Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, January 3, 2011

ini dan itu

Yang itu lebih teruk dari yang ini. Adakah yang ini lebih baik dari yang itu?

Apabila dikatakan perbezaan antara itu dan ini..masyarakat cenderung untuk membuat kesimpulan itu lebih baik dari ini. Kemudian, apabila kita membuat sesuatu, masyarakat akan cuba untuk membanding-bezakan kelakuannya dengan orang lain dan nah! Akulah yang lebih baik! Hufff..Inilah apa yang berlaku sekelilng kita sebenarnya..

Contoh;

Apabila dikatakan bahawa, DOSA MENGUMPAT LEBIH BESAR DARI TIDAK BERTUDUNG.
Tak bermakna orang yang tidak bertudung lebih baik daripada orang yang mengumpat. Juga tidak bermaksud bahawa adalah lebih baik free hair daripada mengumpat!!!

Juga, apabila dikatakan, DOSA MENGUMPAT LEBIH DARIPADA BERZINA.
Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Ia bukan bermakna, lebih baik berzina daripada mengumpat..Manusia sekarang pandai berkata-kata..nanti timbullah kata-kata seperti "walaupun aku melakukan zina, tetapi at least aku tidak mengumpat"..(nauzubillahhh...)

Jagalah kata-katamu (nasihat buat saya juga)..
Hakikatnya, kita perlu faham bahawa analogi yang diberikan adalah untuk membuktikan bahawa Allah mahu kita lihat betapa bencinya Allah terhadap orang yang mengumpat.. Sama-samalah kita menjaga segala anggota kita daripada segala dosa..Bersama berdoa untuk kemaslahatan diri dan ummah..

ps: Saya hanya mampu untuk memberikan contoh yang mudah. Entry kali ini adalah hasil perbincangan/usrah saya dengan pensyarah yang sudi berkongsi ilmu.. sebagai manusia, memang sangat banyak perkara yang perlu dipelajari lagi...ilmu itu sungguh luas..belum cukup walau setitik pun ilmu yang kupelajari jika dibandingkan lautan luas didunia ini..

No comments:

Post a Comment

#Pray4Gaza