Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca..
Alhamdulillah dengan Izin-Nya..setelah beberapa hari melalui tempoh kempen, kemudian saat membuang undi dan pengiraan undi. Kesyukuran tidak erhingga dipanjatkan kepadaNya kerana saya dan 21 orang rakan seperjuangan saya berjaya terpilih sebagai wakil anda, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia..
Terima Kasih atas undian, sumbangan dan sokongan dari anda semua. Saya amat menghargainya. Kesyukuran dan rasa gembira yang tidak terhingga apabila keputusan diumumkan, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah berjaya menjadi suara majoriti warga UKM..di mana GM telah memenangi 22 kerusi daripada 37 kerusi, setelah 7 tahun Aspirasi memerintah. Allahummah Ya Allah...Alhamdulillah. Air mata gembira menjadi saksi semua penyokong dan pendokong GM.
Namun kemenangan ini adalah permulaan bagi kami..InsyaAllah kami akan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan amanah yang berat ini. Kami amat-amat mengharapkan sokongan dan kerjasama rakan-rakan semua.. Semoga kita dapat sama-sama bekerja keras merubah UKM yang dahagakan perubahan..
Di sini saya telah membuat laman khas saya sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa anda, rakan-rakan mahasiswa/i UKM..Sebarang masalah, komen, dan cadangan sangat dialu-alukan. Anda boleh melihat perkembangan manifesto dan gerak kerja saya di laman ini; IMPOSSIBLE IS NOTHING. InsyaAllah..
*Rakan-rakan, jangan lupa untuk menjadi follower saya. =) Laman web ini mungkin akan ada penambahbaikan selepas ini. Mohon cadangan ya, rakan-rakan.. =)
Tambahan, GMUKM juga telah menambahbaik blog MPMUKM yang lebih professional.Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua..termasuk rakan-rakan chinese yang selalu memberi sokongan dan bantuan. Nantikan Majlis kesyukuran yang akan dianjurkan oleh GMUKM tidak lama lagi.
Impossible is nothing
Muslimah binti Marsi
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
Universiti Kebangsaan Malaysia
No comments:
Post a Comment