Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Saturday, August 15, 2009

i'm not afraid to stand alone...~

7.50pg: baru sahaja aku bersiap nak ke kelas,
tiba-tiba..1 masej masuk;
"kelas dibatalkan pada pagi ini,
namun kelas ganti petang tetap akan diadakan.."

uh?? aku tidak rasa itu adalah satu berita gembira,
kerana aku telah bersiap sedia untuk ke kelas tersebut.
aku bertekad untuk ke fakulti dan merancang untuk menyiapkan
laporan ujikaji yang perlu dihantar isnin minggu hadapan.
aku pergi ke bilik gerakan persatuan..berada di sana menyiapkan laporan,
sambil melayari internet.

10.30pg: aku pergi menemani sahabatku menjalankan tanggungjawabnya di "ketams". kemudian kami ke pusanika membeli buku..selepas itu, kami merancang untuk makan tengahari bersama, namun munusia hanya merancang..kami tidak dapat melaksaakan perancangan kami. sahabatku pulang ke rumahnya, dan aku kembali ke fakulti.

12.30: ..malang tidak berbau, aku mendapat 1 lagi masej pembatalan kelas ganti petang. aku berada sorang di bilik pematra..menyambung membuat laporan dan kadang-kadang aku rasa kesunyian.. "i'm alone~" status ym aku.
"BUZZ!!!" terkejut aku mendapat respon dari sahabat perjuanganku,...
dia bertanya, sorang je? kemudian dia memberiku pilihan untuk mendengar lagu
"Allah knows"..aku pernah dengar sebelum ni..tapi, aku kurang menghayati,
sedang keseorangan, aku mendengar lagu tersebut..aku rasa terharu.
aku suka dengar lagu tu..dan sekarang, aku dah pun update blog dan menjadikannya lagu pagi blog aku..untuk setakat ni, aku mahu berkongsi dengan sahat sekalian untuk menghayati lagu tersebut..sangat best!!! selain lagu Allah knows, sahabatku juga rekemenkan aku lagu.."i'm not afraid to stand alone"

bila dengar 2-2 lagu tu..aku jadi bersemangat kembali :-)
JADI..pesanan aku buat sahabat2..
bila kamu rasa keseorangan..boleh dengarkan lagu tu, fikran rasa dekat denganNya.
tapi..seperti biasa, kalau antara kita rasa keseorangan, banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita buat untuk mengelakkan rasa 'sunyi' tu..
antaranya: berzikir, berselawat, membaca Quran @ terjemahannya, dll..

buat sahabat dan diriku juga, bila kita rasa keseorangan..
selagi kita berada pada syariatnya..
ingatlah kata-kata ini..
u'll never walk alone, and Allah will always by our side


No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza