Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Friday, March 19, 2010

KHITBAH

salam sejahtera buat semua pengunjung blog..

hari ini..aku nak berkongsi dengan rakan-rakan mengenai ikatan pertunangan..camne aku boleh terpanggil untuk post berkaitan khitbah ni?? tajuk ini tiada maksud lain melainkan untuk perkongsian ilmu.. apabila aku diberi ruang masa untuk menjenguk blog sahabat-sahabat, aku terbaca topik ini..dan aku dapat rasakan ia perlu dihebahkan untuk manfaat kita semua..sebabnya aku sedar ramai yang kurang arif mengenai pertunangan berlandaskan syariat. baiklah, kite teruskan kepada topik,ye?

Erti Sebuah Pertunangan...
bertunang atau dalam istilah arabnya 'khitbah'..

Empunya diri tiada berpengalaman.Belum lagi hadir insan bertuah yang disarungkan cincin oleh bonda tercinta.Biar masa dan ketika yang menentukannya. Menghadirkan diri dalam beberapa buah majlis pertunangan, sambil berwacana mesra dengan mereka yang sudah berpengalaman merasa pahit manisnya alam ini, terutama dengan bonda, saya menguatkan hati untuk menulis..

Ada yang bertunang sebulan, 2 bulan, 2 tahun dan ada juga yang bertunang sejurus sebelum akad sang pengantin lelaki menghalalkan hubungan..

Ada 5 dulang, dilawan balik 7 dulang.Macam-macam ada..

Ayah si lelaki menjual pantun 4 keratnya. Terkulat-kulat wakil pihak perempuan mahu berpencak pantun.Bunga-bunga bahasa adat diserikan dengan latar dan dialek keluarga yang mungkin berbeza. Kelantan bertemu Johor, Kedah pula bertandang ke Selangor..

Si lelaki siap bersut Melayu lengkap, bertengkolok Hang Tuah, keris lok tujuh tersisip di pinggang, masih menunggu di dalam kereta di luar rumah. Si hawa siap menunggu di pelaminan, mesra , senyum lupa dunia..

Bicara tidak akan saya halakan kepada realiti dan adat bertunang di nusantara Melayu. Kerana itu lebih kepada uruf atau adat yang bersifat harus. Ada tiada masalah, ditiadakan juga tidak merencatkan apa-apa asal majlis sesuai syariat..

Sunnahnya RAHSIA..

Kahwin SUNNAHnya digembar-gemburkan. Sekampung sebandar diajak merayakan detik bahagia mempelai sejoli, didoakan di pelaminan..

Namun, bertunang sama sekali berbeza dengan perkahwinan.180 darjah terbalik arahnya. SUNNAHnya pertunangan itu dirahsiakan..

Nabi SAW ada mengingatkan kpd kita..

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.”

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa’ al-Ghalil)


Benda baik, kenapa perlu dirahsiakan??
Ini mungkin menjadi suatu tanda tanya bagi mereka yang kurang memahami..

Pertunangan adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah pernikahan. Benda baik, menikah..Komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. Kerana namanya manusia.

Tetapi jalan ke arah pernikahan itu juga tidak sunyi dari gangguan syaitan dan nafsu.

Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara seorang adam dan hawa. Tunang bukanlah LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentukperkara yang boleh dilakukan pasca perkahwinan. Batasnya tetap sama, persis sebelum pertunangan. Haram disentuh dibelai mesra, berdosa kalau asyik SMS " Saya sayang awak,Mmmuaah", setiap pergerakan dalam 24 jam direkodkan kepada si dia...Tidak boleh keluar berdua-duaan sama ada di tempat khalayak apatah lagi di zon sunyi sepi..

Tidak ubah bak irama kapel yang didendangkan oleh anak remaja zaman sekarang.
Dan pelbagai tidak yang lain lagi..

Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH. Suara-suara sumbang akan beredar ke udara.Gosip-gosip liar akan berkeliaran menyebar ke telinga-telinga yang suka mendengarnya..

