Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, June 5, 2009

WANITA HIASAN DUNIA LELAKI

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa
sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan
perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi
yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s.
tetap rindukan Siti Hawa. .....

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau
puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang
bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau
lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu
nak meluruskan mereka. Tak loGik kayu yang
bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang
ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu
rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan
dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN
HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN
KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN
MENDERITA

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan
masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat
yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN
DENGAN ILMU. HATI SERAPUH KACA,
KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN
SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN
AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka
akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan
terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun
tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana
menteri negara ataupun women gladiator. Bisikkan
ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana
rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan,
karyawan, jutawan dan "wan-wan" lain. Tidak
akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita
yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur
dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan
akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh
diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN
OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN
YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-
BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH
MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai
boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun
akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan
bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka
dunia akan huru-hara. Bila tUlang rusuk patah,
rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula
jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita
menuju Allah,

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU
KEPADANYA.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah
segala-galanya dibawah pimpinan kita.

link to:teori evolusi cinta

1 comment:

#Pray4Gaza