dgn ujian dan dugaan..
yg tak terfikir dan terlintas
bahawa aku akn menghadapinya..
terima kasih sahabat..
aku akn ingat selalu kebaikanmu itu..

sahabat..
ingat lagi x?
apa yang kita lalui ketika ini???
teralu banyak pengalaman kita lalui bersama..
terlalu banyakkkk..
sukar untuk aku luahkan di sini..
kenangan kita melakonkan "Penunggu Pusaka"~
aku actor sebagai mak teh..lucu!
aku ingin ulangi kembali detik itu..
hehehehehe..(merepek la plak..sori :p)

erm..masa berlalu....dan berlalu..
kini...,
masing2 membawa haluan sendiri..
aku sedih..dimana kamu, sahabatku???
kamu sering berdiam diri..
mungkin kamu ada tanggungjawab lain
yang perlu diutamakan..:)

aku kemudiannya bekerja..
mencari pengalaman sebagai seorang "promoter"
aku kenali kamu..yang lain dr sahabatku yang lain..
namun disini juga kutemui sbht lamaku..
rakan sekerja~ dia juga sahabatku..
walaupun berbeza latar belakang..
mmg..mmg terlalu banyak perbezaan antara kita..
aku tahu..kau sukakan kebebasan..
dan kamu terlalu bebas..
aku...sedih..kerana hidupmu begitu..
benar kata ibuku..
diluar terlalu banyak anasir.."iman kena kuat...jangan mudah terpengaruh..
jaga perlakuan..ingat tanggujawab terhadapNya, jgn tinggal solat..dll~
ingat,Allah sentiasa memerhatikan kamu
"
fuhh! betapa mencabarnya dunia ni, ya Allah..
jgnlah engkau menguji dan membebani dgn bebanan yg xtermampu oleh kami..Kau permudahkan segalanya buat kami, Ya Allah..
setelah itu..
aku meneruskan pencarian ilmuku di kolej matrikulasi..
aku kenali pelbagai jenis manusia,
dari bilik, ldk, praktikum, blok asrama..dan kolej itu sendiri..
aku ada menyertai persatuan remaja islam matrikulasi (KARISMA~)..
disini..aku kenali insan yang benar2 membuatkan aku tertunduk..
aku malu padamu sahabatku..malu kerana kamu terlalu baik buatku..
kita berbeza..aku cuma insan biasa..ku xlayak utkmu...
walaupun kita tak rapat ketika itu..kita bukan shbt karib..
namun pertemuan sekali seminggu itu..
membuat diriku terisi..dengan pelbagai cerita, pengalaman dan kata-kata (ilmu)..
ku ingat lg..kata-kata ini..
Wanita Ibarat Epal..
Epal yang tak berkualiti amat senang
diperoleh karena ia berguguran di tanah.
Tapi epal yg tak mampu dibeli berada di
puncak..Susah dipetik..susah digapai..
Terkadang epal itu risau.kenapa diriku
belum dipetik?
Lantas ia merendahkan
martabatnya...menggugurkan diri
menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah
jdkan begitu tinggi martabatnya shgga
tiada siapa berani memetiknya..
Hanya pemuda yang benar2 hebat shaja
yang mampu..
Mungkin bukan di dunia,tapi di Akhirat..

Sahabatku...jadilah wanita yang tinggi
martabatnya..jgn begitu mudah
menyerahkan segala..demi cinta dan kasih
syang yang belum mampu membahagiakan..
BIARLAH Jodoh bukan di dunia asalkan
CINTA ILAHI menanti...


terima kasih atas permata kata ini..