" Ala bertunang je pun.Tunang dia pun bukan baik sangat.."
" Pakai cincin tunang.Saja je nak menunjuk tu!!"
" Apa la yang dia guna-gunakan sampai mamat tu jatuh hati, sampai bertunang lagi!!"

Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia.Mana layak dia untuk laki tu!!"
" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"
" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"

Lihat.. Apa yang boleh terjadi. Aroma fitnah menjadi semboyan yang cukup gah untuk menjatuhkan maruah seorang perempuan mahupun seorang lelaki. Tidak semua orang akan memahami dalam konteks yang benar tentang erti sebuah pertunangan..

Betapa cantik dan indahnya Islam.Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya...

Sistem Nilai..
"Apa salahnya. Mak dia pun bagi keluar!!"

Boleh sahaja seorang lelaki akan melenting apabila dikiaskan sindiran apabila mahu keluar bermesraan dengan tunangnya.Ibu dan bapa bakal mertua pun memberi lampu hijau asalkan si perempuan diusung balik dengan keadaan sihat walafiat..

"Sebelum pukul 10 malam tau pulang!!" laung si ibu dari ruang tamu, sambil anak mata mengekori pasangan tunang bak belangkas tadi..

'Sporting' kata orang zaman sekarang. Tersenyum bangga bakal mertua, digelar 'sporting' oleh bakal menantu.

Rosak sistem..
Telingkup akhlak..
Apa yang boleh saya komentari, salah dan betul bukan kebenaran ibu bapa sandarannya.Pegangan kita berpaksikan salah dan betul di sisi Allah dan Rasul. Kalau ibubapa berada pada jalur yang sama, taatlah pada mereka. Seandainya tidak begitu, pilihan kita adalah pada Allah dan Rasul terlebih dahulu..

Umpama disuruh ibu supaya memakan najis sendiri, saya percaya tiada akal yang waras akan melakukannya kerana ia bertentangan dengan fikiran manusiawi.Begitu juga sistem nilai. Kalau masih elok perjalanannya, turuti terus nasihat ibubapa..Jika sebaliknya, anda punya sistem nilai sendiri. Timbanglah buruk baiknya sehabis mungkin.

Ada nilai dosa dan pahala di situ..

Antara Syurga dan Neraka barang perjudiannya..

Habis tu...

" Baik tak payah gatal-gatal nak bertunang kalau cam tu!!"

Bertunang adalah zon dedikasi dan komunikasi..

Punya tunangan juga zon ujian dan cabaran..

Si lelaki mula mengenali bagaimanakah nanti perangai dan watak isteri pujangga hatinya.Dialah bakal ibu bagi zuriatnya.Sekali tersalah pilih, merana seumur hidup..

Sang hawa boleh menilik-nilik setahap manakah tanggungjawab dan hormat bakal suami junjungannya.Suamilah tempatnya bakal bergantung harap, tika duka dan suka, pahit dan gembira...

Bakal mertua menguji setakat manakah kesungguhan bakal menantunya.Sang bapa lebih-lebih lagi.Tidak sesenang itu dia melepaskan anak perempuannya yang ditatang dengan minyak yang penuh semenjak kecil, dan sewenang-wenangnya mahu dilepaskan kepada seorang lelaki yang belum teruji kemampuannya..

Lantas..

Muncul pertanyaan yang pelik lagi menghairankan...
Berapa kali boleh SMS dalam sehari?
Berapa lama boleh berbual dalam telefon dan berapa kali seminggu?
'emel' dan ' chatting boleh tidak?

Setelah faham akan erti sebuah pertunangan, versi soalan robotik ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.Alhamdulillah, benih kefahaman tertancap di sanubari jiwa. Cuma sayangnya, soalan-soalan kaku dan bisu ini menggunakan bahasa akal robotik, tanpa ada siraman perasaan jiwa tadi..

Biasanya ,mungkin SMS seminggu atau 2 minggu sekali bertanya khabar. Sihatkah atau bagaimana..Kadang-kadang, SMS boleh mencecah berpuluh-puluh sehari apabila si dia ada masalah nan rumit dan memerlukan pertolongan..

