Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Sunday, August 23, 2009

mencari yang halal~

Usai berbuka dan solat maghrib, aku terlihat buku yang tertulis “Mencari yang Halal”. Kecil bukunya. Buku ini dicetak sempena kempen “Mencari Yang Halal” oleh persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama i4Islam.com; cetakan pertama Oct 2006.
“Sesungguhnya ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan kita dan tidak terkecuali masalah makanan. Oleh yang demikian bagi kaum muslimin, makanan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak fizikal, namun berkaitan rohani, iman juga ibadah.”

Aku membelek dan melihat kandungannya. Aku sangat senang membaca buku seperti ini. Aku sangat berbangga dengan kewujudan PPIM yang telah wujud sejak Jun 1997 oleh masyarakat dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan semua pengguna khususnya Islam. Namun, aku amat sedih kerana aku baru aku sedar aktiviti persatuan ini. (“Teruknya???!! Persatuan ini sudah lama wujud, tapi ko baru tahu apa yang persatuan ni buat??”. “Haah, dulu aku ada dengar gak kewujudan persatuan seperti ini, tapi aku tak nampak pulak ape yang diorang dah wat.huhu “) Maaf atas segala kekurangan aku..dulu, aku tak berminat nak ambil tahu semua ni. Sebab tu aku tak tahu langsung ape aktiviti persatuan ni. Waktu sekolah rendah dulu, aku tak reti “main internet”, yang aku tahu tengok tv je. Ape-ape pun, yang dari tv jela aku tengok. Baca akhbar pun tak selalu. Bukan apa, aku bukan tidak berminat, tapi dulu aku jenis yang malas menyelidik. Yang aku tahu apa yang perlu aku lakukan ialah, belajar, solat, makan, tido,menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah, tapi ada aspek lain yang aku alpa. dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain walaupun dahulu aku bergelar pengawas perpusatakaan 4tahun berturut-turut sebelum menjadi pengawas sekolah. Ya, aku tersangat malu bila bicara tentang masa silamku yang tidak sedar tentang perjuangan sebenar dalam kehidupan.
Berbalik kepada buku tadi (“Mencari yang Halal”); aku nak berkongsi dan bongkar segalanya dengan sahabat sekalian tentang apa yang telah aku peroleh dari buku ni. mungkin antara kalian pernah mendengar tentang apa yang akan ku coretkan berdasarkan buku tersebut, namun ku coretkan kembali untuk ingatan bersama.

BAB 1: CARILAH PRODUK YANG HALAL, BERSIH DAN SUCI

Firman Allah SWT yang bermaksud: “wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana syautan itu adalh musuh yang terang lagi nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah : 168)

“Sesungguhya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Di antara keduanya terdapat syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Sesiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas(dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar haiwannya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa(kerajaan) memiliki daerah telarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah terlarang milik Allah itu adalah apa sahaja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah sluruh tubuhnya, tidak lain tidak bukan itulah HATI.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam memilih makanan harian, kebanyakan antara kita lebih mengutamakan khasiat zahir makanan tersebut (seperti kandungan vitamin, protein) tanpa mengambil kira kehalalannya. Tabiat seumpama ini biasanya timbul daripada kejahilan dan sikap kurang menghiraukan ajaran Islam walaupun telah dijelaskan hukumnya.

Halal: perkara yang diharuskan dan diizinkan oleh syarak; dan perkara tersebut bebas dari bahaya. Ia dibenarkan serta tidak terlarang pengambilannya/penggunaannya dalam Islam.

Haram: perkara yang dilarang oelh syarak dengan sebenar-benar larangan. Bagi sesiapa yang melanggari apa yang telah diharamkan ini akan mendapat azab akhirat dan kemungkinan akan mendapat hukuman syarak di dunia lagi. Dalam hal makanan, antara makanan yang diharamkan dalam Al-Quran ialah babi, darah, bangkai, dan minuman yang memabukkan (cth: alkohol). Segala makanan yang mendatangkan kemudaratan adalah dilarang (diharamkan) dalam Islam. Sebarang produk yang dicemari sumber haram juga secara tidak langsung adalah juga diharamkan pengambilannya dan penggunaannya.

Makruh: Perkara yang dibenci syarak tetapi tidak berkeras dalam larangan ini. Ia adalah lebih ringan dari perkara haram. Orang yang berbuat perkara makruh tidak dikenakan hukuman seperti orang yang melakukan perkara haram. Kecuali orang yang melakukan perkara makruh secara berterusan dan tidak mempedulikan (memandang enteng) akan perkara makruh, maka dikuatiri dengan itu akan membawa pelaku makruh kepada HARAM jika memudaratkan. Oleh itu, perkara makruh hendaklah dijauhi.

Syubhat: perkara yang samar-samar (was-was) di antara halal dan haram; perkara yang disyaki menimbulkan keraguan dan bolah dipersoalkan. Yang mana, perkara tersebut bolah jadi halal dan boleh jadi haram.

Harus: perkaran yang tidak dilarang dan tidak digalakkan oleh syarak.
Dalam hal makanan pemakanan; kita tahu bahawa makanan mempunyai kesan yang kuat terhadap peribadatan kita. Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kita sebagai umat islam wajib peka terhadap penjagaan dan pengawasanmakanan kita. Tanggungjawab bersama ini merupakan amanah yang mesti ditunaikan, tidak kiralah kita sebagai pemerintah atau yang diperintah. Mudah mudahan kita semua terhindar dari azab Allah dan tidak termasuk dalam golongan yang derhaka kerana melanggar ketentuan hukum Allah SWT.

Kita semua perlu sedar, sungguhpun kadangkala hasil makanan diperbuat dari bahan yang halal, namun proses pembuatannya mungkin boleh diragukan. Contohn ya; menggunakan daging (lembu/ayam) hasil dari penyembelihan yang tidak mengikut lunas Islam, penggunaan alcohol , pinggan-mangkuk, dan cara pembersihan. Terdapat kesan sampingan binatang yang haram dimakan apabila dicampur ke dalam makanan walaupun sebagai penambah (perisa) makanan.

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza