Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, August 24, 2009

mencari yang halal~ (1)

BAB 2: BAHAN PENAMBAH MAKANAN YANG DIRAGUI

Menurut buku ini, berikut merupakan bahan-bahan yang boleh menimbulkan keraguan dari segi kehalalannya dan perlu diambil perhatian.

1) Plasma darah
Darah binatang yang dikitar semula dengan menjalani proses emparan (centrifuged); pemisahan platlet dan plasma darah,yang tinggal cecair kuning (plasma darah) kemudian menjalani proses semburan kering lalu digunakan dalam makanan sebagai sumber protein. Kebiasaannya digaunakan sebagai pengental gel, menambah tekstur dalam daging dan ikan, kuasa mengikat air yang hebat. Produk makanan yang dikuatiri mengandungi plasma darah termasuklah makanan tiruan yang berasaskan ikan seperti bebola (fish ball), kek ikan (fish cake), kaki ketam dan udang tiruan.

2) Serangga
‘carmine’, sejenis pewarna yang diekstrak daripada pigmen yang dipanggil ‘cochineal’ . ia diekstrak daripada serangga (kumbang??). ‘cochineal’ didapati dari pigmen serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Island dan beberapa tempat lain. Serangga yang mati ini akan dihancurkan, dibakar,dan direbus dan seterusnya menghasilkan ‘cochineal’. Ia digunakan untuk memberikan warna merah, merah jambu dan ungu; megilatkan makanan dan lain-lain. Produk yang boleh dihasilkan dari ‘cochineal’ ini ialah dadih strawbwri, gincu bibir, aiskrim serta mengilatkan produk seperti epal dan biji kopi.

3) Rambut manusia
L-cysteine. Asid amino yang digunakan dalam pemprosesan pembuatan makanan seperti biskut, kerak pizza, roti donat dan makanan bakar yang lain; didapati dari ekstrak rambut atau bulu pelepah itik selepas melalui beberapa langkah tertentu. Dalam pembuatan roti, ia digunakan untuk mngurangkan tempoh adunan doh, penghentikan pengecutan kerak pizza, dan menjadikan doh tidak mudah melekat. Produk lain yang terhasil dari pengekstrakan rambut ialah bahan perisa makanan seperti dalam perisa mee segera, makanan tambahan (supplement) dan sebagainya.

4) Gelatin
- Binatang;protien;kulit, tulang, dan tisu penyambung;Sisa buangan dari rumah sembelihan; murah
- tumbuh-tumbuhan;Karbohidrat;Kolagen sumber tumbuh-tumbuhan; Nilai komersil tinggi; mahal

Berdasarkan maklumat di atas, gelatin daripada binatang menjadi piliham pengilang-pengilang makanan. Kulit, urat dan tulang babi dan lembu menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin. Sudah diketahui dan jelas semua pihak bahawa segala hasil dari babi adalah haram untuk dimakan dan digunakan. namun hasil dari lembu juga boleh dipertikaikan kerana kita tidak mendapat kepastian cara penyembelihan lembu tersebut, terutamanya di Negara-negara bukan Islam. Kita perlu berhati-hati terhadap sebarang produk yang mengandungi gelatin kerana banyak keadaan gelatin yang digunakan mungkin tidak halal (syubhah).

Gelatin digunakan sebagai bahan pemantap: dalam proses pembuatan aiskrim, dan gula aising. Pengimulsi, pemekat makanan, pengental, bahan lekatan dalam gula-gula, bahan penggebu. Antara produk yang terhasil daripadanya pula ialah aiskrim dan gula aising (untuk membuat kek), jeli dan gula-gula jeli, gula-gula getah, gula-gula toffee, makanan daging dalam tin, jem dan marmalade, bahan campuran dalam jus buah (kotak/tin), dadih buah, keju mentega dan marjerin rendah lemak, produk penjagaan rambut-krim perapi rambut, syampu, sembran dan tonik rambut, produk penjagaan kulit-krim pelndung matahari, krim kulit, losen badan, krim pelembab, produk dandanan kuku, dan krim cukur.

Isu Mengenai Gelatin

“meskipun gelatin boleh didapati dari kulit lembu atau kambing, namun ini tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit lembu dan kambing lebih berguna dan menguntungkan jika dibuat barangan kulit seperti aas tangan, tali pinggang, dan barangan lain. Kulit babi tidak begitu sesuai untuk dibuat barangan kulit, jadi kebanyakan kulit babi digunakan untuk membuat gelatin”
Laporan Ernest M. Mark pakar makanan dalam bukunya ‘Encyclopedia Of Chemical Technology (1996)’:
“Kebanyakan jenis gelatin yang dikeluarkan di Amerika Syarikat dihasilkan daripada kulit babi.”
(Sumber: Laporan CAP dalam HALAL HARAM. Ms 96)

Daripada pemantauan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), 1985, terdapat gelatin tidak halal digunakan dalam produk-produk berikut:
I) Agar-agar
Beberapa cotoh agar-agar yang diimport dari korea dan jepun, dibungkus di Malaysia telah diuji mengandungi gelatin. Penjualan di kedai runcit dan pasaraya dalam bentuk berbungkus dan tidak berbungkus.
II) Teh segera: Teh lipton termasuk nestea dan nestea-natural Lemon.
III)Coklat: Mars Milk chocolate, Cadbury Picnic Milk Chocolate, dan Cadbury’s Double Decker Milk Chocolate.
IV) Tepung Kastard. Jenama: Royal, Bird and Green Custard Powder.
V) Gula-gula getah. Bubble Gum, Bubble Yum, Sugus, Crisp Chewy, Rowtree’s.
VI) Lain-lain produk. Jenama: Rempah rending daging maggi, susu cair Carnation, Coffe-mate, Kraft Cream Cheese.

Dalam perubatan pula, gelatin digunakan untuk menghasilkan ubat tablet dan lozeng (pastil), pembalut ubat, sebagai medium suositori, sebagai span untuk menghentikan pendarahan, serbuk pembedahan, pengganti plasma apabila berlaku kekurangan darah akut dan lain-lain lagi.Terdapat banyak lagi penggunaan gelatin dalam kehidupan kita seperti dalam sector fotografi pula, gelatin digunakan dalam pembuatan filem dan kertas fotografi.

5) Keju
Antara produk yang menggunakan “rennet” (campuran dalam pembuatan keju) tetapi tidakmenyebut tentang sumbernya ialah: K.Rogder’s Cheese Crunch, Picon Cheese Spread, Ritz Cheese Cracker, Julie’s Cheese Cracker, Hwa Tai Cream Cheese Sandwich Biscuits, Silver Bird Mini Round, Jacob’s cheese Cracker, dan Julie’s Cheese Cracker.

6) WEI
Bahan berair daripada susu yang dikeluarkan selepas keju mengental. Antara produk yang dikuatiri mengandungi wei yang diragukan ialah susu ramuan bayi (bebelac, lacogen, Snow, Enfalac, dll), minuman (horlick, Ovaltine, Swiss Miss Rich Chocolate dll), Ramuan kek (Pillsbury, Golden Buttercake, Sultana Buttercake, Panjacks, ChesecakeMix dll), Biskut (Mini Round Crackers; Silver Bird, Banana Treat, Tifi Luk, Stokko, Loaker, Lemon Treat dll).

7) Lemak
Penggunaan lemak binatang yang boleh diragui apabila menggunakan lemak babi ataupun lemak binatang yang tidak disembelih mengikut syarak. Sabun jenama Zest dan Camay (Jan 1986 artikel majalah Crescent menyatakan sabun tersebut mengandungi lemak babi). Sabun-sabun lain yang mengandungi lemak binatang: Fa Soap, Sanex Demoprotector Moisterising Bar, Palmers Cocoa Butter Formula Soap, Tea Tree Skin Care Soap, Nivea (cream soap). Minyak wangi: menjadikan bau minyak wangi tahan lama terutama yang diimport dari Perancis.

8) Lelemak
Gabungan pelbagai lemak yang diproses dan menghasilkan lemak nerwarna cerah dan tanpa rasa. Lemak babi menjadi pilihan utama industry makanan kerana harganya yang murah. Lelemak digunakan sebagai ramuan dalam adunan kek dan biskut. Produk di pasaran: Jacob’s Cream Cracker~dari England, Digestive (Wheatmeal) Biscuit keluaran McVities dari Britain, Mallopuff Biscuits keluaran Griffins dari New Zealand, Bakehouse Chock-O-Chip Cookies keluaran Nabisco dari Australia, dan Bisquick Buttermilk Baking Mix keluaran Betty Crocker dari Amerika dll.

9) Perisa tambahan dan Barangan kosmetik
Bahan imulsi makanan (mono-Gliserida), Monosodium Glutamate,MSG (cth: Ajinomoto, Aji-No Takara, Ve-sin, Vedan), Alkohol (coca-cola, perisa vanilla; berjenama Bunga Raya, FIC, Slim.), penggunaan bahan tubuh manusia pada kosmetik: janin manusia (sumber kolagen), kolagen : sumber penting dalam kosmetik kononnya untuk memulihkan sel-sel tua, menjadikan kulit kelihatan muda, padahal sebahagian besar kolagen yang digunakan menjadi kolagen tidak larut dan langsung tidak memberi manfaat pada kulit kerana dicampur dengan bahan kimia lain. Produk dipasaran: Gincu bibir (Yves St Laurent, Maybelline, St Ives Collagen Elastin Dry Skin Lotion,, Alberto VO5 Hot Hair Treatment, dan suntikan kolagen.) Ekstrak uri, air ketuban (membuat krim muka, syampu dan sabun).

Sungguh menyedihkan… mungkinkah kita yang menggalakkan pengguguran haram janin apabilamenggunakan sebarang hasil kosmetik janin, ekstrak uri dan air ketuban?!!!
Nauzubillah…

10)Penggunaan Babi
Pinggan mangkuk dari tulang. (babi??) set pinggan Fine Bone China berwarna putih salji. (jenama: Noritake dan Wedgewood). Berus dari bulu babi. (berus lukisan, berus cat, berus untuk menggosok kasut dan songkok, berus gigi dll lazimnya dilabel sebagai ‘Pure Bristle’.) Barangan dari kulit babi. (untuk mengenali kulit babi, jika dilihat dari jauh Nampak seperti corak berbintik-bintik. Kalau tidak pasti, lihat dengan lebih dekat. Bintik tersebut hasil dari tiga titik kecil yang rapat. Subhanallah! Walau apa pun design warna dan bentuk yang dibuat, tiga titik pada kulit tersebut jelas kelihatan.) produk yang telah dikenalpasti: kasut wanita jenama Adidas (label dalam kasut: Upper Leather/Syntetic Lining. Textile Outsole. Rubber soakliner.Pig Skin. Model: tetsuyu-workout Fitness), getah rambut dari kulit babi.

2 comments:

  1. wah.. byknye info berguna.. byk yg aku x tau.. erm... sharing is caring... hihihi.. tq coz sharing

    ReplyDelete
  2. titik tu besar ke kecil?? warna apa?? juz curious.... gmbr ada tak??

    ReplyDelete

#Pray4Gaza