Seringnya, telefon hanya beberapa minit, bertanya khabar, mengeratkan silaturahim, saling bertanya perihal keluarga. Jarang-jarang, adegan bicara di arena telefon boleh bermain angka jam apabila episod pelan perkahwinan dikisahkan..

Neracanya subjektif. Jawapannya bukan antara A atau B, mungkin sahaja gabungan antara keduanya..

Cukuplah apabila 'penggera' hati sudah mengatakan ini sudah berlebihan dan tidak betul, pandai-pandailah salam penutup bicara disampaikan.Endahkan penggera yang bertempik, jikalau tidak, kelak membakar diri..

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yg membingungkan jiwa dan meragukan hati. (HR Muslim)

Bertunang: YA atau TIDAK ?

Melihat definisi Islam, apabila telah bersetuju kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH. Hanya adat Melayu, berdulang pantun dan bersarung cincin..

Segalanya terpulang pada diri sendiri.

Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..

Seandainya pada wasilah bertunang itu sudah terdapat pencemaran maksiat, maruah sudah ternoda hina, jangan sesekali mahu bermimpi sebuah bahtera perkahwinan mawaddah warahmah, kekal ke akhir hayat sehidup semati, akan muncul dalam kehidupan anda..

Ia bukan suis automatik, boleh dikawal selia sesuka hati sesedap rasa, bila-bila ketika.Bertunang adalah proses dengan prosedur.

sumber perkongsian daripada sahabat blog juga. :) semoga bermanfaat.

aku harapkan post kali ini dapat membuka mata semua pihak mengenai ikatan pertunangan. yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan. sekian sahaja~
peace! (^_^)v

8 comments:

  1. sgt bagus N3 ni..
    slme ni xtau pon pertunangan tu sunnahnya rahsia..
    thx mus..
    ouh cincin tu lawa~hahaha

    ReplyDelete
  2. g0od inf0!~
    sy kwn si ketak ketuk~
    haha
    I like this post~
    ;)

    ReplyDelete
  3. "Neracanya subjektif. Jawapannya bukan antara A atau B, mungkin sahaja gabungan antara keduanya.."

    sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hambanya itu unik.. unik sekali... sehingga kasih terhadap Ali mungkin sama sekali berbeza dgn aniq... namun... itulah uniknya kasihNya itu...

    begitu juga dlm soal mengenal tunangan... jika sesuai cara kasihnya itu.. insyaAllah kekallah ikrar dan janji.. jika tidak... itulah maknanya ad yang lebih sesuai untuk kita...

    sekadar mengarut.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. miss ketak ketuk dan roslinda:
    alhamdulillah bermanfaat..sy pun br pat tau~ :)
    terima kasih kpd shbt penjejak fityatul kahfi...
    *mmg cantik cincin tu. tp bkn sy punye. ;)

    wanna: ^_^

    ReplyDelete
  5. x pahAm langsUng la. Ringkaskan lagi boLEh x? Or direcT to the poinT.

    ReplyDelete
  6. INDAHNYA DUNIA DISAAT KITA DIAMBANG PERKAHWINAN.APATAH LAGI TELAH MEMASUKI ALAM PERKAHWINAN...MANAKAH LEBIH MANIS??? CINTA SEBELUM ATAU SELEPAS PERKAHWINAN??? SAMA-SAMA FIKIRKAN...(",)

    ReplyDelete
  7. salam.. cuba juga untuk mencelah.

    Tertarik dgn comment reb@rn.
    Lihat lah, bagaimana kesudahannya. Bukan ada org menghalang bertunang, bukan juga menyuruh. jadi fikir lah sendiri,..

    Jemput baca ni en reb@rn http://hanafism.blogspot.com/2009/11/chattingcallsmssurat-cintaboleh-ke-x.html

    mudah2an mendapat sedikit info..

    Bagus en3 nih.. sangat berminat.. Teruskan penulisan kamu

    ReplyDelete
  8. mus...nice entry...
    tq untk mklmt ini...:D

    ReplyDelete

#Pray4Gaza