Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, September 15, 2009

ada apa dengan POCO-POCO??

Sedih hatiku mengenangkan waktu jahilku dahulu..
berkaitan tarian poco-poco ini...adakah anda tahu tarian poco-poco?
ya!sudah tentu! tarian yang amat aku gemari ketika dahulu..
tarian yang bukan main seronok bila dijadikan pengisian program-program yang aku ikuti semasa tahun 1 dahulu. sungguh memalukan! (x_x)

ada apa dengan poco-poco??

Poco-poco. Secara jujurnya aku tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ni,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat aku,membuatkan aku tersentak dan terkejut sebentar.
Mari sama-sama baca emel ini:

"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.."

MasyaAllah...penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon
keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara
ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....

5 comments:

  1. Kalau benar ianya merupakan upacara keagamaan maka memang jelas haram tanpa keluarkan fatwa pun. Tapi sejauh mana kesohihannya? Apa pun tinggalkan yang ragu dan tidak bermanfaat. Poco-poco ada manfaat ke? Xda kan? So tinggalkan ye =)

    ReplyDelete
  2. Kami tengok banyak video poco-poco di YouTube tapi kami tidak nampak bagaimana pergerakan tarian poco-poco itu yang membentuk salib. Apapun, tarian poco-poco ni memang tak elok pun pada pandangan mata kami apatah lagi kalau perempuan yang buat tarian poco-poco ni. Setakat ni video poco-poco di YouTube banyak dari Indonesia & Malaysia je, takde pulak yang dari Filipina. Kami takkan jadikan kami kelihatan bodoh dengan melakukan tarian poco-poco ni.

    ReplyDelete
  3. erm.. tarian poco2 ni dari filipina rupenye. erm.. ye ke?? rase perkara mcm ni perlu di kaji semula. huhu.. erm kalau fikir2 betul2... mmg pergerakan dia mem bentuk simbol salib.. baru perasan la.. ya Allah.. senjata kristian skrg.. mcm senjata dia guna..

    ReplyDelete
  4. oo tk pasan pulak ada tnda salib.
    sblm ni tk penah tgk org menari penuh tarian ni.

    ReplyDelete
  5. Salam..Asas pengharaman biasa diletakkan pada dalil dan nas yang kukuh dan nas yang kukuh biasanya terletak pada isu akidah...Dalam hal ini isu akidah cuba diketengahkan dan saya cuba memberikan pendapat saya

    Bagi menjawab persoalan syirik, syirik ialah menduakan Allah. Dalam tarian poco2, tiada iktikad atau niat atau perbuatan yang jelas(seperti membuat cross di dada) yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh syirik.

    Malahan pada saya harus menari tarian ini kerana tarian ini cara menarik bagi menggalakkan semua orang pada setiap golongan untuk bersenam....Berlainan dengan yoga yang mana ritual yoga itu sendiri mempunyai pendekatan berbentuk ketuhanan, yang mana yg ini baru dikatakan berkait dgn akidah.

    Menjawab persoalan ini, saya menjawab persoalan yg dicetuskan dgn beberapa qias. menjawab persoalan tarian itu digunakan semasa sembahyang org kristian, adakah penulis pasti bahawa tarian itu adalah cara mereka sembahyang? Atau tarian itu cuma seperti choir yang mencukupkan masa mereka di gereja? Jika demikian, saya ingin mengambil qias lilin di gereja...lilin popular digunakan di gereja, dan lampu tinggi(yg tergantung pada ceiling) juga dimulakan di gereja..Tetapi lilin dan lampu gantung digunakan secara meluas oleh orang Islam dan di masjid2,mengapa? Kerana tiada unsur akidah atau ibadah atau akhlak yang terlibat dengan penggunaan lilin, malah ia juga memberi faedah dan kebaikan kepada manusia. Jadi begitulah pendapat saya ttg poco2.kalau persoalan agama seperti ini timbul, saya rase penggunaan huruf T(cross) adalah lebih menyentuh isu akidah, dan bukan isu yg boleh dirungkai seperti ini. Jika kerana step itu ia haram, maka step itu boleh diubah..

    Dalam isu ini saya mengambil qias dalam isu muzik..Pada zaman jahiliah muzik merupakan satu medium yang membawa kepada kelalaian.Namun setelah Islam, Rasulullah tidak pula mencantas org2 Ansar untuk berhibur kerana Rasulullah tahu mereka suka berhibur dan Rasulullah merai'kan hiburan dengan mengubah cara hiburan itu sendiri..

    Jika hiburan yg dapat membawa kebaikan itu boleh dirai dgn cuma mengubah bentuknya, saya rasa poco2 lebih mendatangkan banyak kebaikan kerana ia satu senaman, dan ia boleh diubah cara perlaksanaannya..

    Ini berbeza dgn yoga kerana yoga adalah ibarat satu ritual...Wallahua'lam

    Saya bukan ingin membela poco2 cuma saya sedih kenapa kita terlalu mudah men"syrikkan" org lain sedangkan kita masih belum cukup ilmu ttg sesuatu...

    dan haram kepada sesiapa yang bercakap menegakkan suatu hujah tanpa dia punya ilmu ttgnya.Wallahua'lam

    ReplyDelete

#Pray4Gaza