Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Sunday, February 13, 2011

Sensitiviti seummah

Seperti biasa aku mengembara di alam maya ini. Tiba di satu destinasi aku menjumpai ada juga umat Islam yang tidak tertanam rasa benci (yang amat) terhadap kerajaan zalim Hosni Mubarak (berdasarkan respon yang dinyatakan di laman webnya). Benar-benar aku terkesan (sangat sedih) membaca entri tersebut atas lontaran pemikiran sempit yang diwar-warkan kepada semua orang.

Sedih benar hatiku menyaksikan pelbagai jenis pemikiran yang mengetepikan cara hidup Islam yang sememangnya telah sempurna yang telah ditentukan-Nya. Ada yang dengan suka memperlekeh ulama', mengutuk dan mempersoal hukum dan peraturan Allah. Sedangkan Hukum dan Peraturan yang Allah telah tentukan adalah mudah. Lengkap dengan rukhsah dan toleransinya. Apakah yang benar-benar membuat hatiku sedih rentetan detik yang menggembirakan apabila diketahui Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan di Mesir??

Adakah kerana dia saudaraku? Ya, kerana aku dapat merasakan penulis adalah saudaraku. Saudara seIslam.

“Wahai manusia , sesungguhnya kami menjadikan kamu lelaki dan wanita dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya saling kenal-mengenali. Sesungguhnya, yang termulia di antara kamu adalah orang yang paling bertaqwa.”
(Hujurat: 13)

Orang-orang beriman adalah bersaudara. Saya yakin dan percaya adik saya yang kecil juga tahu akan perlunya sensitiviti yang berlaku terhadap saudara kita. Walaupun berbeza negara, namun mereka adalah kita, kita adalah mereka kerana kita adalah hamba yang mengEsakanNya.

Rasulullah bersabda, “Janganlah kalian saling memutuskan hubungan, janganlah kalian saling memusuhi, janganlah kalian saling membenci dan mendengki, tapi jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.” (HR Tirmidzi dari Anas)

Apakah mereka tidak mengenali Hosni Mubarak? Saya yakin dan pasti pihak yang menulis banyak pengetahuannya, namun di sini. Adakah pengetahuan yang dimiliki di praktikkan atau dibiarkan dicerobohi dengan matlamat 'masa hadapan' yang bersifat sementara?

Namun Alhamdulillah, pemilik laman web tersebut telah membuang post tersebut. Semestinya akan ada yang bertanya, "Kenapa dah buang, masih nak menunjukkan kesedihan di sini?".

Matlamat saya bukan untuk merendahkan atau menceritakan kembali keburukan saudara saya tersebut. Namun, saya mengharapkan insiden ini tidak akan berlaku lagi. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku. Jadikan ia teladan. Janganlah kita dibutakan dari isu-isu saudara mara kita walaupun bukan satu negara dengan kita. Marilah sama-sama kita berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk membantu mereka. Fikirkan kembali tujuan utama kita dihidupkan dimuka bumi ini.

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza