Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Wednesday, August 5, 2009

Cabaran dan Salah Faham dalam Islam

Tika dinihari suria menjelma...
aku tersentap dengan kejadian semalam...
sudah cukup masa untukku hentikan ia!
kerana ku tahu...
Dia maha mengasihani~

ape yang terjadi semalam???
hmm...ak tahu..tu persoalan yang muncul
dibenak fikiran kalian..
namun..ia telah menjadi kenangan..
kenangan yang akan sentiasa subur dalam memoriku..
aku seorang hamba yang sangat hina..
aku sangat lemah..
namun kehadiranmu teman yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku..
menegur dan menasihatiku tika aku dalam alpa..
terima kasih teman..huhuhu


Seperti kebiasaan petang rabu..aku mengikuti diskusi rabu petang yang diadakan di fakulti tempat aku mencari gali ilmu~

CABARAN DAN SALAH FAHAM DALAM ISLAM

sedarkah kita..mengapa Islam kini dipandang serong dan hina??? sedangkan Islam itu begitu sempurna..kata orang, syumul~ tp...kenapa kini dipandang sebegitu?????
sebelum ni aku dah post article tentang Islam datang secara asing dan akan kembali kepada asing~

tahu tak kenapa jadi macam ni???? sebabnya...kita yang muslim sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam itu sendiri (dari segala aspek)~ org yang bukan muslim lak..diorg nak knal Islam yang syumul tu macam mana??? mesti la tengok orang-orang Islam itu sendiri..kalau orang Islam sendiri menunjukkan perilaku dan cara hidup yang bukan cara Islam..diorang akan tetap fikir yang itulah Islam yang kita anuti..manela diorang berminat untuk menganut Islam kalau cara hidup lebih kurang ja! oleh itu...aku seru membe2, kawan2, saudara seIslamku..termasuk diri aku sendiri untuk SEDAR dan BERTINDAK!!! apa yang perlu dilakukan sekarang ialah..sama-sama kita pertingkatkan iman kita..mempelajari aqidah, fiqh, dan lain-lain ilmu agama dengan lebih mendalam..bukan setakat pergi dengar kuliah dan ceramah, tapi kita perlu memahami, mendalami, dan juga mempraktikkannya.
Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa “ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.” Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat dan tidak akan mendorong kepada taat serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka. Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.

selain itu, kita juga boleh berdakwah kepada rakan-rakan non-muslim kita untuk menyertai ceramah @ diskusi seperti Seminar Perbandingan Agama "SPA"~ Mereka perlu didedahkan tentang Islam sebenar.. aku pernah menyertai talk bersama mualaf. ap yang mereka sedih sangat dengan orang Islam ketika dia kafir dahulu..dia langsung tidak didedahkan dengan kesyumulan sebenar Islam itu..namun alhamdulillah, dia diberi petunjuk dan hidayah Allah menjadi saudara seIslam kita..dan hasilnya sekarang dia menjadi pendakwah bebas untuk membawa ramai lagi mengetahui tentang Islam sebenar~
mengapa kita semua tidak menjadi pendakwah Islam??? kerana kita Islam atas dasar keturunan, (alhamdulillah..islam!). kita kurang menghargai nikmatNya yang paling tinggi nilainya ini~ sama-sama kita muhasabah diri, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan pdNya. Hapuskan salah faham dalam Islam!!!! buktikan Islam, Ad-din yang sempurna ini sentiasa membawa kesejahteraan alam. renung-renungkan sahabat..dan selamat beramal~
wallahualam...

4 comments:

  1. salam..
    apabila melihat sesuatu kemungkaran.... maka ubahlah.. ubahlah dengan tangan...jika tidak mampu.. ubah lah dgn lidah...jika tidak mampu.. cegah lah dgn hati..namun itu selemah2 lemah iman...

    ReplyDelete
  2. Benar apa yang kamu katakan tu. Orang Islam sendiri pun banyak yang tak tahu tentang agama mereka. Kalau ada 'non-muslim' bertanyakan mereka tentang Islam, mereka sendiri pun tak tahu macam mana nak menerangkan kepada 'non-muslim' tentang Islam.

    Akhlak mulia dakwah berkesan.

    Saya cadangkan kamu letak 'shoutbox' kat blog kamu ni. Boleh dapatkan percuma di http://www.shoutmix.com/

    ReplyDelete
  3. **unt posting nh..
    ak nk mtk maaf sbb ttg mualaf tu..
    da 4-5thun lps..aku lpe nama dia.
    maaf sbb xde contoh fakta.
    huhu..maaf atas segala kekurangan..
    insyaAllah ak try utk memperbaiki segala kekuraNGAN~ syukran~

    ReplyDelete
  4. betul kata Farid KurmaBam...sokong sangat2 kt ukm ni pn. ada org cm tu..

    ReplyDelete

#Pray4Gaza