Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, March 3, 2014

Khas buat suami tercinta


Affandi Abdul Rahman.. 
suatu nama yang dahulunya asing bagi aku. 

************************************************************
Dia mula kukenal apabila aku menyertai suatu program..
di mana dia merupakan senior di kampus, dan merupakan 
unit disiplin dalam program tersebut.
Dalam menyertai program tu
aku merasakan dirinya sangat2 menjengkelkan
kerana karakternya yg terlalu tegas dan sangat garang sepanjang program..
almaklumlah...unit disiplin~
ishhh...xsuke la duk dalam program tu kalau dia ada.
ada part program dia tak ada. 
kalau sampai part dia, rasa amat takut dan berdebar-debar je hati ini. 
serius, btul2 STRESSS!!!
yela..mana xnya, aku dan kawan2 semuanya dikenakan denda.
memang la ktorg "nakal" masa tu..tapi still xpuas hati.
"eei...bencinye..xsukela situasi macam ni..." desis hati.
"haa...cepat! jangan lambat!" kata senior yg garang tu.
"cepat la habis program ni.. xnak jumpe senior ni lagi.. garang gilerrr!!!" bisik hatiku.
Selesai program, aku dan kawan2 pulang ke kampus. 
Banyak ilmu yang dipelajari dalam program tu..
cuma beberapa ketika, keadaan menjadi tertekan apabila
ada ketikanya bahagian senior garang sorang ni. 
Itu je part yang rasa nak suruh habis cepat je program tu. hihihi...

*************************************************************
Mana mungkin aku terlintas bahawa dia yang dahulunya pernah aku "benci"
Kini telah hampir 2 tahun menjadi teman hidupku..
(mesti tertanya-tanya, macamana boleh jadi suami pula, kan?) Jodoh Rahsia Allah


Aku mula mengenal dirinya yang sebenar selepas kami diijabkabulkan sebagai suami isteri..
Alhamdulillah...
dia bukanlah seperti yang aku kenal di dalam program dulu..
Dia seorang yang sangat3 baik,
penyayang, lembut hati,
prihatin dan sangat mengasihi aku sebagai isterinya.
aku sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah, seorang suami yang terbaik!


Terkenang sewaktu aku disahkan hamil dulu..
Dia sangat3 gembira.. dia mengambil berat tentang segala-galanya tentang aku..
Semua perkara dia akan bantu aku untuk lakukannya.. 
Kasih sayangnya tidak berbelah bagi..
Tingkah lakunya...
Sungguh menampakkan bahawa dia tidak sabar untuk menjadi seorang ayah!
Namun impian tinggal separuh jalan..
Umairah yang berusia 26 minggu dalam kandungan telah pergi dahulu, meninggalkan kami..
Mungkin belum ada rezeki anak untuk kami.. :'(


Sewaktu aku sakit, 
aku dilayannya aku seperti permaisuri..
dia pasti akan berusaha mencari penawar untukku..
biar berhabisan duit, 
namun dia tetap berusaha agar aku kembali sihat.
Sewaktu aku sihat pun, 
dia banyak membantu aku..

Sewaktu aku sedih,
 dialah yang membuatku tertawa..
dia pasti tidak akan membiarkan aku 
menangis sendiri..


Sewaktu aku gembira, dia turut meraikan kegembiraanku..
dia pasti akan berusaha membuatkan aku bahagia pada tiap masa..
gurau sendanya juga, sedikit tidak membuat aku kering gusi..

Jika aku melakukan suatu kesilapan, dia pasti akan menasihatiku..
Jika aku mengulanginya, dia juga menegurku dengan sabar dan penuh hikmah..
Aku sangat terharu atas segala yang dia lakukan untukku.. 
Terima kasih, abg!!

Allahurabbi...kasihnya dia terhadapku. 
Terkadang diri ini rasa tidak layak menerima layanan sebaik ini.. 
kerana aku cuma seorang wanita yang biasa yang penuh khilaf dan kekurangan..


Puisi ini khas buat suamiku tercinta, Encik Affandi bin Abdul Rahman.

Abang...
Dikaulah teman, sahabat, kekasih, suami, perwira di hati...
Pelengkap kehidupanku..
Berdua denganmu
penuh keindahan dan kebahagiaan...

Dikau Istimewa.
sentiasa ada bersama dihati
disaat aku jatuh dan hampir rebah...
di uji dengan kehidupan sangat menduga...

Dikau terlalu istimewa...
Sahabat yang mendidik dan memimpin..
Kawan bergaduh dan bergurau senda...
Teman serumah, sedapur, sebilik dan sebantal..
kau sunggu Istimewa

Abang..
bimbinglah diri ini dalam perjalanan bertemu Tuhan..
redhailah aku sebagai isterimu..
ampunkan khilaf dan dosa yang mungkin pernah aku lakukan terhadapmu
mungkin pernah melukai hatimu...
diri ini selalu ingat nasihatmu,
agar tidak mencintaimu lebih daripada mencintai Allah..
kerana dirimu juga hamba
sungguh aku cintai mu kerana Allah..
Moga cinta ini kekal ke syurga..

Ya Allah...
Panjangkanlah jodoh kami...
Bahagiakanlah dan Rahmatilah kami...
Jadikan kami saling mendekatkan diri kami kepadaMu ya Rabb..
moga menjadi hambaMu yang bertaqwa...
Luaskanlah rezeki kami...
Kurniakanlah zuriat keturunan kami 
moga kami menjadi hambamu yang sentiasa taat padaMu..
Bimbing kami Ya Rahman..

****************************************************************

#post ini aku senyap2 je post.. harap2 suatu hari nanti dia akan membacanya juga. 
i'm really, really, really appreciate him!
thank you, my beloved husband. <3 comment-3--="">

2 comments:

  1. Semoga akk dan jauz bahagian shingga ke Jannah,moga istiqamah di jalan dakwah ya..:)

    ReplyDelete

#Pray4Gaza