Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Tuesday, January 25, 2011

Siapa sangka

Salam...

Siapa sangka, ketika mencari rezeki dengan niat untuk membantu keluarga kejadian malang telah berlaku. Itulah nasib saudara Muhamad Hairuman bin Miskon. Aku terpanggil untuk republish ataupun share dengan rakan-rakan mengenai ini kerana aku terasa dekat dengan hal ini..aku berasa sangat sedih dengan keadaan dan situasi yang dialaminya.

Ketika Hairuman sedang memungut kelapa sawit, tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya dan membuatkannya terkena kejutan elektrik. 50% badannya melecur teruk. Malang sememangnya tidak berbau kan.. Mintak simpang kepada pemotong buah kelapa sawit yang lain..

Bukti adalah seperti gambar di atas. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak sanggup nak letak. Cukuplah sekeping gambar yang boleh ceritakan penderitaan sebenar mangsa.

Bawah ni artikel yang den copy paste dari blog ni: TERATAK KASIH .Semoga korang tak ragu-ragu dengan kisah saudara Hairuman ni..

hampir keseluruhan tubuh badannya melecur dan amat mustahil untuknya menjalani kehidupan seharian buat masa terdekat ini. jadi, beliau memerlukan bantuan kalian... ya... bantuan kewangan bagi meringankan bebanan untuk menampung kos perbelanjaan perubatan serta keluarganya..


mengapa?

Hairuman merupakan anak ke-4 daripada 6 beradik yang mana dua orang daripada kakanya adalah OKU dan mereka semua adalah anak yatim piatu. kedua ibubapa Hairuman telah meninggal dunia sejak beliau berusia 5 tahun lagi. kakaknya membantu suaminya menjual buah manakala Hairuman pula bekerja keras dengan bekerja di kilang serta menjadi pemungut kelapa sawit. ketekunannya bekerja amatlah dikagumi... tapi,

malang tidak berbau...

ketika Hairuman sedang memungut kelapa sawit, tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya dan membuatkannya terkena kejutan elektrik. 50% badannya melecur teruk. bukti juga ada di ABU NUHA CORNER jika korang rasa ragu-ragu dengan perkara ini...

Mohon jasa baik pembaca sekelian, bantulah saudara Hairuman meringankan beban yang ditanggung. Hulurkan bantuan kewangan walau cuma RM1 kepada tabung bantuan untuk kos rawatan saudara Hairuman ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua...

Kakak Hairuman -Maryuni Bt Miskon
No telefon: 0183807867

No Akaun :
162030632448 Maybank (sedang dikemaskini)
12570000203529 CIMB

Alamat:
No 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor

Semoga saudara Hairuman tabah dan sabar dengan ujian-Nya. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau diberi kesembuhan (jika itu yang terbaik). InsyaAllah...

2 comments:

  1. slm kak.. asif, mohon diizinkan sye copy paste ke blog sye tau... syukran kak.. moga2 saudara Hairuman Tabah hadapi dugaan ini.. sedih bce kisah dy.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Maryuni Binti MiskonNovember 2, 2011 at 1:19 PM

    Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

    Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
    MARYUNI BT MISKON
    MAYBANK A/C : 162030632448
    CIMB A/C : 12570000203529
    atau
    MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
    CIMB A/C : 12570005386520

    ReplyDelete

#Pray4Gaza