Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, January 5, 2010

Politik dengan Kehidupan


Aku baru pulang dari satu kursus kepimpinan baru-baru ini. Kesannya, aku jadi berminat untuk mendalami ruang politik. Ruang "politik"..bila orang berbicara tentang politik, orang lain akan bertanya, "ko nak jadi calon ke?" ada juga yang rimas dengan perkataan politik dan sentiasa menyatakan "politik kotor! jijik!"~ aku nak jelaskan di sini, berpolitik bukan hanya menyertai pilihanraya, menjadi calon mahasiswa, dll..tetapi realitinya hidup manusia memang tidak lari dari politik.
contoh: si ibu membawa anaknya ke kedai runcit. Si anak meminta ibunya mainan. si ibu tidak mahu membelikannya. kemudian, si anak menangis untuk mendapatkan mainan yang dikehendakinya. akhirnya si ibu membelikan mainan tersebut. Nah! itu dia politik. Rakan-rakan sedar atau tidak, dahulu sebelum kita ditiupkan roh kedalam jasad, roh kita berjanji telah bertemu dengan Allah, dan roh kita berjanji akan menjadi khalifah dan menghambakan diri kepadaNya. Itu juga politik. erm..aku faham kenapa ramai golongan yang tidak meminati politik, kerana dahulu aku juga begitu. politik yang mereka maksudkan adalah politik yang dilihat melalui parti politik. walauapapun sebab dan musabab, aku pulangkan persoalan (POLITIK=KEHIDUPAN. Benarkah??) kepada pembaca sekalian. :-)

Kembali kepada Kursus Kepimpinan Bakal Calon, pendekatan yang dibuat oleh HEP sempena Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa yang akan berlangsung tidak lama lagi, adalah sangat baik dan digalakkan untuk mengenalpasti potensi dan kemampuan bakal-bakal pimpinan mahasiswa universiti. Seramai 166 orang yang menyertai Kursus ini.Setiap slot yang ditentatifkan sangat berguna untuk menjadikan mahasiswa lebih memahami halatuju UKM. Namun, pada pandangan dan perspektif aku, tidak aku nafikan bahawa kebanyakan slot yang disampaikan tidak jauh objektifnya seperti BTN. Kenapa aku berpandangan begitu??? Tidak perlu aku sampaikan di sini. Apa yang aku harapkan rakan-rakan mahasiswa tidak hanya menerima sahaja. mahasiswa perlu peka dan sensitif dengan segala ucapan dan doktrinisasi yang dikenakan. Pandangan dan pemikiran setiap orang berbeza-beza, jadi aku kira tidak salah untuk aku meluahkan pendapat dan pandangan. dan aku juga tidak marah jika orang lain berbeza pandangan. pada aku, pandangan dan pendapat tiada yang salah dan betul. ia berdasarkan kefahaman dan pegangan individu itu sendiri. semua itu adalah hak individu. tetapi diharapkan setiap individu yakin dengan pembawaan pandangan dan pendapat yang dipegang. Yang penting sekali, pastikan pegangan yang diyakini itu tidak lari dari Pencipta yang Maha Kuasa.
PEACE! (^_^)v

3 comments:

  1. kaLAu aku, aku akan meniLai je pendapaT orAng meLaLui pendapaT sendiri.

    ReplyDelete
  2. menarik pandangan sahabat2 sekembali dr bengkel.. bagi pndangn saya.. saya lebih melihat sejauh mane hala tuju UKm nak dibawa.. melalui penbentangan dan slot2 yang dijalanakn dapat saya simpulkan halatuju UKM hanya kpada dua perkara.. pertama meletakkan nama UKM setingginya dan kedua kebolehan pasaran studentnya. Namun saya melihatkan aspek matlamatnya lebih kepada "form" semata-mata tetapi substance (penghayatan) ilmu seolah dipinggirkan. bagi saya jika substnce dipinggirkan maka tunggulah kehancuran nilai insan dan ketamadunan.. malahan jika dilihat darisegi kacamata Islam ia seolah memisahkan agama (nilai moral) dengan kehidupan (sekularisme)
    -sekadar pandangan
    WaAllahualam

    ReplyDelete

#Pray4Gaza