1tahun berlalu...
1tahun pencarian ilmuku di kolej yang penuh dengan kenangan..
kenangan...yang sukar dicoretkan kembali~ (ke dah tak ingat? hehe)
kini..aku telah berada di menara gading~
sebuah universiti yang menjadi kebanggaan negara kita.. [ceh! peace! =)]
salah 1 lubuk ilmu yang selama ini menjadi impian sewaktu kita bersekolah dahulu..
alhamdulillah, aku bersyukur padaNya..memakbulkan doa kita...
aku bersyukur padaNya..
aku tidak sangka..aku telah berjaya menjejakkn kaki di sini..
kenapa aku memilih universiti ini sebagai lokasi pencarian ilmu???
aku pun tak tahu..namun gerak hati yang mengatakan 'ya' untuk tempat ini..
benar-benar menguji kekuatan mindaku..menguji fizikalku..
dan..aku mula sedar..bila aku terjumpa kamu,
shbtku..insan yang baru kukenal di matrikulasi dahulu~
dunia ini memang kecil..
kemana-mana ku dicampakkan..
di situ jua kamu berada.. :)
di lubuk ilmu ini..
kuberkenalan dengan ramai teman..kawan..
sudah pelbagai agenda kita lakukan bersama..
dari sekecil-kecil tugas...
sehingga sebesar-besarnya (xla besar mane pun! ngeee~)
masa kian berlalu..walaupun kita baru setahun di sini..
banyak juga perubahan yang berlaku antara kita..
kita tak seperti semesra dulu..
tangjungjawab kita semakin bertambah setiap masa..
aku fahami kamu..aku harap kamu juga memahamiku..

sahabat..
kamu tahu, aku telah memilih 1 jalan..
jalan yang menyedarkan siapa aku di sini..di dunia ini..
sebelum ini aku sedikit alpa tentang ini...
aku memandang enteng.. (atau mungkin aku xbersedia???)
namun sahabat..kini aku telah bersedia..
merungkai segala ketakbersediaanku untuk berubah..
untuk mengubah sedikit imejku..
kutahu..kamu tahu tentang itu..
kamu sedar..penampilanku bukan lagi seperti dulu.. (dulu agak "otai")
aku tahu kamu rasa aku telah berubah..
dan tidak mahu bersahabat dgnmu????
atau mungkin kau fikirku begitu..
tidak sahabat, kamu tetap sahabatku..
dan aku juga masih sahabatmu..
kau tahu, "bila sekali kukenal kamu,kamu sahabatku...
jika kamu bersikap dingin terhadapku..kamu tetap sahabatku.
dan BILA AKU BERSAHABAT..SELAMANYA DIA SAHABATKU"
aku harapkan kita tetap bersahabat..kekal bersahabat..
sampai bila-bila..insyaAllah...
_______________________________________________________________________________________

aku amat menghargaimu, sahabatku..
bila kususah, kamu menolongku..
bila kamu susah, aku berusaha menjadi yang terbaik untukmu..
walaupun aku mempunyai ramai kenalan..
tetapi, aku akui..aku tak ramai sahabat karib..
"KARIB"~ yang 'close' di mana aku, di situ kamu..
(yang selalu orang kata SAHABAT SEJATI~)
tahla..aku sebenarnya tidak mahu membezakan antara kamu...
kerana..kamu yang mengisi ruang diariku..
ruang diariku yang kosong..kamulah yang coretkan segalanya..
tiada kamu..tiada coretan oleh insan bergelar sahabat..
bagaimanapun..sebenarnya, setiap kamu memang berbeza...
berbeza sikap dan cara..berbeza pandangan dan pemikiran..
xpe, xmengapa..perbezaan itu membuatkan otakku berfungsi...

ya..benar! aku suka berkawan..
aku syg kawan2ku..teman2ku..semuanya..
tak kira..walaupun dahulunya dia seorang pemonteng kelas~
walaupun kini dia xberada denganku...
dalam pencarian ilmu di menara impian..
walau kamu bekerja mencari rezeki..
tak mengapa, sahabatku..
aku tak kisah semua itu, sahabatku..
asalkan kamu berada di landasan yang benar..
asalkan kamu ingat akan tanggungjawabmu terhadapNya..
asalkan rezeki yang kamu cari itu..
rezeki yang halal..
asalkan kamu sentiasa mentauhidkanNya..
asalkan apa yang kamu lakukan itu jelas tiada salahnya disisi syariat Islam..
__________________________________________________________________________________________

sahabat...
sama2lah kita...

