Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Saturday, April 27, 2013

PRU13: Jangan jadi golongan Buta mata hati

Dalam seerah berkaitan peristiwa hijrah yg sentiasa disyarahkan mungkin sejak puluhan tahun yang lalu Nabi saw dan Abu Bakar ra telah menjadikan gua Thur sebagai tempat perhentian sementara sebelum berhijrah ke Madinah.

Perjalanan yg jauh & kritikal itu semakin mnguji apabila Arab Quraisy membuat satu tawaran yg hebat bagi sesiapa saja yg dapat mmbawa Nabi saw hidup atau mati...

Perjalanan Nabi saw dan Abu Bakar dipandu oleh Abdullah b Uraiqit yg merupakan seorang musyrik seperti yg disebut oleh para ulama hadis contohnya al Hafiz Ab Ghaniy al Maqdisiy dan disepakati oleh al Nawawi dan al Suhailiy.

Gitu juga bilasampai ke Madina, baginda Rasul saw telah menjalinkan hubungan dengan yahudi dalam keadaan mereka terkenal dgn sikap anti para nabi, penipuan & penganiyaan..

Adakah Nabi saw tak tahu tentang kejahatan mereka ??

Tentulah Nabi saw mengetahuinya tapi itulah keindahan Islam, buka ruang utk perbincangan & usahasama, asalkan tidak menggadaikan prinsip dan ..

Yang menariknya dlm liku seerah Nabi saw yg tercinta ramai ahli kitab yg akhirnya masuk Islam apabila dpt mengenali Nabi saw & Islam berkat muafakat yg terjalin..

Abdullah bin Salam, Ummul Mukminin Juwairiyyah bt al Harith, Ummul Mukminin Safiyyah bt Huyai dan Zayd bin Su'nah adalah sebahagian dari kaum Bani Israel yg telah memeluk Islam natijah usaha sama y dimeterai antara Nabi saw & kaum Yahudi..

Ertinya persefahaman dlm kedua bentuk kerjasama ini samada oleh Abdullah bin Uraiqit ataupun yahudi ..

kerjasama ini biarpun pada awalnya klihatan membahayakan Umat Islam tapi ternyata dihujungnya membuka ruang besar pada non muslim utk mengetahui keadilan & kebenaran Islam..

Atas prinsip ini tindakan PAS mewujudkan kerjasama dgn DAP adalah berpandukan episod tahaluf ( persefahaman ) spt yg dikemukakan dlm format zaman Madinah...

Jadi moga serangan2 oleh golongan juhalak yg tak memahami fiqh seerah ( inti sejarah Nabi saw ) ini terjawab dgn memahami prinsip ini.

Konteks negara berkebajikan pula tidaklah mengenepikan hasrat penegakan negara Islam yg selama ni menjadi niat PAS bahkan ia adalah suatu yg wajib ada dlm diri setiap muslim yg mukallaf, bukannya perjuangan PAS saja..

Tetapi dlm seerah Umar al Faruq ra baginda pernah memberhentikan perlaksanaan hudud semata2 meraikan keadaan ekonomi yg tak stabil bila kemarau berlanjutan mnybbkn masyarkat mencuri utk menampung kehidupan bukannya utk bermegah...

Sama seperti harini tentulah belum layak dikemukakan hudud dalam keadaan sebahagian besar dari kaum muslimun hidup di flat, gaji sebagai pemandu, pekerja bawahan menyebabkan ekonomi yg belum stabil..

Buktinya sila lihat mengapa begitu banyak tawaran pinjaman 'ahlong' yg ditampal dimana2 sahaja yg menunjukkan betapa ramai kalangan masyarakat yg terlibat mmbuat pinjamn utk mnyara hidup..

Saya meyakini tindakan PAS mniadakan Hudud adalah bersifat temporary mnampakkan kmatangan berpolitik ..

Nanti bila harta @ ketiadaan tol & berbagai kemudahan percuma yg selama ni bersifat harta dimiliki oleh segelintir golongan elit dipulangkan kpd masyarakat...

Harta negara da dibahagikan secara saksama tapi kalian masih lagi mencuri... Maka itulah yg layak dikenakan had ( tindakan ikut peruntukan jenayah )..

Ayuh mari beri PR peluang, cuma sekali ...

kerana ia adalah dibenarkan dlm peluang democracy yg jadi pengangan negara.,

Gambar di bawah adalah kajian oleh Imf, jangan sabotaj diri seperti komen orang yg buta mata hati..


Shared by Ustaz Zahazan Mohamed .

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza