Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Saturday, January 22, 2011

Jika hari ini...

Jika hari ini
Allah mengurniakan aku kekuatan dan semangat..
tidak mustahil untuk aku lemah pada esok hari...

Jika hari ini
Allah membuatkan aku termotivasi dan terkesan oleh dakwah makhlukNya...
tidak mustahil esok aku langsung tidak terkesan dengan nasihat mereka...

Jika hari ini
Allah mengurniakanku seorang sahabat..
tidak mutahil aku akan kehilangannya untuk hari esoknya..

Jika hari ini
kehadiranku disenangi orang lain..
tak mustahil esok orang lain kesemuanya langsung tidak menginginkan kehadiranku..

Jika hari ini
seseorang itu mahu melarikan diri dari jalan perjuangannya...
tidak mustahil Allah akan beri hidayah kembali padanya..

Jika hari ini
Allah memberi hidayah kepada hambanya..
Esok, tidak mustahil untuk hidayah itu ditarik kembali..

Jika hari ini
Seorang ini beragama Islam..
tidak mustahil dia murtad pada keesokan harinya (nauzubillah)..

Jika hari ini
aku mampu menulis..
tidak mustahil esok aku tiada kudrat dan idea untuk berbuat demikian..

Jika hari ini
Allah beri peluang untuk aku bernafas...
tidak mustahil esok aku tiada lagi merasai peluang ini..

Ketahuilah, IMPOSSIBLE IS NOTHING!!
Jika hari ini begini, TIDAK MUSTAHIL esok begitu..

Ayuh pesan pada diri
agar syukur pada Ilahi..
Syukur atas segala nikmat yang diberi hari ini..
nikmat islam, iman dan peluang mendekatkan Dia dengan diri..
menemui jalan perjuangan yang bukan senang untuk ditemui..
walau ia datang tanpa diri sedari..
Mohon agar hidayah dan nikmat ini tidak ambil kembali..

Pesan pada diri..
Manfaatkan segala peluang yang diberi..
selagi ia masih di sini..
sebelum ia ditarik kembali...

Pesan pada diri..
Jalan-jalan menuju syurga itu
bukan dihampari dengan permaidani merah dan berseri-seri..
jika tidak, pasti ramailah yang akan melalui...
Hakikatnya ia adalah jalan yang penuh dengan duri-duri..
yang tajam dan keimanan sering sahaja diuji..
kerana itu, ia boleh dibilang berapa ramai yang sanggup melalui..
dan bertahan sehingga keakhirnya, sehingga kehari ini..

Adakah kita orang-orang yang masih bertahan untuk memperjuangkannya?
atau kita salah seorang yang telah penat lelah dan terus berputus asa??

2 comments:

  1. huhu...sedih dan takut baca ni...Allah pemegang hati...Allah lah yang menentukan segalanya...tapi usaha kita sentiasa menjadi perhitungan...doa kita sentiasa dalam pengetahuanNya...usaha dan tawakal...supaya kita dpat terus berada di jalanNya...insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. trimekaseh muslimah marsi...
    ~tmbhkanpadaku ilmu g berguna...terimalah amalanku dan perkenankan taubat hambamu..~
    T__T

    ReplyDelete

#Pray4Gaza