Usai solat maghrib berjemaah bersama adikku..
di rumah keduaku; surau FKAB..
Aku menghantar Ros ke kolejnya..
Seperti biasa, malam-malam..
seringkali juga aku menghantarnya ke kolejnya
tanpa memakai helmet..
Dan seperti biasa juga, selepas waktu pejabat,
aku akan melalui canselori, lebih dekat..
daripada melalui dektar...
tak disangka-sangka,
ramai pegawai keselamatan berada di sana,
mengadakan pengawasan..
Ya Allah...macam mana ni,
macam-macam ayat dibaca dalam hati..
supaya urusan dipermudahkan..
'kuda' yang kutunggangi masih terus mendekati mereka..
pegawai yang bertugas mengarahkan aku untuk memberhentikan kapcaiku..
Adus!~ desis hati...
apa aku nak buat nie..
Muka yang slumber mengikut sahaja apa yang diarahkan pegawai tersebut..
Kad Matrik! Yang belakang ni, kenapa tak pakai topi keledar??
err...er...otak mula berfungsi..
mencari alasan untuk melepaskan diri..
ish..ish..ish...hang terok, imah!
tak baik camtu..kalau dah buat salah, akui sahaja la...
kan kawan2???
jangan ikut perangai yang teruk ni..(>_<)
tanpa disedari...
ada sesuatu perkataan yang keluar dari mulut ini..
serius, tak sedar!!! otak masih berfikir,
tetapi mulut telah menjawab persoalan pegawai tersebut..
(anda ingin tahu?? maaf, ianya rahsia)
Fuhhhhhh!
terkejut! Ape yang aku da cakap kat pegawai ni
sampai dia boleh melepaskan aku begitu sahaja?~~
Aku sangat-sangat bersyukur..
Kuasa Allah, sapa yang tahu..
Alhamdulillah...
Dia mengajukan soalan-soalan seterusnya untuk kami..
kami menjawabnya dengan baik..
Ok lah..saya lepaskan kamu.
Lain kali, pakai helmet. Kalau tak, memang dah kena saman ni!
BAIK Pak Guard! Terima Kasih!
Lain kali kami tak buat lagi..peace!~
"Kami sebenarnya wondering..
macam mana boleh terlepas??
sedangkan ia memang suatu kesalahan.
humm..namun, setiap orang perlu sedar akan hal ini..
tiada yang mustahil bagi Allah..
Kejadian tadi merupakan kejadian yang tidak disangka-sangka,
agak lawak, berbaur cuak..
bisalah...manusia biasa..
memang merasa perkara yang sama..hehehe..
tapi, berserahlah kepadaNya..
moga-moga Dia memudahkan segala urusan.."
**Pakai helmet memang kena pakai..
tapi jangan yakin bahawa helmet itu yang akan menyelamatkan kamu..
jika kamu selamat dalam sesuatu perjalanan sekalipun
bersyukurlah padaNya..
kerana hanya Dialah yang berkuasa menyelamatkan kamu..
bukan helmet@perkara lain..
"Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseroang,
maka Dia akan memberinya ujian" (direkodkan oleh Bukhari)
Helmet hanyalah undang-undang..
salah satu usaha atau "precaution"...
bukan untuk mengelak disaman semata-mata..
tapi juga untuk mengurangkan risiko kecederaan/kecelakaan
apabila ditakdirkan terlibat dalam sesuatu kemalangan..
namun, ia tidak pernah menjamin keselamatan anda..
Sedarlah, jika kamu lengkap dengan segala precautions sekalipun,
jika Allah berkehendak untuk kamu menghadapi sesuatu kecelakaan
(untuk menguji keimananmu),
kamu tidak pernah akan pernah terlepas..
Sesungguhnya segalanya dalam kekuasaanNya..
maka bertawakkallah kepada-Nya..
Sebelum melakukan sesuatu, yakinlah padaNya..
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimeen
ps: Kisah ni memaniskan ukhwah antara saya dan ros..
kenangan tau!~ Kemanisan ukhwah tidak dapat dirasai
dengan hanya mendengar/membaca, namun ia perlu dilalui... :)
Moga Allah pelihara ukhwah ini...
hahaha....(^_^)mintak mangap pakcik guard..
ReplyDeletenak gelak boleh..haha..lucu adik2 sy ni..(^_^)v
ReplyDelete