Cuti memang seronok inilah saat dinanti untuk meluangkan masa bersama yang tersayang malah dapat melepaskan tekanan yang dihadapi di tempat kerja mahupun di sekolah bagi pelajar khususnya

Bagi sesetengah orang, pelbagai rancangan diatur dalam minda mereka. Belum pun masuk tahun baharu pelbagai aktiviti yang dirasakan boleh dilakukan dengan keluarga ataupun rakan sepanjang cuti yang menjadi pilihan itu akan dirancang dengan teliti
Kalender Cuti Umum 2015 Dan Takwim Sekolah Malaysia Seluruh Negeri
Untuk merancang percutian perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di Malaysia.. Manakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2015 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia