Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Monday, January 24, 2011

Kekuatan kumohon pada Ilahi


Seringkali ku diuji..
aku tak mampu menghadapi...
aku tak kuat untuk bersendiri..

namun bahagianya rasa hati..
terasa dekat dengan Ilahi..
hakikatnya Dia sahajalah yang memahami..
rasa kecewa di dalam diri..

Ujian benar-benar membuatkan aku lebih menjadi...
menjadi hamba yang tahu mensyukuri..
menjadi hamba yang sentiasa mempelajari..
mengenali..
pelbagai jenis ragam dan gerak geri..
makhluk, manusia dan orang di sisi..

Pesan pada diri..
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui..
Biar orang hanya tahu menyakiti..
biar orang terus membenci dan mencaci..
terimalah walau tidak mampu menghadapi..
tangis dan rintihlah pada Ilahi..
Dia yang maha menyayangi..
Rapatkanlah diri..
Pada Dia yang Maha Memberi..

Pesan pada diri..
Berlapang dadalah dalam hati..
jauhkan sikap dendam dan benci..
jangan diikut syaitan dan nafsi..
jauhkan tindakan luar kawalan diri..
menjaga lagak, perlakuan dan emosi..
moga Tuhan sentiasa memberkati..
dan Moga Tuhan kuatkan diri..

2 comments:

  1. ~(^_________^)~pesan pada diri....

    ReplyDelete
  2. penulisan yang bagus.. realitinya, Hanya Allah tempat kembali segala pengaduan.

    dikesempatan: http://farzaluzizaron.blogspot.com/2011/01/ga-kasperskye-dari-fariszazcom.html

    enti di 'invite' untuk sertai ye...

    ReplyDelete

#Pray4Gaza