Let's follow me!

Lawati Kedai Qaseh Gold Online

Friday, July 31, 2009

Siapa aku sebenarnya???

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama juga aku tidak menulis di sini.. Aku sedar..terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu aku pikul sebagai seorang manusia, khalifah, hamba Allah, dai'e, mahasiswa, juga seorang anak, sahabat, dll.. Aku rasa bertanggungjawab untuk menulis tentang ini buat tatapan dan renungan sahabat, pembaca, dan teman sekelilingku..juga untuk peringatan buat diriku sendiri~
SIAPA AKU?? SIAPA KAMU???
Sebenarnya, dulu persoalan ini yang sering timbul bila aku rasa diri aku kosong..
"Ape yang kosong???" aku tahu, soalan ni yang akan timbul dalam minda kamu.
ya..sahabat, teruskan pembacaan ini.. pernahkah kamu tertanya..
"SIAPA AKU SEBENARNYA DI DUNIA INI??? APE SEBERNARNYA TANGGUNGJAWAB AKU?? SUDAH SESELAIKAH TUGAS DAN AMANAH YANG MENJADI TANGGUNGJAWAB AKU DI DUNIA NI????"

Bila soalan ini diajukan kepada sesetengah orang..mereka yang masih belajar seperti aku biasanya akan menjawab dengan jawapan yang lebih kurang sama.. "aku pelajar universiti" tugas aku: belajar rajin-rajin, sentiasa berusaha untuk mendapatkan dekan setiap sem, kemudian bekerja dengan gaji yang tinggi, mempunyai keluarga yang bahagia..

Pernah tak persoalan itu hinggap di dalam hati dan minda kalian??? aku tahu sahabat, mesti pernah terdetik persoalan itu timbul walaupun sekali. hmm...mari kita sama-sama renung dan muhasabah diri kita~ tak dinafikan, fitrah setiap manusia inginkan kebaikan, kesejahteraan, dan kebahagiaan..jadi, buktikan ia!!! sahabat, setiap manusia ada kekurangannya.. tapi..jangan...jangan sesekali menjadikan ia sebagai sebab untuk tidak memperbaiki diri!! cubalah untuk sentiasa memperbaiki diri kita masing-masing.. disamping itu...kita perlu saling ingat mengingati..tegur menegur sesama kita..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

SURAH AL ASR


1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.


SURAH AN NAS

1. Katakanlah (wahai Muhammad):Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia.
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


jangan lupa, kita dijadikan di dunia ini untuk apa???? untuk beribadah dan mengHAMBAkan diri kepadaNya..kita adalah khalifahNya..
jangan sempitkan fikiranmu, wahai sahabat. beribadah bukan hanya SOLAT, BERPUASA, ZAKAT, dll..tetapi, segala perlakuan baik kita yang berniatkan keranaNya(ikhlas) adalah dipanggil ibadah. Belajar juga adalah ibadah..namun, sekarang kita bukan lagi pelajar..kita adalah MAHASISWA. hebat bunyinya! Jadilah mahasiswa yang terkehadapan. belajar mencabar diri. Ya..ya..aku tidak kehadapan pun..namun, sedarkah kita, Gejala sosial yang berluasa menjadi barah dalam masyarakat Islam. apakah puncanya??? Justeru itu, siapa yang bertanggungjawab untuk membantu menghapuskan segala jenayah dan gejala songsang itu???? KITAlah sahabat..KITA!! mengapa aku katakan kita?? walaupun kita bukan seorang menteri, bukan seorang yang berkerja sebagai pendakwah bebas..yang sering kita katakan lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah seperti ini..kamu tahu, kita adalah khalifahNya..kita semua bertanggungjawab atas masalah itu. sama-sama kita fikir-fikirkan...
"jangan ditanya apa yang kita dapat dari ISLAM, apa yang telah DIA beri kepada kita (kerana nikmat yang Dia kurniakan tidak terhitung banyaknya)?? namun tanyalah pada diri, apa yang telah aku lakukan untukNya, untuk ISLAM (agama yang syumul)"

aku akur...aku juga banyak kekurangan dan perlukan sahabat-sahabat untuk memperbaiki segala kekurangan. mari kita sama-sama saling membantu antara kita.
Buka minda, Berjihadlah dijalanNya. Takbirrrr!!!!!


~ISLAM UNTUK SEMUA~

3 comments:

  1. Kebiasaan manusia hidup hanya untuk diri mereka sendiri. Belajar dari sekolah sampai universiti kemudian habis universiti kalau boleh nak la kerja dengan kerajaan. Kerja dengan kerajaan dari muda sampai tua kemudian pencen dan meneruskan sisa-sisa hidup dengan duit pencen sampai mati. Entah apa sumbangan kita kepada Islam kalau hidup macam tu.

    Saya nak menyeru kepada anda semua untuk menjadi orang yang bebas kewangan. Supaya kita mampu untuk 'support' apa saja gerakan Islam dan berjihad.

    Memang wang bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya ada wang. Nak berjihad kenalah ada duit dan yang paling penting ilmu.

    Kita semua boleh menyumbang dan berjihad untuk Islam. Tak kisahlah kita pelajar bidang agama ke, muzik ke, media ke, ekonomi ke, perubatan ke, kimia ke, fizik ke, biologi ke, politik ke. Yang pastinya semua bidang tu boleh untuk turut sama menyumbang kepada Islam.

    KEEP ON ROCKIN'!!!

    ReplyDelete
  2. syukran atas komen tu..ana sokong 100%!! :-)

    ReplyDelete
  3. I am really touched by the sound from the boys. Could I have the name of the group and a translated version of what they are saying?

    Shukran....

    can e-mail me at rayhanm@tigertechnics.com

    ReplyDelete

#Pray4Gaza