Let's follow me!

Lawati Tasneem Naturel

Lawati Tasneem Naturel
Sape Sapu Jer..

Sunday, January 16, 2011

Emosi dan Sabar

Terkejut dengan sebaran flyers yang mengandungi unsur 'fitnah' terhadap aku dan 2orang sahabatku yang lain, yang bertebaran beberapa hari lalu. tetapi, anything is possible. Dunia ini memang penuh dengan pelbagai jenis emosi dan situasi, seperti yang telah aku pelajari dalam Pengurusan Emosi sewaktu aku Tahun 2..

Rakan-rakan, ada yang memberi kata semangat untuk bersabar dan kuatkan diri. Mereka sangat mengambil berat akan perasaan aku.. Terima kasih. ya, sungguh. Jika seseorang terlalu beremosi, percaya @ tidak, dia mungkin akan melakukan sesuatu terhadap flyers yang bertebaran..mungkin dia akan mencaci dan menghina pelaku. Jangan dibenci pelaku itu, namun bencilah terhadap perbuatannya..kerana pelaku sudah semestinya manusia. manusia tak pernah lepas daripada melakukan dosa. Aku doakan agar pelaku sedar akan apa yang dilakukannya dan bertaubat.
Aku merasakan agak risau apabila diberitahu mengenai flyers, kerana apakah yang diperkatakan keatas aku? Apabila diberitahu dan melihat sendiri flyer tersebut, dengan rasa penuh rendah diri, aku hanya tersenyum... Kenapa? kerana lucu dengan apa yang pelaku lakukan. Astaghfirullahala'dzim...(3x) Memang agak melampau, tetapi alhamdulillah. Apa yang boleh dikatakan adalah, aku tak perlu lakukan apa-apa, kerana rakan-rakan dan orang sekelilingku lebih mengenaliku. Mengapa perlu aku concern tentang flyer tersebut?

Apabila bertembung dengan situasi begini, yang tidak disangka.. Pesan pada diri untuk Be Rasional, jangan bertindak "kurang pandai" untuk mncaci dan menjawab.. Sesungguhnya segala pujian itu hanyalah untuk Allah..siapalah aku yang hanya seorang hamba yang hina untuk menjawab atau menghentam kembali tohmahan/fitnah tersebut?
Jadi kat sini aku kongsikan satu kisah,

Bersabar apabila dicaci

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai umat Islam kita telah diajar oleh Rasulullah saw supaya sentiasa bersabar dan menahan kemarahan kerana dengan tidak bersabar dan marah membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. Berdasarkan hadis di atas jelas menceritakan bagaimana malaikat membalas setiap cacian orang terhadap kita. Namun apabila kita membalas cacian tersebut maka syaitan telah mengambil alih dalam usaha untuk menghasut dan memburukkan lagi keadaan.

sumber: http://hadis.cikedis.com/

Apabila kita du uji dengan cacian dan tohmahan, kita kadang kala "cepat panas", dan mahu membalas/menjawabnya..Mungkin apabila kita rasakan begitu, eloklah sama2 kita membaca Surah Al-A’raf ayat 201, moga-moga terhindar daripada pujukan syaitan.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
Berkaitan dengan impossible is nothing. Memang benar. kita akan di uji dengan apa yang kita perkatakan. Sama-samalah berdoa agar kita semua dapat menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku terhadap diri. Pesan sahabat-sahabat dan pensyarah saya, mahukan sesuatu? mintalah pada Allah.. Rintihlah kepadaNya.. Semoga Allah memberikan yang terbaik* buat kita, insyaAllah..

*setiap yang berlaku atas diri kita ujian/musibah adalah yang terbaik. Usah dirungut, kerana apa yang berlaku ada hikmah tersendiri. Namun jika anda sedang melakukan perkara yang dilarang Allah, itu adalah pilihan kamu. AWAS!!! Jangan mudah anda berkata, "Allah yang telah jadikan aku untuk melanggar perintahNya". Nauzubillah.. Let's turn back to Islam!

4 comments:

  1. Ya Allah~~ Seseungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya drpd dosa membunuh~ jgnlah fitnah2...

    ReplyDelete
  2. semoga terus kuat dan tabah..
    doa ana sentiasa mengiringi pejuang2 agama Allah..
    amin ya Rabb

    ReplyDelete
  3. Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - (Ar-Ra'd: 22)

    ReplyDelete
  4. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Aali Imraan: 200)

    ReplyDelete

#Pray4Gaza