Hiasi interface wajah dgn menundukkan pandangan,
Jaga monitor pancaindera dgn perkakasan keimanan,
Defrage ketulan hati dgn asuhan Al-Quran dan zikrullah,
Scandisk amalan dgn uswatun hasanah,
Clean up partition dosa-dosa lama dgn taqarrub pdNYA..
Scan virus hasutan iblis laknatullah dgn
benteng iman dan keyakinan pdNYA,
Refreshla kecintaan hakiki pdNYA dgn segera dan
selalu memohon keampunan NASUHA,
Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.
Restart la kehidupan sementara yg
seakan-akan temporary internet files
yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda
clear history lama dalam recycle bin dunia..
ayuh.. restartla atau ctrl + alt + delete
segala kegelapan jalan yang dilalui..
gantikan dgn sinar baru dgn restart dan
letakkan password admin IMAN sebagai benteng menghalang syaitan,
iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
SEGERALAH..sebelum hayat hidup kita
di SHUTDOWN oleh Allah TANPA AMARAN


kudoa kamu berjaya dan berbahagia didunia dan diakhirat..
kuberdoa hidup kita dirahmati dan diberkatiNya..

jika aku pergi...
kutakperlukan tangismu...
ku takperlukan ratapmu..
ku hanya harapkan..
doamu untukku...
kamu teruskan perjuangan ini..

aku memohon maaf atas segala salahku..
segala silap kata, dan perlakuanku
yang membuatkan kamu tidak senang denganku,
ketahuilah..aku gembira ada kamu..
terima kasih atas segalanya..
halalkan makan minumku..
terima kasih atas segala tunjuk ajar kamu..
segala ilmu yang dikongsikan bersama..
dan segala masa yang kita habiskan bersama~

salam ukhwah..salam dakwah,
salam perjuangan buat insan bergelar sahabat..

wallahualam~

13 comments:

  1. khas buat:
    pelajar skkd, sab18, smkdm, saah, kmj, ukm~
    dan kepada semua yang mengenali

    ucapan:
    terima kasih atas persahabatan ini..
    sedarlah bhw, aku sentiasa mengingati kamu semua..insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Salam... adik abg penat nk baca semua. Tapi agak touching lah.. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. hahaha..pnjg ekh? hehe..yup..pnt agak pnat nk wat..tp puas hti dpt luahkn sgle2nye..:)

    erm..ps: xlupe juge kwn2 PUM~
    tak kira negeri mana~ :)
    rakan2 TUNAS BISTARI, xkira dr sklh mne..
    but it esp to smkTS~
    miss all of u!

    ReplyDelete
  4. huhu..hbat btol..padat n touching..nak nangis pun ade..nak gelak pun ade..tp mmg best lah bace bende ni..tak sia2 la jengok blog ni..ade bakat jd penulis novel ni..

    ReplyDelete
  5. yeke?? waa..best2..mmg da ade rse nk menulis gak.tp xde la nk publish.hhihi
    wat novel sendiri..bace sendiri..hahahaha
    nk share ngan kwn2 kt blog jela,ek..
    tp perlukn pembacaan yg lebih lg..:p
    thanks pg!

    ReplyDelete
  6. Adik kembang lah tu kena puji.. Haha!

    ReplyDelete
  7. Takdir Pertemuan Sahabat adalah Ketentuan tuhan.. Kita x penah Merancang..
    Oleh Itu Sahabat Itu Hadiah.. Hargainya..

    ReplyDelete
  8. yup! SAHABAT (kerana dirimu, begitu berharga~)
    hehehe...maceh ats komen2..
    tp klu ade nk kutuk,kutuk je..
    sbb pnjg gler kot.
    xksh..tu akn jd kutukan membina..hehe..
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. post la lg coretan muslimah anda n came2....

    ReplyDelete
  10. munshiii..panjang la...aq xlarat nak baca..aq baca yg memole2 je....hihihi...

    ReplyDelete
  11. salam.. musi, wooo.. panjang nye penat den nk bace, tp tersentuh gak..hemm bagus2..

    ReplyDelete
  12. salam...mus!!btol2 touching r..meleleh air mate..huhu..seb bek dpt cover klu x rmte nmpak..malu den..smge ukhwah kte berpanjangn k..sayang ko!..huhuhu..

    p/s:kekalkanlah penampilan MUSLIMAH..act,aku tkjut PLUS HAPPY nmpak ko td!!siyes mus!!alhamdulullah..aku btol2 salute ngn ko..smge kte same2 tetap pendirian n bakal jadi bidadari syurga..ameen...

    ReplyDelete
  13. sayang kamu juga, tq huriyyatuljannah.
    insyaAllah..doakan kita sama2 istiqamah~
    ukhwah fillah..:)

    ReplyDelete

#Pray4Gaza