Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, March 11, 2014

Misteri Kehilangan Mas MH370

Hari demi hari.. aku mengikuti update tentang kehilangan pesawat MH370.. Setiap kali sidang media, aku akan cuba untuk mengikuti perkembangannya..Alhamdulillah, ulasan dan perbincangan yang aku sertai, banyak memberikan aku pengetahuan tentang pesawat, penyelenggaraan, penerbangan dan ilmu-ilmu lain.. Terima kasih.. Namun, setelah 3 hari aku seperti nak muntah mendengar segala update, khususnya sidang media. 
Kenapa? Sebabnya aku rasa setiap kali sidang media, benda yang diperkatakan adalah berulang-ulang. Apa yang dimahukan langsung tidak muncul. Persoalan media tidak terjawab. Masih dalam pencarian.. masih dalam penyiasatan. aduh! bosan! Kalau langsung takde update, xperlu la buat sidang media banyak kali. Nak muntah! Maaf ya, xpatut aku nyatakan begitu. Tp tu la.. itu yg aku rasakan. Astaghfirullahal'azim..

Aku sedar, semua pihak jadi buntu akan hal ni. Aku juga berdoa agar segala usaha dipermudahkan Allah. Moga MH370 selamat di bawah jagaanNya.

Hari ni hari ke-4, aku da kurang menghadap tv untuk mengetahui update. Tapi rasa rugi pulak.. sebab xdapat menonton ulasan Kapten Norudin Abd Majid, bekas Ketua Juruterbang Fleet MAS MH370. So..skrg ni, suka untuk aku kongsikan bersama beliau, yang asalnya dikongsikan oleh rakan fb, Yaqeen Ahmad. Credit utk beliau.

Antara titipan beliau yang sempat saya cerap:
- Fenomena ini adalah sunnatullah. Hak Allah.

- Kehilangan MH370 adalah bersihat unik. Ia hilang pada ketinggian 35000 kaki dengan kelajuan 855 km/j. (Sekelip mata dalam radar)
 - Allah telah memberikan hijab kepada manusia, kepada sains manusia sehingga manusia buntu, press coference buntu... Soalan berjawab dengan soalan.
- Allah sedang memberitahu semua manusia, kepada Allah agar kembali kepada Allah. Manusia telah lari daripada jalan asal.

- Perkara ini adalah ghaib. Sepertimana kita harus beriman kepada perkara ghaib; Malaikat dan perkara-perkara yang Allah hijabkan daripada cerapan manusia. 
- Teknologi telah banyak membinasakan manusia. Manusia taksub dengan teknologi, menggunakan teknologi dengan keburukan, sedangkan kecanggihan dan kehebatan teknologi adalah ilham daripada Allah s.w.t.

- Allah yang memberikan ilham kepada manusia untuk mencipta kenderaan di atas darat, di atas air, di atas udara, dan di dalam laut. Allah yang menjadikan kamu sampai, menjadikan anak isteri kamu sampai, bukan teknologi. Dengan rahmat Allah, semua tiba ke destinasi.
- Semua yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. dengan kuasa dan kudratnya. Allah telah menjadikan manusia buntu kerana manusia telah banyak berbuat salah. Allah sedang menegur manusia dengan caranya.
- Hukum ini adalah undang-undang Allah. 
- Kita akan dapat berhubung dengan perkara yang nyata apabila Allah membukakan hijab dan kita dapat berhubung dengan kotak hitam, semua dengan izinNya. Kotak hitam tidak dimatikan, tidak termusnah. Tetapi ia hilang komunikasi dengan kuasa Allah.

- Manusia diseru agar kembali kepada Allah, meninggalkan laranganNya. Manusia telah banyak melakukan apa yang tidak patut.
- Allah yang menciptakan sains. Sains daripada Allah. Allah telah membuntukan manusia dengan sains. Pengakhiran sains ada kebuntuan. Jawapannya adalah pada Allah s.w.t. Kita diseru untuk meminta, merintih, dan merayu kepada Allah s.w.t. untuk diberikan jawapan.

- Semua diseru agar terus berdoa agar Allah mudahkan urusan pencarian MH370.
- Manusia hanya dapat apa yang dicerap oleh panca indera, tetapi perkara yang ghaib itu wujud. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

- Perkara Ghaib harus diimani.
- Masalahnya, manusia hanya mentuturkan di mulut, tidak di hati. Perkara-perkara yang harus diimani, harus diimani.
- Allah tidak akan membantu orang yang tidak beriman. Maka semua diajak teruskan berdoa dan kembali kepada Allah s.w.t.

- Logik manusia terbatas dengan kuasa Allah s.w.t. 
- This is beyond human logic.

Ulasan: (berdasarkan diskusi kecil dari sisi ilmu mantik, metafizik, fizik, falsafah etnomatematik, matematik, dan sejarah)
Mengambil iktibar peristiwa Sahabat Kahfi, zaman Nabi Luth, zaman Nabi Musa, zaman Nabi Nuh... Tamadun demi tamadun... Allah juga yang berkuasa melenyapkan sesuatu tamadun dan menggantikan dengan tamadun...
Mengambil iktibar daripada konsep-Titik Ruang dan Masa, Tempoh alam kubur-dunia, Perjalanan Isra' Mikraj, memberi sedikit idea. Masa adalah Hak Allah s.w.t. Hanya Allah bisa merungkaikan kebuntuan sains manusia.
MH370 hilang pada 8.3.14. Saya terbaca tentang satu kenyataan. Surah Yasin ada 83 ayat. MH370 berlepas pada 12.41... Saya semak pada ayat 41.. Kemudian, saya mulakan bacaan pada ayat 40 hingga 44... Bacalah dan berfikirlah... Kebetulan yang Allah tetapkan namanya, Qada' dan Qadar. Mengambil pengalaman serba amat sikit, dalam saya pelajari analisis manuskrip, ini adalah antara salah satu prosesnya...
Mencari kebetulan yang Allah suratkan... Allah yang Maha Benar... Manakala manusia boleh berusaha atas kudratnya yang serba lemah...
Mari teruskan/mulakan solat hajat. Tidak dapat berjemaah di surau/masjid, boleh ajak ahli keluarga lakukan di rumah. Kita boleh bantu dengan doa. Untuk warga MH370, krew misi pencarian, dan keluarga sendiri agar dirahmati selalu.
Ini perkara yang bukan main-main kepada mereka yang mahu berfikir dan menjaga pemikiran... Wallahua'lam.

**************************************************************************************

korang kalau nak tonton ulasan ni, boleh klik link ni, youtube.

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza